Ahad, 27 Januari 2013

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


emp street©: jalan-jalan <b>endau</b>

Posted: 27 Jan 2013 08:10 AM PST

jumaat lepas, 25 januari 2013 sy and husband buat road trip ke endau.

endau ni berada di daerah mersing, johor. bersebelahan dengan rompin.

main purpose adalah untuk melawat family angkat yang telah 'mengangkat' sy time DP*A dulu.. hihi. diorang dah macam family betul dah. sebelum ni tak ada pun family belah kat johor. now dah ada satu ;)

husband & i mintak cuti hari jumaat tu. so off we go! xD


kitorang tak tau jalan pun sebenarnya. hahaha
berbekalkan google map yang diprint oleh husband,
dengan 'abah map' (kept calling my dad for like.. three times everytime sampai kat papan tanda bersimpang utama lolx. thanks, abah!).. kami meneruskan perjalanan.
laluan kitorang adalah BANTING-NILAI-SEREMBAN-TAMPIN-GEMAS-SEGAMAT-MUADZAM SHAH-ROMPIN-ENDAU.
perjalanan ambik masa lebih kurang lima jam setengah.
lenguh-lenguh jugak la belakang badan..
nasib baik ada kusyen buat alas.
lepas tu mengiring ke kiri, ke kanan.
kadang siap baringkan seat penumpang tu lagi! ahahaaa
dasar wani tak boleh travel jauh-jauh T_Tv
kalau nak terkench memang azab la.
sebab nak mencari tempat stop kat tengah-tengah hutan tu.. mana ada! :P
terpaksa menahan sampai jumpa stesen minyak. haha

sampai-sampai sana kitorang singgah lunch dulu kat rumah family angkat sy..
rumah pak razali sekeluarga.
sy panggil bak, mak je. sebab dah macam parents sendiri kan.

lepas lunch tu baru gerak ke chalet untuk check in.
bersungguh orang chalet call.. sebab kitorang tak sampai-sampai lagi. haha


kitorang stay kat pantai penyabong resort.
jaraknya dari rumah family angkat.. kalau nak kira waktu, lebih kurang 20 minit kot.
sampai sana terus check in.
ambik bilik standard je.. katil queen.
RM95 satu malam. tapi tak ada tv, iron dengan breakfast ye, harap maklum.
tv boleh tengok kat lobi depan.
iron pun ada satu bilik dekat dengan lobi.
yang slacknya kawasan ni adalah sebab tak ada connection.
nak berinternet memang tak dapat la.
no connection memanjang.
kalau nak call pun tak dapat. biasanya putus.
kalau sms, dapatlah sikit. haha
EBR ni fancy sikit la..
sebab ada swimming pool, tv semua tu.
tapi time kitorang call, dah penuh.
so kalau nak datang sini, sila book awal-awal ye.
satu lagi slack is masuk-masuk je lantai dia melekit.
tak tau kenapa.
may be visitor sebelum ni tumpahkan air manis ke apa atas lantai.
melekit-lekit.
so sy ambik tisu, basahkan dengan air. lap sikit lantai tu. tak tahan pijak lantai melekit.
petang tu pulak husband & i pergi minum petang dekat-dekat area tu je.
lepas-lepas tu pulak,
kitorang pergi kat pantai/jeti dan snap sini sana. haha
memang depan resort je pun.
time kitorang datang ni,
johor tengah musim banjir.
air laut macam keruh je.
tak ada siapa pun yang mandi-manda.

dan gambar-gambar kat area boat house..


malam tu budak-budak ni treat kitorang kat kedai cikgu rahman.

kedai ni ada macam pondok style..
yang korang naik atas pondok dan makan kat situ. coolness.

tapi mak & bak tak ikut..
sebab mak tetiba pitam kat rumah. mak ada darah tinggi kan.
so biar mak rehat-rehat kat rumah. bak teman dia.

then keesokannya kitorang nak bertolak balik dah.
check out daripada chalet.. lepas tu tertinggal novel 'i love you, stupid!' pulak kat sanaaaa. cis.
tapi malas nak patah balik, sebab jauh.
so halalkan je kat orang chalet tu. hahaha

dah berpakat dengan jafri (kawan kitorang) nak ke endau ni.
jafri sampai lambat sikit.
sabtu tu baru dia ada.
so dia join la lunch kat rumah family angkat sy.

jafri ni pun anak angkat kat endau ni jugak time DP*A dulu..
anak pakcik mat mustapha kat kampung belukar juling.. hihi.


husband memang dari semalam tu teringin nak makan kari ayam pekat.
tetiba sampai-sampai rumah family je,
sy gi dapur nampak mak tengah kacau kari ayam dalam periuk.
pekat pulak tu! haha
doa husbandku termakbul :P

i'm gonna miss them all. diorang sangat baik.
nasib baik ada teknologi. hihi

so kitorang bertolak balik ke shah alam tengah hari tu..
and sampai rumah dalam pukul 8 malam. penat woah. tapi happy.

till then.
selamat bercuti, semua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads