Selasa, 15 Januari 2013

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


D&#39;Western Corner <b>di Parit Sulong</b> - Cebisan Kenangan Dalam <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 08:22 PM PST

Insya Allah...., D'Western Corner akan dilancarkan pada hari Ahad ini, 13.1.13... Menyediakan masakan barat seperti 'chicken chop', 'fish & chip', 'nugget & fries', 'fries', aneka bebola & juga 'ice blended'... Doakan semoga berjaya yer kawan-kawan...

Ini projek terbaru saya bersama adik saya yang bongsu, Lina Farhana Samsudin... Adik yang beriya-iya dan bersemangat melontarkan idea supaya saya membuka sebuah kedai 'western' yang berkonsepkan ala-ala kampung dan santai.. Dan yang penting, dijual dengan harga yang murah supaya semua golongan masyarakat berpeluang menikmati keenakan masakan barat ini.

Sedikit catatan kronologi indah untuk dikenang...

19/12/2012 : Adik bongsu saya melontarkan idea supaya saya membuka sebuah kedai masakan barat di Parit Sulong...

20/12/2012 : Saya merayau di sekitar Parit Sulong mencari lokasi yang strategik atau kedai-kedai kosong untuk disewa. Akhirnya terfikir untuk buat bersebelahan Irissa Laundry Parit Sulong

21-28/12/2012 : Saya tidak sempat untuk memikirkan sangat mengenai pelaksanaan kedai ini kerana sibuk dengan persiapan Hari Keluarga sebelah Ayah saya serta persiapan anak-anak naik ke sekolah.


30/12/2012 : Mula berfikir secara serius dan all out beli serba sedikit peralatan kedai seperti blender & termos air

1/1/2013 : Beli peralatan plastik di bandar Batu Pahat

5/1/2013 : Beli barangan untuk 'ice blended' di Batu Pahat

6/1/2013 : Beli peralatan kedai seperti sinki dan kabinet dapur di Parit Sulong

7/1/2013 : Beli pinggan mangkuk

10/1/2013 : buat promosi di laman sosial 'facebook'

Sungguh tak sangka, tak sampai sebulan perancangan, sudah boleh direalisasikan.. Alhamdulillah.. Semoga Allah memberkati usaha dan melimpahi rezeki kepada kami... Amiiiin....

Insya Allah kalau Allah izinkan, 31.1.13 (cantik kan nombor nie.. diterbalikkan pun, sama susunannya hehe), saya nak launching satu lagi projek.. Projek ni dah terbengkalai lama dah, sudah dirancang sejak Mac 2012.. Tapi saya yakin dengan ketentuan Allah.. Pasti ada hikmahnya di sebalik kelewatan ini kan...

Semoga Allah memudahkan urusan saya... Amiiiiiiiiiiiiiiin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads