Rabu, 23 Januari 2013

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Cinta Itu Misteri: Maharajalawak Mega 2013 Akhir <b>di Johor Bahru</b>

Posted: 05 Jan 2013 07:30 PM PST

Pasti ramai dah tahu bahawa pentas akhir Maharajalawak Mega 2013 akan diadakan di Johor Bahru, iaitu di Stadium Tertutup MBJB. Kemuncak Maharajalawak Mega itu akan berlangsung pada 18 Januari 2013.
Pasti akan menjadi satu lagi sejarah dalam hiburan lawak tanah air apabila pentas akhir dilakukan di Johor Bahru. Ingat lagi tak pada 2011, Maharaja Lawak Minggu ke-12, memang sangat bersesaklah manusia pada waktu itu. Dari seawal pagi semua dah duduk melepak menunggu kaunter tiket dibuka, walhal kaunter hanya dibuka untuk pengedaran tiket pada pukul 5.00 petang. Yang pastinya rombongan bas dari Singapura mesti ada. Tak tahulah mereka akan bawa berapa batelion malam tue.
Ini adalah Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru, Johor yang sunyi sepi. Tapi.....pasti 2 minggu lagi akan meriah dengan taburan manusia berasak, bersesak, menolak-nolak untuk masuk ke dalam ruang yang hanya muat untuk kapasiti manusia seramai 5000 orang.
Ini adalah gambar yang di ambil dari Bangunan City Plaza pada 2011. Waktu ini mereka sedang beratur untuk mendapatkan tiket.
Ini adalah banner pada 2011. Tengok....muka-muka yang sama. Cuma pada malam akhir nanti yang pastinya ada JOZAN dan JAMBU.
Yang pastinya saya akan sedaya upaya masuk ke dalam perut stadium menyaksikan Maharajalawak Mega secara langsung, tak dapat duduk pun tak mengapa. Oh yaaa, agak-agaknya Miss Banu akan turun JB tak malam tue?
p/s: Hurmmmmm....tak sabarnya. Tapi kannn....saya baru teringat keesokkan harinya En.hubby ada aktiviti berphotoshoot di Parit Lurus, Batu Pahat.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads