Khamis, 31 Januari 2013

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Jenazah Mohd Noor Fikrie Selamat Dikebumikan <b>Di Pontian</b>

Posted: 19 Dec 2012 11:52 PM PST

 

KUALA LUMPUR 20 Dis - Jenazah anggota militan rakyat malaysia yang ditembak mati oleh anggota polis Filipina di Davao, Filipina Jumaat lalu selamat dikebumikan kira-kira jam 7 pagi di Tanah Wakaf Perkuburan islam Kampung parit Hj Abdul Rahman di Pontian, hari ini.

 

Jenazah Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dikebumikan dalam keadaan hujan renyai dengan dihadiri hampir 100 anggota keluarga dan kenalan.

 

Jenazah Allahyarham tiba di perkarangan Masjid Jamek Temenggong Daeng Abdul Rahman, pada 5.30 pagi setelah diterbangkan dari Davao, Filipina pada 9 malam tadi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pada 1 pagi.

 

Kemudian, jenazah dibawa pulang dengan menaiki van jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke kampung halamannya di Kampung Parit Hj Abdul Rahman dan disembahyangkan sebaik solat subuh dengan diketuai Imam III, Rahmat Roduan bersama lebih 100 jemaah sebelum dikebumikan.

 

Sementara itu, bapa Allahyarham Abd Kahar Sirun, 53, turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang menguruskan urusan membawa pulang jenazah anak sulung daripada empat beradik itu.

 

Mohd. Noor Fikrie ditembak mati oleh anggota polis Filipina di sebuah hotel di Davao, Jumaat lalu selepas bergelut bersama pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri yang dibawa isterinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads