Selasa, 15 Januari 2013

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


BFLM CREW: EVENT <b>DI BATU PAHAT</b>

Posted: 13 Jan 2013 04:34 PM PST


TARIKH : 25 DISEMBER 2012

MASA : 10.30 PAGI - 6.45 PETANG

LOKASI : PURA KENCHANA, MINYAK BEKU, HUTAN LIPUR TAMAN SOGA, BATU PAHAT 

Alhamdulillah event di Batu Pahat berjalan dengan lancar dan jayanya walaupun hanya 6 jentera yang dapat menghadirkan diri tetapi nama BFLM semakin dikenali di serata tempat dan mula dikenali di johor dengan menyertai event yang diadakan oleh JMCC (Johor Motorsport Club Community) iaitu gabungan kelab-kelab kereta di dalam negeri johor. Crew-crew Zon JHR amat berterima kasih kepada crew-crew yg sanggup hadir dari luar negeri johor terutama dari Central untuk sama-sama menjayakan event di Batu Pahat, Johor manakala kepada crew-crew yg tidak dapat hadirkan diri kami faham dan InsyaAllah kita akan bersama lagi di lain program.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERLANSUNG SEPANJANG HARI ::
10.30 : Crew-crew berkumpul di SHELL Batu Pahat Mall
11.10 : Bertolak menuju ke Pura Kenchana, Sri Gading
11.30 : Tiba di destinasi yang dituju (Pura Kenchana, Sri Gading)
- Crew- crew jentera BFLM parking dengan kemas, tertib dan teratur serta memasang banner dan bunting bagi memperkenalkan kelab BFLM crew kepada warga johor disamping mengedarkan flyers kepada yang berminat.
- Menanti konvoi ahli-ahli JMCC dari Johor Bahru
- Sementara menanti konvoi ahli-ahli JMCC, crew-crew lepak makan dan minum
12.30 : Konvoi JMCC dari Johor Bahru tiba
- Hampir ratusan biji kereta memenuhi ruangan parking depan, belakang, kiri dan kanan pura kenchana di bahagian depan kedai Fantasia. Gathering JMCC ini diadakan sempena pembukaan kedai Fantasia di pura kenchana dan pengumpulan kesemua kelab-kelab kereta di johor.
1.30 : Crew-crew berpeluang untuk melihat autoshow dan audioshow yang dipertandingkan disamping pertandingan menyanyi serta pelbagai lagi aktiviti yang diadakan serta program Gaza.
2.00 : Crew-crew meronda di kawasan Pura Kenchana disamping melihat kelab-kelab kereta yang lain dengan membawa nama baik BFLM CREW sambil mengedarkan flyers BFLM Crew.
2.30 : Mendaftarkan kelab BFLM crew di dalam JMCC sambil menjamu selera makanan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
3.00 : Setelah mendaftar dan mendapatkan nombor pendaftaran beserta sticker JMCC, crew-crew bergerak ke Hutan Lipur Taman Soga.
3.30 : Tiba di Hutan Lipur Taman Soga
- Sesi bergambar
- Berehat & bersembang santai bersama En. Dollah (Renjar Perhutanan Negeri Johor) sementara tumpang berteduh kerana hujan lebat.
4.45 : Crew-crew menuju ke Minyak Beku.
5.00 : Crew-crew tiba di Rumah Api Segenting, Minyak Beku bergambar serta menikmati permandangan Batu Pahat.
5.30 : Tiba di Pantai Minyak Beku dan sesi Lepaking bersama crew-crew.
06.45 : Bersurai

CREW-CREW YANG HADIR :

BFLM (DPB012)- MISS ZURA-

BFLM (DPB027) - MAL JOEY-

BFLM (JHR078)- REEMY-

BFLM (JHR117)- ABDUL MUTALIB-

BFLM (JHR124)- WANIE LAILA-

BFLM (JHR125)- KUROSAKI MUZ-


Semoga kite berjumpa lagi di program johor yang lain dan memohon maaf jika mana yang kami dari zon JHR tidak dapat penuhi citarasa crew-crew yang dari luar Johor sepuluh jari kami hulurkan kemaafan.
Koleksi gambar sepanjang event:

6 JENTERA BFLM SAMPAI AWAL DI EVENT PURA KENCHANA, SRI GADING DAN MUDAH MENDAPATKAN PARKING 

SESI BERGAMBAR KENANG-KENANGAN DI HUTAN LIPUR TAMAN SOGA 

CREW-CREW BERADA DI RUMAH API BUKIT SEGENTING,MINYAK BEKU 

LEPAKING MAKAN PISANG GORENG 

BERSEMBANG SANTAI BERSAMA EN.DOLLAH RENJER PERHUTANAN JOHOR 
CREW-CREW DI PUNCAK BUKIT SEGENTING 

Please visit our sosial networking : 
UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI CREW: BFLM CREW

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads