ads

Khamis, 31 Januari 2013

01 di mersing - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di mersing - Google Blog Search


Banjir <b>di</b> Kota Tinggi Tidak Berubah : <b>Mersing</b> kian Pulih.

Posted: 23 Jan 2013 05:37 AM PST

alt

 

JOHOR BAHRU 23 Jan.  - Keadaan banjir di Mersing mula pulih apabila tujuh pusat pemindahan di daerah itu ditutup hari ini dan semua 1,233 mangsa dibenar pulang secara berperingkat sejak pukul 2 petang.

Setiausaha Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor Muhd Yusri Hashim berkata semua mangsa yang terlibat ialah penduduk Kampung Bahagia, Kampung Sri Bayu, Taman Sri Lumpur, Kampung Sungai Padang, Kampung Menyirih Teluk Buih, Kampung Wak Salam, Kampung Air Merah, Pengkalan Batu serta Kampung Che Wook.

Bagaimanapun orang diingatkan berwaspada akan kemungkinan banjir berlaku semula Ahad ini susulan ramalan hujan lebat dan kejadian air pasang penuh pada hari berkenaan, katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu katanya, empat pusat pemindahan masih dibuka di Kota Tinggi setakat pukul 5 petang tafi membabitkan 277 mangsa dari Kampung Gembut, Kampung Perepat, Kampung Sungai Tuan Seh dan Kampung Mawai Lama.

Dua pusat pemindahan membabitkan mangsa dari Felda Air Tawar 1 dan Kampung Baru Sungai Mas ditutup sejak tengah hari tadi, katanya.   

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor Kolonel Ghazali Abd Rahman berkata pihaknya sentiasa berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan walaupun banjir mulai surut.

Beliau berkata 10 anggota jabatan itu bersama sebuah lori dan bot digerakkan bagi membantu mengangkut mangsa banjir dan menyerahkan barangan keperluan di Mersing pada hari kritikal bencana Sabtu dan Ahad lepas.

"Bagi Kota Tinggi, usaha sedang dilakukan untuk bekerjasama dengan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) sekiranya keadaan kembali buruk. Ini kerana JPAM tidak mempunyai pejabat di daerah itu dan perlu menggerakkan anggota dari Johor Baharu," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved