Selasa, 15 Januari 2013

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Hotel Budget dan penginapan hotel <b>di Johor Bahru</b> (berhampiran <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 05:23 PM PST

Tune Hotel Danga : Bajet hotel Johor Bahru Nusajaya

Hotel budget di Johor Bahru ni memang banyak, tapi yang pentingnya hotel budget mana yang selesa di samping bersih dan selamat untuk anda sekeluarga. Bagi anda yang mencari hotel budget , Tune Hotel Johor Bahru yang terletak di Danga Bay ni terletak berdekatan dengan Nusajaya iaitu lebih kurang 15 minit memandu menggunakan lebuhraya Pesisir Pantai (Coastal Highway).

Ikut sahaja signboard yang menghala ke Nusajaya dan perkataan 'Legoland' maka korang akan sampai ke destinasi Legoland ataupun Hello Kitty di Puteri Harbour.

Hotel budget yang nombor satu terkenal di Johor Bahru dan seantero Malaysia ini menyediakan satu suasana  "tidur dengan tilam lima bintang dengan harga bilik 2 bintang" ataupun English nya  "5 star bed at a 2 star price" . Memang agak decent, bersih tak semacam hotel-hotel budget Ah Tong yang lain.

Tune Hotel Danga:Bajet Hotel

Dan paling best skali pancuran mandinya ataupun yang korang panggil shower pun 5 star, sebab airnya bertekanan tinggi dan tak meleleh macam hotel budget lain. Puas hati mandi kat Tune Hotel ni.

Hotel budget terbaik di Malaysia ni mempunyai kelebihannya yang tersendiri berbanding hotel budget yang lain di Johor Bahru antaranya:-
1. 20 minit pandu ke Legoland Malaysia di Nusajaya

2. Terdapat bas shuttle yang datang ke Tune Hotel Danga untuk bawa anda ke Resort World Sentosa dan Universal Studio di Singapore ya!

3. Juga berhampiran dengan Kota Iskandar-Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor dan Puteri Harbour-Hello Kitty!

4. 10  minit perjalanan pandu ke Taman Bukit Indah yang mengandungi kemudahan seperti :-
a.Pasaraya dan Hypermarket seperti Jaya Jusco Aeon, Tesco, Giant
b.Outlet F&B di kedai Pejabat seperti MacDonalds, Tutti Frutti, Chatime,restoran Mamak(Habib,Said,Hamid Corner dll) dan lain-lain tempat makan minum sambil melepak-lepak suasana biasa dan cozy seperti cafe-cafe moden.
c.Pam minyak seperti 3 buah Stesyen Minyak Petronas dengan ATM (Maybank ATM-CDM, CIMB ATM-CDM)
d.Perbankan penuh seperti Ambank, Bank Rakyat, Public Bank, Alliance Bank, Maybank(di dalam Jusco)
e.Kedai-kedai runcit konvensional
f.Kedai-kedai Dobi
g.Farmasi-farmasi spt D'Apotec, Daily's Care dan klinik-klinik swasta dll

Taman Bukit Indah Johor Bahru

Tips J2C2 : Bagi keluarga, aku cadangkan korang dapatkan bilik jenis Quad (Quad-room) kerana ia adalah dua bilik yang mempunyai pintu bersambungan iaitu bilik 1+1 .

Satu bilik katil Queen dan satu lagi bilik dengan 2 katil single, dan boleh memuatkan dengan selesa 1 ayah, 1 mak + 1 anak kecil (toddler dan), 3 lg anak dlm umur 6-12 dengan selesa. ( ni utk keluarga purata saiz badan Asia, kalau korang saiz Eropah amik la Quad-room dan 1 lg bilik ya :) ahakss.. Tu pun masih murah berbanding korang amik bilik 4 star atau  3 star.

Apa-apa pun kalu korang ada masalah (yg biasanya masalah kecil), bersederhanalah dalam mengutuk, kerana Tune Hotel ni masih lagi hotel terbaik nombor satu dalam kelasnya baik di Malaysia mahupun di lebih 5 buah negara antarabangsa

Cuba anda fikir di mana anda boleh dapat 2 bilik dengan harga di bawah RM150 dengan suasana yang decent?

Bukannya nak mempromosi tetapi hakikatnya hotel budget ni masih memberikan nilai yang lebih berbanding wang yang anda bayar…Cuma takde kemudahan fridge kecil, cerek elektrik dalam bilik ..pun masih berbaloi berbanding wang yang dibelanjakan..kalau nak hangkutlah sendiri ya! Ahakkks :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads