01 di mersing - Google Blog Search |
5 lemas <b>di Mersing</b>, Sematan | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan Posted: 30 Dec 2012 08:23 PM PST Kuala Lumpur, 31 Dis : Lima lelaki lemas, masing-masing tiga di pantai Pueh, Kampung Siru Melayu, Sematan dan dua di pantai Air Papan, Mersing semalam. Mangsa di Mersing, Mohamad Hafis Jamaludin dan Muhamad Azhari Suranto masing-masing berusia 17 tahun, dihanyutkan ombak sebaik saja selesai mandi bersama 42 ahli Kelab Kompang Kampung Rahmat Batu Pahat, pada jam 9 pagi. Mereka dihanyutkan ombak ketika ketua kumpulan itu, Mohd Azahar Jelani, 37, mengarahkan mereka naik ke darat. Rakan mangsa, Mohd Azizoy Aziman, 22, berkata beliau bersama tiga lagi rakannya cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal berikutan ombak kuat. Saya sempat memegang tangan Mohamad Hafis tetapi gagal menariknya apabila saya sendiri nyaris lemas dihanyut ombak sebelum dia hilang daripada pandangan. Malah saya sendiri terpaksa diselamatkan rakan lain apabila turut dihanyutkan ombak dan ketika dibawa ke pantai, saya turut muntah akibat terminum air laut. Saya terkilan tidak sempat selamatkan mereka, katanya. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata usaha mencari dan menyelamat di lokasi 20 meter dari pantai dihentikan jam 6.30 petang dan disambung semula hari ini. Dalam kejadian pada jam 2 petang itu, Ling Chok Leong, 78; Ting Koo Leong, 63, dan Jasper Jong, 14, mandi 50 meter dari pantai, sebelum dihanyutkan ombak kuat ke tengah laut. Chok Leong dan Koo Leong berjaya ditarik ke tepi pantai oleh rakannya selepas dihanyutkan ombak sejauh 500 meter, tetapi keadaan terlalu lemah dan sukar bernafas. Chok Leong disahkan meninggal dunia sejurus dirujuk ke Klinik Sematan, manakala Koo Leong disahkan meninggal dunia sejurus dirujuk ke Hospital Lundu. |
You are subscribed to email updates from di mersing - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan