Sabtu, 19 Januari 2013

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


Gulai Ikan Patin Tempoyak <b>di Batu Pahat</b> - Cebisan Kenangan <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 06:46 PM PST

Sejak berkahwin dengan Mus, saya sudah mula pandai makan gulai ikan patin masak tempoyak. Masakan ini sangat famous di Negeri Pahang... Ikan Patin yang paling sedap adalah ikan patin dari sungai Pahang.. Kalau makan yang original ni, memang tak cukup 5 pinggan lah jawabnya... Kebanyakan ikan patin yang ada di pasaran sekarang adalah ikan patin kolam.. Kalau di sekitar Jerantut, Maran, Bentong, kita masih lagi boleh memperolehi ikan patin sangkar. Patin sangkar ni sebenarnya masih dikategorikan sebagai patin sungai kerana disangkarkan di pinggir sungai dan masih menerima bekalan air sungai pahang...

Di Johor, kalau teringin nak makan ikan patin, selalunya Makcik Mus (bernama Laili) akan beli di daerah Kluang.. Mungkin yang ini patin sungai Kahang kot.. Tapi, rasanya masih boleh tahan, sedap!

Di Batu Pahat, terdapat sebuah kedai yang menyediakan menu masakan Ikan Patin Tempoyak. Uniknya, tukang masak di kedai ini (Kak Izan) merupakan anak jati Pahang.. Atau lebih tepat lagi, Jerantut. Pertama kali kami makan di sini adalah pada 10/1/2013 yang lalu, setelah membawa kakak keluar dari asrama TIGS. Memang boleh bagi 5* untuk makcik nie.. Memang betul-betul selera Pahang lah! Patutlah persis orang Pahang masak, rupa2nya memang orang Pahang 'pure' yang masak.


Pada 15/1/2013 yang lalu (setelah selesai urusan pendaftaran kakak di MRSM Batu Pahat), kami berkunjung untuk kali ke dua kedai kak Izan ini untuk belanja mak dan abah Mus makan di sini. Borak punya borak, bual punya bual, tanya punya tanya.. Rupa2nya orang kampung Mak dan kemungkinan ada kaitan sedara mara sebab semua nama yang mak sebut, Kak Izan tu kenal dan semua nama yang kak Izan sebut, pun mak kenal... Ha? Ashaner tu? hehehehe...
Harga masakan ikan patin di sini memang agak mahal.. Seketul RM8.. Kali pertama kami makan, tiga orang makan = RM45... Kali kedua kami makan, makan 6 orang = RM65... Tapi, memang berbaloi-baloilah rasanya.. Cuma tak boleh lah nak makan tiap tiap hari.. Boleh bankrap tauke dobi dibuatnya hehehe...

Kedai Kak Izan ni terletak betul betul di 'corner' Pusat Servis Proton di Taman Maju Batu Pahat... Cari sahaja Pusat Servis Proton Taman Maju, kak Izan ni menyewa di sudut Pusat Servis ini. Menurut Kak Izan sudah 8 tahun dia berniaga di sini...

Mak Mertua saya pun pakar memasak ikan patin masak tempoyak... Saya pun pandai gak masak ikan ni tapi air tangan orang jawa kan tak sama dengan air tangan orang Pahang kan.. Saya ingat nak belajar lagi sampai pandai, pastu nak bukak cafe ikan patin tempoyak kat Parit Sulong plak.. Amacam???hehe

Ramadhan pertama <b>di Batu Pahat</b> | Mila Ahmad

Posted: 22 Jul 2012 07:05 PM PDT

www.tips-fb.com
Selamat Berpuasa ye kowang. Hari nie, kita telah menjalani ibadah puasa selama 3 hari. Alhamdulillah :)Ari pertama bekerja di bulan puasa aku rasa macam lemau semacam, nak-nak ujan pepagi ni kalau tidur ni pergghhhh best² sebabnya xbole makan heeee....
Puasa pada tahun ni aku telah bergelar 'puan' makanya aku menyambut ramadhan pada kali ni berdua bersama encik suami. Tambah lagi bermakna bila dapat menyambut ramadhan pertama bersama mak dan abah serta mak dan abah mertua heee...best giler wey.
Bulan puasa tahun ni jatuh pada hari cuti so aku dan encik suami merancang untuk pulang ke kampung walaupun 2 minggu lepas kami telah pulang ke Batu Pahat. See??? sejak ada suami ni kitaorang kerap blik kampung. Mesti balik rumah mak bapak aku dan mak bapak mertua sebab rumah family aku belakang rumah family en suami kehkehkehkeh..so haruslah balik 2-2 rumah kan ? kan ? Bukan apa nak berlaku adil sebab rumah xjauh hanya sejengkal jerk.
Puasa pertama, bersahur dan berbuka di rumah mak mertua manakala puasa kedua bersahur di rumah mak aku. Seawal 4 pagi mak aku dah msg bgtau suh datang rumah untuk bersahur. Tapi yang sedihnya xdapat berbuka puasa dirumah mak sendiri sebab kitaowang kena gerak balik ke KL.
Yang bestnye bila nak balik KL ni, mak-mak aku sibuk siapkan juadah untuk aku dan encik suami berbuka bila dah tiba KL nanti. Cakap nak makan apa diaowang masak kan..heeee seronok bila ada 2 mak ni tau. Paling selamat aku tak payah masak haha...*dasar malas *
Baru aku sedar bertuahnya bila ada 2 abah dan 2 mak yang sygkan anak dan menantunya. Terharu jugak dengan layanan yang diberikan T________________T. Mungkin ini adalah hikmah buat aku dan encik suami sebab dengar cakap ibubapa untuk dijodohkan bersama. Semoga kasih sayang ini akan sentiasa melimpah ruah hingga hujung nyawa Aminnnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads