01 di segamat - Google Blog Search |
Stor diesel <b>di Segamat</b> diserbu - Halaman Gambar Menarik, Pelik <b>...</b> Posted: 24 Jan 2013 06:23 PM PST SEGAMAT – Hanya seminggu selepas serbuan sebuah stor menyimpan minyak diesel di Pengerang, kegiatan penyeludupan minyak subsidi itu rupa-rupanya sudah merebak ke sebuah kawasan lapang di Jalan Segamat-Kuantan di sini. Rahsia tersebut terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu markas pengumpulan minyak diesel itu yang dipercayai sudah aktif beroperasi di situ kira-kira setahun lalu. Semasa serbuan pada pukul 5 petang Selasa lalu, KPDNKK menemui sejumlah 250,000 liter minyak diesel yang berharga RM450,000 yang dikumpul di markas itu dalam tempoh dua minggu lalu. Kesemua minyak diesel itu disimpan dalam tiga buah tangki dan ia dalam proses diseludup ke negara jiran. Pemeriksaan di tanah lapang yang dikelilingi zink dan dijaga oleh beberapa tonto itu dipercayai didalangi seorang lelaki berusia 30-an. Lelaki itu masih bebas. Satu sumber berkata, modus operandi sindiket itu dikatakan menggunakan beberapa buah lori ais dan treler bagi mengangkut minyak diesel yang dibeli di stesen-stesen minyak di sekitar daerah ini. Seperti kegiatan penyeludupan minyak di Pengerang yang terletak kira-kira 250 kilometer dari daerah ini, sindiket itu juga menggunakan cara sama iaitu membeli minyak diesel pada harga RM1.85 setiap liter berbanding dengan harga asal RM1.80. Kegiatan membeli diesel itu pula dilakukan pada waktu malam hingga awal pagi dan kerja-kerja menyimpan diesel dari lori ke dalam tangki di stor itu dilakukan pada waktu pagi hingga petang. Setiap buah kenderaan yang mampu menampung 6,000 liter minyak diesel itu dikatakan akan memunggah bekalan minyak ke stor itu sebanyak tiga kali sehari. "Pekerja di stesen minyak di daerah ini menerima komisen lima sen bagi setiap liter diesel yang dijual kepada sindiket itu tanpa had," kata sumber itu. Selepas tiga tangki di stor itu penuh, sindiket itu akan memunggah minyak itu ke kawasan persisir pantai di beberapa lokasi di Johor Bahru untuk dihantar ke kapal dan diseludup ke negara jiran. Jelas sumber itu lagi, sindiket itu memilih daerah ini sebagai lokasi membeli minyak diesel subsidi kerana beberapa daerah lain di Johor Bahru sudah dimonopoli oleh sindiket lain yang lebih berkuasa. Sementara itu, Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM Putrajaya, Mohd. Yusof Zakaria yang mengetuai operasi tersebut berkata, semasa pemeriksaan di stor itu, mereka menahan pekerja lelaki berusia 26 tahun. Menurut beliau, lelaki itu yang terkejut dengan kemunculan pihak berkuasa bertindak menghubungi dalangnya. Bagaimanapun, dalang sindiket itu tidak muncul. "Dalam serbuan itu kami menyita dua buah lori dan 30,000 liter diesel yang disimpan di stor itu," kata beliau lagi. Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Operasi dan Pembangunan KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, serbuan Selasa lalu merupakan antara sindiket penyeludup minyak diesel yang dipantau pihaknya. Menurut beliau, kegiatan penyeludupan diesel banyak dilaporkan di Johor kerana faktor geografinya yang berdekatan dengan laut dan negara jiran menyebabkan bekalan minyak diesel mendapat permintaan tinggi. Difahamkan, diesel seludup yang dijual oleh sindiket ke Singapura, Thailand atau Indonesia pada harga antara RM2.20 hingga RM2.40 satu liter. |
Persaingan sengit antara Menteri dan bekas Menteri <b>di Segamat</b> <b>...</b> Posted: 26 Sep 2012 04:16 AM PDT Oleh LAU PHEK YEN KUALA LUMPUR, 25 September : Percaturan politik di Parlimen Segamat, Johor semakin rancak dan panas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) melibatkan tiga parti iaitu MIC , PKR dan DAP. The Malaysian Times (TMT) difahamkan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng yang juga merupakan Pengerusi PKR negeri Johor turut mengintai peluang untuk bertanding di Segamat mewakili pembangkang pada PRU-13 walaupun kerusi tersebut ditandingi DAP sejak dulu lagi. Penyandang Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC yakin MIC tetap akan dapat mempertahankan kawasan tersebut yang diwakili oleh parti itu sejak 1982. Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, tidak pasti sama ada beliau akan bertanding di kawasan Segamat ataupun tidak. "Saya tidak pasti di mana saya akan bertanding pada PRU-13 yang akan datang. Perdana Menteri yang menentukan siapa yang akan bertanding dan kawasan mana yang akan kami bertanding. Oleh itu, kami tidak tahu apa-apa pun sebelum diumumkan. "Tambahan,saya tidak tahu siapa dari parti pembangkang yang akan bertanding di kawasan Segamat. Saya tidak mahu membuat sebarang ramalan teta pi biasanya DAP yang akan bertanding bagi kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT) di sini hari ini. Nama Dr.Subramaniam mula menyerlah dalam kepimpinan politik MIC selepas disenaraikan sebagai calon untuk Parlimen Segamat pada 1999 setelah bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu ketika itu menyingkirkan nama Datuk S. Subramaniam (kini Tan Sri Subra) yang juga penyandang Ahli Parlimen Segamat (bekas Timbalan Presiden MIC ) di saat – saat akhir sebagai calon untuk Parlimen Segamat setelah memperkenalkan seorang lagi Subramaniam untuk kawasan tersebut. Setelah menang dengan bergaya pada PRU 1999, Dr. Subramaniam berjaya turut mempertahankan Segamat dengan majoriti 2, 971 undi pada PRU 2008 walaupun negara dilanda tsunami politik. Segamat merupakan antara tiga parlimen yang berjaya dipertahankan oleh MIC pada PRU 12 , selain Tapah dan Cameron Highlands yang mana ramai pemimpin utama MIC tersungkur termasuk Datuk Seri S. Samy Vellu di Sungai Siput , Datuk Seri G. Palanivel ( Hulu Selangor ) dan Datuk S. Sothinathan di Teluk Kemang. MIC mempunyai satu rekod yang cemerlang dan baik di Segamat sejak bekas Timbalan Presiden MIC Datuk Subra mula bertanding di sana sejak 1982 sehingga 2008 walaupun negara dilanda pernah dilanda pelbagai krisis politik. Walaupun Dr. Subramaniam tidak dapat 'mengesahkan' pencalonanya untuk penggal ketiga di parlimen Segamat, TMT difahamkan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi 'lampu hijau' kepada Subra untuk mempertahankan kawasanya untuk PRU 13 berdasarkan prestasinya yang amat baik selama ini. Namun berdasarkan situasi politik terkini , agak sukar sekali untuk membaca percaturan politik di Parlimen Segamat pada PRU-13 disebabkan suasana politik negara yang dilihat semakin kritikal saban hari serta pendekatan pihak pembangkang cuba mempengaruhi pengundi bukan melayu di Johor sejak kebelakangan ini. Parlimen Segamat merangkumi sejumlah 44, 973 pengundi yang mana seramai 47 peratus Cina, 43 peratus Melayu dan 10 peratus India. Selain nama Chua Jui Meng, nama Penasihat DAP Lim Kit Siang turut dikaitkan mengintai peluang bertanding di negeri Johor khususnya di parlimen Segamat disebabkan pengaruh pengundi Cina yang dapat "mengugat" peluang BN dikawasan tersebut. TMT turut menghubungi Chua Jui Meng selaku Ketua PKR Johor serta Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Chung Hau untuk mendapatkan pandangan mereka tentang perkembangan tersebut yang turut menjadi perhatian politik negara. Komen Chua Jui Meng Chua Jui Meng menyatakan bahawa beliau akan bertanding untuk mencapai kemenangan bagi parti PKR tetapi tidak dapat memastikan kawasan yang bakal ditandinginya di PRU-13. "Saya tidak pasti saya akan bertanding di Segamat atau tidak,parti yang akan menentukan di mana saya akan bertanding. Jika saya diberi peluang untuk bertanding, saya akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai kemenangan. Saya tahu cara untuk mendapat kemenangan", katanya. Jui Meng yang merupakan bekas Naib Presiden MCA Berkata , beliau tidak takut untuk bertanding dengan sesiapa sahaja di Segamat sekiranya diberikan peluang untuk bertanding oleh pucuk pimpinan parti. "Saya tidak takut dengan siapa akan saya bertanding, saya hanya takut tiada pesaing," ujarnya. Komen DAP Pengerusi DAP Johor, Chung Hau pula menyatakan bahawa DAP masih belum menentukan calon bagi kawasan Segamat kerana senarai calon bagi PRU-13 masih belum dimuktamadkan lagi . "Kami akan membuat pertimbangan dari semua segi sebelum membuat keputusan dalam soal pemilihan calon. Biasanya, kami akan mendapat pandangan dari semua pihak," kata Chung Hau. Chung Hau juga menyatakan bahawa DAP Johor tidak mahu memberikan sebarang ulasan mengenai khabar angin yang menyatakan Penasihat DAP Lim Kit Siang akan bertanding di Segamat di PRU-13 yang akan datang. TMT turut dimaklumkan bahawa DAP yakin dapat menang di kawasan Segamat. "Kami yakin untuk menang di kawasan Segamat sedangkan kami hanya kalah dengan majoriti yang kecil iaitu sebanyak 2, 971 undi pada PRU 2008 . Justeru , tidaklah begitu sukar untuk mengalihkan sokongan kepada DAP dan kami yakin dapat melakukanya ," ujarnya. Sumber- sumber tertentu turut memaklumkan kepada TMT bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat sedang mengkaji senario di parlimen Segamat bagi memastikan calon yang terbaik dipilih dikalangan mereka untuk menewaskan BN pada PRU- 13 nanti. Walaupun DAP difahamkan berpeluang untuk bertanding semula di Segamat, PKR turut dikatakan berminat di Segamat ataupun mana – mana dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Buloh Kasap ataupun Jementah. Pada PRU 2008, BN turut memenangi DUN Buloh Kasap dengan majoriti 4, 466 menerusi calon UMNO , Othman Jais yang menewaskan calon Pas. Manakala di DUN , Jementah calon BN , Lee Hong Tee dari MCA menewaskan calon DAP dengan majoriti 1, 306 undi – TMT Category: Bahasa Malaysia |
You are subscribed to email updates from di segamat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan