01 di pengerang - Google Blog Search |
Mufti Johor Cadang Kerja Pengalihan Kubur <b>Di Pengerang</b> Ditangguh Posted: 03 Jan 2013 06:44 PM PST
Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, hasil lawatan ke tapak perkuburan baharu di Punggai, beliau mendapati ia belum siap sepenuhnya termasuk tidak mempunyai sistem perparitan, landskap dan pagar. "Kita harap pihak yang berkenaan dapat perhalusi dahulu perkara ini sebelumurusan pemindahan 1,545 kubur termasuk 940 yang tidak berwaris membabitkan tujuh kampung dipindahkan ke kawasan berkenaan. Beliau berkata demikian selepas majlis amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan perkuburan Islam untuk projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di sini, Khamis. Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), Mohd Yazid Jaafar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat Datuk Harun Abdullah. Sebelum itu, Mufti dan rombongan turut melawat tapak perkuburan Islam yangbaharu di Punggai, selain tanah perkuburan Islam di Teluk Empang dan KampungJawa Darat. Beliau juga berkata Jabatan Mufti akan memberi perhatian terhadap rungutanpenduduk tentang jarak kubur antara satu sama lain yang terlalu dekat iaituhanya 0.3 meter selain beberapa kelemahan semasa prosedur pemindahan kubur. Sebanyak 1,545 kubur yang dikenal pasti termasuk 940 tidak mempunyai warisdi Kampung Teluk Empang, Sungai Kapal, Sungai Buntu dan Kampung Jawa, LangkahBaik, Sebong dan Batu Mas akan dipindahkan ke tapak perkuburan Islam yang baru di Punggai. Pemindahan kubur dari tujuh buah kampung ke kawasan berkenaan yang merupakan tanah rizab kerajaan itu adalah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC). Tapak perkuburan baru itu mempunyai lapan lot dengan setiap lot boleh memuatkan antara 805 hingga 1, 495 petak kubur mengikut pekeliling serta piawaian yang ditetapkan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Dalam pada itu, Mohd Tahrir berkata kerja-kerja pemindahan kubur itu diharuskan bagi memberi laluan kepada pembangunan selain bagi memuliakan jenazah itu sendiri. Menurutnya, proses pemindahan itu telah beberapa kali dilakukan di negeri ini seperti sekitar tahun 1980an di Muar melibatkan projek pembinaan LebuhrayaUtara Selatan (PLUS) yang menghubungkan Johor dengan Kuala Lumpur. Kini Anda boleh memberi komen melalui akaun FaceBook.. |
You are subscribed to email updates from di pengerang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan