Rabu, 30 Januari 2013

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Tempat Bercuti <b>di Muar</b>-Melaka-Nilai-Balik Kampung | Sihat Macam <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2013 09:51 PM PST

Horreyyy...akhirnya perancangan kami bercuti berjaya. Sebelum ni asyik tertangguh sebab cuti tak berapa nak ada..masing-masing kerja dengan syarikat swasta..cuti tak mewah la..hihi..Nak pulak kami memang rancang nak bawak Yaya bercuti bila dia berumur dua tahun. 
Dia pun dah dua tahun, dah pandai bercakap dan bercerita, sampai mama nak makan pun tak senang kena menjawab soalan-soalan Yaya yang takda noktah. haha.
Kami bercuti di Muar-Melaka-Nilai dan lepas tu balik ke kampung saya untuk agihkan buah tangan kepada keluarga dan juga melepaskan rindu. hehe.


DARI MUAR KE BANDAR HILIR, MELAKA

Dari Muar kami ke Melaka pulak. Malam tu kami tidur kat Iris Hotel dalam RM150. Malam tu, kami makan malam kat Umbai Ikan Bakar, makan kat Restoran Parameswara. Pergghhh, orang punye la ramai. Kami tak tau meja yang takde sape nak CHOPP tu orang dah booking. huhuhu. Tapi tak lama kami tunggu pun dalam 15 minit je. Lepastu kami dapat meja kosong. Harga lebih kurang kat Penang..ok la, malam tu kami makan dalam RM81 - sotong goreng 2 pinggan, siakap stim 1, Cencaru goreng sambal 2, nasi lemak -3, nasi kosong 1, ngan air barli suam dan ais limau. Kira ok laaa..Siap tapau sotong goreng balik hotel lagi..hehe




Esoknya kami melawat sekitar Bandaraya Melaka, Bandar Bersejarah. Kami sempat jalan-jalan beli cenderahati kat Jonker Street, lagi satu street lupa dah nama apa, kat bawah Muzium Sejarah dan Etnografi je. Lepas tu melawat Muzium Sejarah dan Etnografi. Ada 6 pecahan muzium dalam Muzium Sejarah dan Etnografi ni. Ok la, tak melawat abis pun ke semua 6 muzium ni sebab masa pun dah suntuk, ngan teruk bebeno rasa bagi kami yang bawak anak kecil dan bawak kereta sorong ni. Patut disediakan satu jalan yang mudah untuk warga tua dan ibu bapa yang bawak anak kecil (dengan barang-barang si kecik sekali).

Lepas tu kami melawat Kota A Famosa  plak. Hmm, tengok pemandangan kat bawah jauh berbeza dengan 16 tahun yang lalu, masa zaman kanak-kanak rebina. hehe. Yaya? dia sibuk dengan kucing kat Kota A Famosa dengan mainan ayam hainan dia tu je. hehe. Lepas sembahyang dan berehat-rehat melepaskan lelah dan mandikan Yaya kami naik pula Melaka River Cruise. Sambil makan atas bot, bukan takat angin lembut menampar-nampar pipi je..air sungai pun join sekali..hehe..memang best. tengok belakang bangunan dicat dengan lukisan-lukisan jadi nampak Bandaraya Melaka ni sangat cantik dan menarik.



Habis naik River Cruise kami melawat Muzium Samudera pulak. Makcik gayat naik tinggi ni. huhu. Lepas tu kami Shopping sikit di Medan Samudera sebelum bertolak ke Ayer Keroh, Melaka pulak.


DARI BANDAR HILIR MELAKA KE AYER KEROH, MELAKA

Kami menginap satu malam di Youth Hotel, Ayer Keroh Melaka. Ok, gak hotel ni rasa macam balik rumah sendiri je. Tapi rumah sendiri lagi berganda-ganda selesanya.^_^.


Pagi tu lepas sarapan dan berkemas kami melawat Zoo Melaka, yang ni khas untuk Yaya. hehe..Lagi best dan cantik dari zoo Taiping. Haiwan pun banyak kat Zoo Melaka. Habis melawat Zoo Melaka, kami melawat Taman Mini Malaysia..Hmm best jugak, macam kanak-kanak ribena habis semua rumah saya masuk..hehe, Yaya tidur dalam stroller, Abah dia yang jagakan sambil tangkap gambar mama tengah posing tergedik-gedik. hehe.


DARI AYER KEROH KE NILAI, NEGERI SEMBILAN

Habis sudah melawat Melaka, kami menuju ke Nilai 3 pula, Niat nak pegi shopping kat Nilai 3, menginap di Hotel Aston berdepan dengan Giant dan Tesco, jadi tak perlu susah payah cari tempat makan, letih dah beb..hehe..Esok nak kumpul tenaga nak shopping.

Sampai Nilai 3 banyak jugak la yang kami borong, besar-besar belaka termasuk la kerusi malas abah Yaya punya..sampai tak muat bonet kereta dah. Apalagi kena cepat-cepat balik sebelum hati terpikat nak menyopping lagi. hehe. Jom balik kampung pulak....

Kat Nilai tak sempat nak tangkap gambo..Sibuk Nyoppingggggg....

DAH-DAH ABIH CUTI-CUTI MALAYSIA KITA BALIK KAMPUNG PULAK^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads