Isnin, 28 Januari 2013

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


A Wonderful Life: Cuti-Cuti <b>Di Johor Bahru</b>

Posted: 22 Jan 2013 07:08 AM PST

Pada 05/01/2013, hari sabtu i kena present thesis untuk Projek Sarjana Muda 1 di UTM Skudai. I bertolak dari KL pada hari jumaat petang after hubby selesai solat jumaat. Keadaan traffic ok je, lagipun hubby i tak nak speed sangat sebab tak rushing. I selamat sampai di JB jam 8.00 malam, hanya berhenti rehat di Pagoh sekejap. My hubby dh biasa dengan bandar JB ni sebab dulu dia pn study kt UTM skudai, so i tak payah risau dan susah hati nk cari tempat makan kt JB ni. Untuk makan malam, my hubby ajak makan di Anjung Warisan, tempat makan yang terkenal jgk lah kt area JB ni disebabkan satu keunikannya yang tiada di restoran sekitar iaitu makan di atas pokok...(ha..ha.. mcm kelakar pulak).  Harga makanan pun tak mahal, kira berpatutan lah...malam tu untuk makan malam, kami order 3 Nasi Putih, Tomyam Campur, Ikan Siakap Tiga Rasa, Kailan Ikan Masin, Ayam Goreng Kunyit dan 2 Telur Mata Kerbau untuk anak-anak. Minuman pulak 2 Bandung Soda dan Jus Apple Hijau. Jumlah bil kami hanya RM85++. Murahkan!
Nak tahu restoran ni kat mane? Ok, i bagi address untuk sapa-sapa yang nk try masakan di sini.  
Restoran Anjung Warisan 
JKR 296, Jalan Petri, Kampung Tarom
Selesai makan malam, i terus ke Tune Hotel untuk menginap. Esok kena bangun awal bagi sebab presentation i start jam 8.00 pagi. My turn pulak pukul 11.00 pagi, malam ni dah tak lena tidur sebab hati berdebar2 dan risau untuk presentation besok.
Pagi-pagi lagi i dah bangun dan siapkan anak-anak i, kebetulan hubby i ada meeting di site Batu Pahat, so terpaksalah anak-anak i hubby bawa ke Batu Pahat dan minta tolong staff hubby i yang jaga. I pulak hubby hantar ke UTM dan i stay kt UTM sampai jam 3 petang selepas seisi presentation selesai. 
Ahad 6/01 - hubby dah plan nak bawak anak-anak pegi Puteri Harbour Family Theme Park, nak tengok Hello Kitty dan Thomas. So, seawal jam 8.00 pagi kami dah checkout dari Hotel. Breakfast di Toast & Toast Cafe dan proceed to Puteri Harbour Family Theme Park di Nusajaya. Kami sampai di Puteri Harbour seawal jam 10.00 pagi. Elok sangat lah sebab theme park ni pun jam 10 pagi sehingga 6 petang setiap hari. Nak masuk theme park ni kena beli tiket dulu kat entrance area. Harga Tiket dewasa dan kanak-kanak umur 4 tahun ke atas RM85 untuk masuk dua-dua tempat iaitu Hello Kitty Town dan The Big Club. Tapi kalau nak masuk salah satu tempat di atas harga tiket RM50 (tapi kalau tiba2 berubah fikiran nak masuk dua-dua tempat pada hari yang sama hanya add on RM35 saja lagi). 

Hari tu i sempat masuk The Big Club saja sebab hubby dah bagi limit time, jam 2 mesti kena gerak balik KL untuk mengelak situasi jem di Tol Sungai Besi. Dalam The Big Club ada banyaklah karekter kartun yang kanak-kanak suka seperti Barney, Pinggu, Bob The Builder, Angelina The Balerina dan Thomas & Friend. Anak i yang sulung paling suka lah sebab papa ikut cakap dia masuk The Big Club, kalau ikut mama nak masuk Hello Kitty Town (tak pe lah, lain kali turn mama dan adik Hana pulak masuk Hello Kitty Town). The Big Club ni ada 2 tingkat.

First show yang kami tengok dalam The Big Club ialah Barney Show, second dapat tengok Angelina The Balerina show, part ni paling best sebab kanak-kanak boleh ikut serta belajar ballet dengan Angelina. Hana pun join belajar Ballet, sebelum class belajar ballet start, setiap kanak-kanak yang berminat akan diberi satu tutu dan magic stick. Kiut je tengok kanak-kanak belajar ballet dengan Angelina. Selepas habis menari ballet, seisi fotografi dengan Angelina di adakan. Hana pun sempat  bergambar dengan Angelina. 

Then, kami pergi part Thomas & Friend, kat sini part anak lelaki i. Banyaklah character Thomas & Friend kat sini seperti Thomas, James, Berthie, Harrod dan ramai lagi lah. Kat sini i dengan anak lelaki i naik Bumper Car, Hana tak dapat join sebab tak melepasi tahap piawaian kemasukan, jadi hubby terpaksalah jaga Hana. 

Penat-penat main mesti rasa lapar kan, tak payah nak pergi jauh-jauh cari makan, kat dalam The Big Club ni ada disediakan satu cafe, Mc Burn Cafe namanya. Menu makanan kat sini ala-ala cam McDonald lah, ada burger, ayam goreng, fries cuma bezanya disini ada nasi dengan sup. Selepas makan, hubby bagi kebenaran pada anak-anak i untuk sambung bermain. Sebelum pulang kami sempat bergambar dengan Bob The Builder. Gambar-gambar kami semua di ambil oleh photographer yang bertugas kat dalam The Big Club ni. I beli 3 keping gambar kami yang lengkap dengan paper frame berharga RM70. Reasonable lah kan....Selepas pada itu kami pun bergerak pulang ke KL. 

Gambar-gambar kat bawah ni i ambil dengan telefon iphone 4S je sebab hubby terlupa nak bawak kamera. 

   
Nanti nak datang lagi, nak masuk Hello Kitty Town pulak....encik hubby ingat tau!!!
    

[Video] JMR- DSAI <b>di Johor Bahru</b> 25/1/13 - Malaysians Must Know <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2013 04:35 AM PST


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads