Ahad, 6 Januari 2013

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


Gunting Rambut Percuma Untuk Pelajar <b>Parit Raja</b> | MyNewsHub

Posted: 21 Dec 2012 06:45 PM PST


KUALA LUMPUR -  Malaysian Young Humanitarians (MYH) akan mengadakan program gunting rambut secara percuma di Sekolah Kebangsaan Pintas Puding, Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada 28 Disember ini.

Pengarah Program, Mohammad Rizan Hassan berkata, Program Gaya Pintas Puding itu melibatkan sekumpulan sukarelawan menggunting rambut secara percuma untuk pelajar sekolah di sekitar Parit Raja.

"Program ini antara lain bertujuan merancakkan lagi persiapan pelajar sekolah untuk kembali ke sekolah. Program ini mendapat kerjasama pentadbiran Sekolah Kebangsaan Pintas Puding," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

MYH adalah sebuah kumpulan gerakan kerja sukarela di bawah Malaysian Youth Hostels Association (MYHA) iaitu sebuah badan gabungan Majlis Belia Malaysia.

Mohammad Rizan berkata,  Program Gaya Pintas Puding turut mendapat kerjasama Bahagian Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan, 1M4U, Gerakan Belia 4B Pekan Parit Raja dan Pengakap Kelana Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Jelas beliau, seramai 10 sukarelawan yang pakar dalam gunting rambut dari MKAJ Saloon and Academy yang diketuai Professional Hairstylist, Shahrizan Salleh akan terbabit dalam program itu.

Justeru, katanya, beliau menjangkakan seramai 300 orang kanak-kanak akan hadir mendapatkan khidmat gunting rambut percuma berkenaan.

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads