Khamis, 10 Januari 2013

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


The Other Side Of Me: Cuti2 <b>di Tangkak</b>, Johor

Posted: 12 Dec 2012 06:28 PM PST

@ Tangkak, Johor, Damia, my lil sunshine..baca buku cerita kat atoknya
Uyoo rase cam berkurun tak masuk blog ni, mesti ada yg heran kan nape aku tak update beberapa hari*cewah mementang lately rajin hapdet*. But mesti ada yg tertanya kan...tak ramai pun satu dua mesti tertanya kan kan ..ngaku je lah hahaha. 
Mungkin ada yg pkir aku tak update pertamanya mungkin aku bizi sgt bekeje keras di hujung tahun nak bodek boss supaya dapat markah tinggi untuk LNPT?ataupun mungkin ada yang berpkir aku ilang ingatan sampai terlupa aku ada blog, ataupun plg kurang pun mesti ada yg pkir aku da lupa password blog aku kah?Ok ok semua pemikiran di atas adalah tidak betul. 
Sebenarnya aku balik kg hasben aku di Tangkak, Johor.  Bercuti beberapa hari, tapi hasben takde dia outstation ke Sabah. Hasben aku pun bizi so mmg tak dpt la nak gi jenjalan Legoland or USS kan..tunggu bila dia tak bizi ..la jwbnya. So tinggallah aku bersama kuarga mentua..bercuti bwk anak kesayangan ku. 
Actually nak gak cuti umah parent aku tapi apakan daya parent aku kan berada di Kedah, adik aku dah kidnapped mak bwk bercuti Kedah.  So aku menumpang kasih mentua la yea.  Sonok balik kg mcm2 aktiviti buat dengan mentua.  Pada aku ...parent sendiri dengan mentua sama jew..kasih syg dorg takde bezanya...
My lil sunshine tentu skali la paling happy sebab bercuti dengan atok2nya.  Dia manja atoknya...so kat sana ape dia nak semua atok dia penuhikan..Oklah malam ini tentu skali malam debaran untuk semua peminat bolasepak tanahair.  Piala Suzuki AFF 2012 Malaysia menentang Thailand jam 8.00 malam ini.  Jgn lupa janji temu kita..=)

MUT SHAHIDAN: MENGETEH <b>DI</b> PEKAN <b>TANGKAK</b>

Posted: 16 Dec 2012 05:35 AM PST

Salam Ahad 16 Disember 2012 Alhamdulillah sekembalinya daripada Tangkak trip kedua minggu ini membawa saya,suami dan tiga orang bakal guru SUFI(SmarTop Subur Fitrah Integrated) Pre School Tangkak ke majlis perkahwinan anak saudara suami saya Shahir Saufi di Bangi. Hampir terlupa saya tarikh ini kerana terlalu memikirkan SUFI Tangkak dan proses memulakan sesi persekolahan 2013. Apa pun sepanjang saya berada di Tangkak misi yang diletakkan dapat di capai,alhamdulillah.Saya dan teman seperjuangan yang berada di Tangkak selama lebih 5 hari mula memahami budaya masyarakat pekan kecil Tangkak dan sudah mula merasai nikmat MENGETEH'(minum teh sambil bersembang panjang)kerana tanpa di sedari kami banyak menyelesaikan masalah yang di hadapi sambil minum teh. "Nothing is lost' merupakan tagline setiap perbincangan kami berhubung 'jihad' memulakan SUFI. Kami merujuk kaedah umat lslam di Gaza yang sentiasa ceria dan hidup dengan semangat juang sekalipun di musnahkan berkali-kali oleh musuh laknatullah zionis yahudi.Kata orang jatuh dan bangun berkali-kali demi memperjuangkan matlamat yang di sasarkan merupakan tanda orang yang yakin dan tidak mudah menyerah. Berbalik kepada 'MENGETEH' saya menalipon seorang adik yang terkenal dengan kegigihannya di Tangkak sampai mampu membangun sebuah banglow 13 bilik di atas gunung kaki gunung ledang untuk minum teh dengan saya dan teman. Kami pun berbincang tentang IHES/QGDP dan cita-cita melahirkan generasi lslam sebagi penerus jihad kebenaran.Sentuhan seorang kakak amat berkesan, beliau terus memulakan langkah membantu premis taska di baikpulih,mulanya dengan merobohkan bangunan wakaf yang hampir menyembah bumi, kemudian membuat pagar, memasang pintu besi sekolah, membaiki bocor di atap bangunan dan beliau terus menyahut seruan kami membuat bangunan dapur di sebelah belakang tadika. Berbekalkan RM3K dan kemudian 1K sumbangan seorang adik yang lain kini bangunan tadika/taska sudah berupa. Oh ya kakak saya dengan sumbangan 1.2K, RM300 tambahan untuk membayar seorang kontraktor wanita mengecat semula dalam dan luar tadika turut berperanan. Sign board di infaq keluarga seorang lagi adik di Shah Alam masih menunggu penghantaran. Proses 'MENGETEH' mudah berlaku kerana seorang lagi adik saya merupakan tuan punya gerai makan yang terkenal di pekan Tangkak. Kehadiran kami dua tiga wanita di tengah-tengah lelaki yang 'MENGETEH' tidak janggal kerana pelanggan tahu kami adik beradik. Selain halal bersalaman kami biasa berpelukan mesra di hadapan pelanggan. Saya kira ia hasil kemesraan yang ditinggal arwah bapa kami yang suka juga 'MENGETEH' di warung-warung kopi dengan teman-temannya. Teringat saya lawatan di Laska Pelang Belitong...kota 1000 WARKOP (warong kopi) di pekan langgar/Manggar? Begitulah budaya masyarakat pekan kecil, masa bukan di kejar...masa malah mewah sekali untuk bersosial sambil menonton pertandingan bola dan national geography. Budaya pekan kecil mengajar kami kena berbaik dengan semua orang, jangan sekali menyinggung kerana akibatnya mungkin parah kalau hati dah marah...santaulah, sihirlah, maut pun jadi. Tanpa sedar kami 'modify' banyak kaedah 'terjah' yang biasa berlaku di kota besar dengan semangat bersabar, go slow but firm...alhamdulillah dengan izin Allah misi yang kami datang selsai di jalankan. Tanggal 15 Disember taklimat guru-guru SUFI dan pendaftaran pelajar berjaya di adakan dan lepas sehari di buka pendaftaran kami mencongak selesa di mulakan sesi persekolahan 2013. Buku rujukan mengajar, temuduga bakal guru, latihan guru dan rumah sewa sementara beres di usahakan,juga uniform pelajar. Saya memang tabik kakak saya yang lebih 10 tahun menguruskan pra sekolah bersendirian sebelum ini. Bagaimana beliau melakukan semua urusan bak lipas kudung!! Tiba pada saya semua orang saya seru..suami, ahli kohatsa, teman-teman, sukarelawan dan siapa sahaja yang saya kenal menyumbang kerja yang saya lakukan...dengan semangat SYURA supaya berkat,mudah-mudahan insyaAllah. Budaya yang negatif pun tak kurang terserlah sejak kami 'berkampong' di pekan Tangkak. Satu ketika seorang pencari rumah sewa dengan nada marah-marah menalipon saya bertanya saya berada dimana kerana katanya adik saya memberitahu saya ada di Tadika dan dia mencari saya tiada untuk menunjukkan sebuah rumah sewa. Rupanya bila bersua peribadi ini aneh sedikit. Saya namakan dia 'DISGRUNTLED'(orang yang sering tidak puashati)kerana setiap yang keluar dari mulutnya semua 'masam' dan negatif. Katanya tadika yang saya sedang usahakan kepunyaannya kerana dia yang memohon peruntukan RM100K tiba-tiba kakak saya 'sabotage'. Bila memberitahu kakak saya beliau mengucap panjang, kerana katanya peribadi ini sentiasa bermasalah dan suka mencari salah orang tidak terkecuali ahli keluarganya sendiri. Takut saya di buatnya lantas cepat-cepat saya batalkan temujanji nak melihat rumah sewa. Sms saya pun dia tak jawab...harap-harap dia tidak 'DISGRUNTLED' dengan saya dan suami, susah kami nanti nak tinggal lama di Tangkak. Akhir kalam adik saya menyebut inilah lawatan saya paling lama ke Tangkak. Selalunya habis perjumpaan atau majlis terus saja pulang KL/Shah Alam. Berita baik katanya kerana dapat selalu'MENGETEH'. Saya pula berat hati,makin bertambahlah gula dalam darah saya dan susahlah nak turunkan berat badan kalau selalu 'MENGETEH'. Tengoklah apa perkembangan SUFI, doa saya ia sukses dan sasaran tiga tahun saya nak mulakan SMARTOP SUBUR FITRAH INTEGRATED/INTERNATIONAL PRIMARY SCHOOL'InsyaAllah..doakan berjaya,itu pun jika di panjangkan umur dalam keberkatan, ameen.

4fn1mf-family: Berfoya-foya Dengan Along <b>di Tangkak</b>...

Posted: 21 Nov 2012 04:52 AM PST

Semalam ibu dan along berfoya-foya di Tangkak.
Angah sedang menduduki SPM, Naurah sedang menduduki exam SDEA,
Beby masih ada tuisyen di sekolah dan Farouk masih dalam tempoh berpantang....

Ibu berdua je dengan along...

Maklum la along jadi driver.
Lagi pun cuti semester along dah tinggal tak berapa hari lagi.
Balik bercuti dalam keadaan si ibu yang sedang sibuk dengan pelbagai urusan.....huhuhu...
 Bawa along pergi makan dulu..
Isi perut kenyang-kenyang baru best meronda-ronda....
 Along order beef carbonara spaghetti dan mushroom soup....... 

Ibu pulak pilih Italian Herb Chicken Chop dan lemon tea.....
Lepas makan operasi kami bermula.
Masuk kedai kain, kedai tudung dan butik.
Hasil rembatan ibu yang tak hinggat.
Sekali nak bayar terbeliak biji mata.
Nasib baik ada bawa stok duit lebih.
Itupun duit yang ayah bagi untuk persediaan anak-anak untuk sesi persekolahan tahun depan..
Sorry ye ayah, ibu "terguna" duit itu........
Along pula beli tudung dan blouse......
Dah..dah..dah...jom kita balik.
Dompet ibu dah habis + kering kontang.
Nasib baik gaji bulan November ibu belum tergerak hati nak ambil.
Kalau tak, jawabnya takde makna la cuti-cuti Malaysia hujung bulan ni.....huhuhu...

*Sentiasa ingat pesanan abah ibu,
 kalau duit gaji masuk seawal mana pun jangan diusik sebelum 26hb.....
Anak abah ni seorang yang patuh pada pesanan abah tau....

Sama-sama kita berdoa untuk rakyat Palastin:
Ya Allah....Ya Rahman... Ya Karim...Ya Mukmin... Ya Jabar... Ya Amin ,
 selamatkan saudara-saudara Islam ku di Gaza daripada israel laknatullah.. 
kuatkan iman mereka, kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa di sana.

Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung2 ababil untuk menghancurkan tentera gajah Musyrikin,maka kami memohon kepadamu Ya ALLAH..
turunkan lah bantuan Mu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestin.
Hancurkan lah rejim Zionis.....amin..amin..aminn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads