Selasa, 15 Januari 2013

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Cerita Ita: cerita seram <b>di</b> jalan mersing - <b>kahang</b> barat - kota tinggi

Posted: 14 Jan 2013 10:19 PM PST

assalamualaikum semua,

maaf semalam takde update dari cerita ita...

letih disebabkan sampai rumah dah dekat jam 2 pagi...pagi pulak nak bersiap gi keja...dengan nak siapkan anak-anak lagi...aku punya rutin dengan shah memang wajib mandikan anak-anak kami sebelum ke taska..dulu-dulu memang kami tak mandikan anak sebelum gi taska, kami angkat je diorang dari tempat tidur terus ke kereta..cuma salinkan lampin je..

tapi sejak anak-anak selalu tak sihat dan payah nak baik...kami tukar rutin pagi dengan mandikan semua anak dengan air suam...alhamdulillah kesihatan anak-anak makin ok lepas tu...
eh dah lari dari tajuk dah...cerita ita memang macam ni...lagipun cerita wayang pun selalu ada iklan dulu kan.....heheee...

pasal kisah seram ni...ini adalah kisah benar adik aku yang bawah aku atau dalam keluarga kami panggil dia Uda...

Kisah ni terjadi pada bulan lepas kalau tak silap aku... maaf kalau aku silap ye...tapi baru je diceritakan pada aku masa aku balik johor minggu lepas..

Uda ni berkerja di sebuah kilang mozek di kluang...biasanya dia berulang ke tempat kerja dia menaiki van..tapi setiap kali kena kerja shift pagi dia lebih selesa bawak motor..

dan jalan biasa yang dipilih Uda adalah jalan mersing - kahang barat - kota tinggi.. jalan ni merupakan jalan pintas nak ke kota tinggi kalau anda dari mersing.. walaupun jalan dia tak berapa elok dan agak kecik dibandingkan jalan utama ke kota tinggi tapi jalan ini memang menjimatkan masa perjalanan..aku pun pengguna tegar jalan ni dulu sewaktu bekerja dengan syarikat swasta satu masa dulu...itu cerita dulu...masa aku bawak kereta ke hulu ke hilir..sekarang dah jadi mem..duduk kat sebelah je...

haaa...lupa pulak putera mahkota johor pun pernah guna jalan ni dulu masa kembara mahkota johor...tahun bila aku dah tak ingat dah...

berbalik cerita Uda tadi...dan uda pun memang biasa guna jalan ni..kecuali kalau minyak takde baru la uda akan guna jalan besar sebab kat jalan alternatif ni tak ada pam minyak..

nak dijadikan cerita, uda bertolak dengan menggunakan motor kriss dalam pukul 5.45 pagi camtu...perjalanan melalui jalan kahang timur (felda kami) ke kahang barat berjalan lancar...diiringi dengan rasa sejuk yang mencengkam tulang di subuh hari...tempat kami memang sejuk sebab berdekatan dengan gunung berlumut..

sampai je di simpang tiga, uda membelok ke kiri untuk ke jalan kahang barat..dia teruskan perjalanan sampai la ke satu kawasan belukar kecil sebelum kawasan penempatan felda kahang barat...

kat sini la segalanya terjadi....

masa ni uda bawak motor dengan halaju sederhana je...

tiba-tiba...
"puk"

uda terasa belakang badannya seperti ditepuk dengan kuat....

uda cuba buat seperti biasa tapi minyak terus dipulas laju..

dan...
"puk"

uda ditepuk sekali lagi....haaa....uda dah rasa cemas dah masa ni...

kalau korang nak buat apa? nak toleh belakang ke?

uda masih kuatkan hati dan teruskan perjalanan...

tapi....
"puk"

sekali lagi uda ditepuk....haaa...masa ni uda mula dah rasa meremang dah....

dalam hati dia berkata nak toleh belakang ke tak ye? dan dia dah tersebut pun dalam hati...kalau kau nak tumpang..tumpang je la...tak payah nak tepuk-tepuk...

dan akhirnya uda beranikan diri tengok ke belakang dengan menggunakan cermin sisi...

dan dia nampak.....terbuai-buai di belakangnya dibawa angin....

korang nak tau apa yang dia nampak?

haaaa....

BAJU HUJAN dia la....

dah terkeluar dari peti simpanan dia kat belakang motor tu... dan dah berterabur topi dan baju hujan dia sepanjang jalan...dan yang menepuk belakang adalah penutup peti simpanan tu...

jadi kerja pulak dia kena pungut balik semua benda...hahaha...

moral dari cerita ni... sila jangan cabut cermin sisi anda dan boleh digunakan di waktu kecemasan....heeee...

p/s nama pemenang contest aritu nanti aku bagitau ye...aduhaii..tak sempat nak cabut undi lg ni...

BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Sep 2012 01:43 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kerusi Panas <b>Gelang Patah</b> Milik Jui Meng? « ibn_bacoks

Posted: 12 Sep 2012 05:25 PM PDT

GELANG PATAH – Pada pilihan raya (PRU) 13 nanti bakal menyaksikan pertarungan sengit antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) kerana keunikan komposisi pengundinya seakan berpihak kepada pembangkang.

Ura-ura peletakan calon untuk Parlimen tersebut, Dato` Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, disebut-sebut antara individu yang akan memberi saingan sengit kepada BN.

Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita tentang status calon, Jui Meng menjelaskan bahawa sesiapapun yang bertanding di situ daripada PR maka segenap pihak harus memberikan sokongan untuk meraih kemenangan.

"Apabila ditanya terhadap isu alocasi kerusi Gelang Patah, Dato' Jui Meng Chua
berkata soalan ini juga ditanya oleh orang Gelang Patah apabila beliau berjelajah di sana. Beliau menjawab orang sana "asalkan calon itu dari PR, bagi dia sokongan".

"Dato' Jui Meng Chua dianggap salah satu calon PKR yang akan bersaing di Gelang Patah. 50% pengundi di kawasan Gelang Patah adalah Cina," lapor akhbar Sin Chew Daily yang dipetik dari Facebook Keadilan Johor.

Dalam perkembangan berkaitan, akhbar itu turut melaporkan, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata PR sudah mempunyai satu "Smart Combination" sebagai jawapan bagi progress penyelarasan di antara mereka.

"salahuddin Ayob berkata, menurut penganalisis politik, tsunami politik akan terus pada PRU akan datang, Johor merupakan salah satu negeri yang mungkin dimenang oleh PR di Malaysia barat.

"Bagi Malaysia timur, dipercayai angin pembangkang akan mula dari Sabah dan
merebak ke Sarawak. PR di Johor semakin bersatupadu dan sudah mencapai consensus," katanya lagi ketika ditanya mengenai status calon bagi kerusi panas Gelang Patah.

Salahuddin Ayub berkata demikian dalam sidang media selepas Menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya PAS Negeri Johor, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi PKR Johor Dato' Chua Jui Meng dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads