Khamis, 31 Januari 2013

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


MUT SHAHIDAN: PEYTON PLACE-<b>TANGKAK</b>

Posted: 11 Jan 2013 05:12 AM PST

Salam Ahad 13 Januari 2013/1 RabiuAwal 1434H Seminggu saya dan team IHES berkampong di Tangkak untuk memantau aktiviti SUFI Pre School melalui fasa orientasi. Hari-hari yang mencabar dengan pelbagai maklumat dan insiden. Tanpa saya sedari saya kini terjerat dalam kisah ala drama Peyton Place yang pernah menjadi tontonan golongan seumur saya masa remaja satu ketika dulu (1964-69).Peyton Place dengan peranan utama di mainkan oleh Ryan O'neal dan Ali McGraw serupa impeknya dengan 'winter sonata' drama Korea tahun 80an. Menariknya kehadiran kami mudah di kesan di bandar kecil Tangkak kerana ketara perbezaan tindakan kami antaranya berkereta plate B dari Selangor. Kehadiran kami juga di sedari kedai yang menjual makanan dan klinik gigi. Seronoknya kami ke klinik gigi di bandar kecil Tangkak ialah tidak ramai pesakit dan kami terus mendapat layanan. Kos pula PERCUMA sebagai pesara kerajaan. Kami di tanya adakah pesara 'guru', sambil menyatakan status kami sebenar kami pun terus berkempen tentang SUFI. InsyaAllah jika prestasi SUFI menonjol baik tidak hairan ia akan menjadi pilihan ibu bapa seperti yang berlaku di Simpang Renggam apabila melaksanakan modul 'little abd' menurut berita yang di sampaikan seorang adik saya. Panjanglah amal jariah NGO HALUAN yang mengasaskan modul tersebut. Pihak Sekolah lslam Adni memang berlapang dada menerima tambahan input modul ini. Berbalik kepada Peyton Place saya tidaklah menyatakan Tangkak memiliki sindrom drama yang sama cuma kehadiran orang baru memang di kesan dengan mudah di Bandar kecil, pi mai pi mai tang tu.Pagi ini sahaja jiran Pak Cik berlengeng (tak pakai baju) dan berseluar pendek di hadapan rumah kami memerhatikan kami penuh misteri, kami cuma senyum tawar. Petang dua hari lepas ribut taufan melanda Tangkak dan kami kehilangan kain di jemuran. Bila di tanya jiran hadapan rumah katanya kain kami di terbangkan taufan dan di hanyut air naik. Saya pasrah merelakan baju di jemuran hilang,tiba-tiba jiran sebelah rumah memberi salam dan menyerahkan baju kami 'intact' tak satu pun hilang,malah kering dengan baik, alhamdulillah. Sia-sia saja kami berburuk sangka kain hilang kerana memang tak masuk akal kain di terbangkan angin kerana semua bersepit kuat di jemuran.Jiran yang baik hati seorang guru dan dua anaknya di hantar ke tadika Permata jalan Solok. Kalau teman saya menulis 'bawa pisang balik kampong' bermaksud terlalu banyak tadika di Tangkak dan kami tak perlu melaksanakannya kehadiran SUFI memang berbeza kerana kami tidak bermotif keuntungan. Yang kami pentingkan ialah anak-anak merasai nikmat dan kemanisan berilmu sebanyaknya melalui pembuka minda mensyukuri nikmat Allah yang melimpah ruah. Sebenarnya saya agak sibuk untuk menulis blog kerana pengendalian sekolah walau di peringkat tadika tidak semudah melihat drama Adam dan Hawa. Setiap hari perlu pembaharuan dan dinamiknya suasana melihat anak-anak membesar saya dan teman tak terkejar. Harapan kami akan menyerahkan baton larian SUFI kepada golongan muda. Isu besar yang kami harus fikirkan ialah sumber kewangan kerana lebih 50% kos adalah subsidi. Saya hanya berdoa ada ruang untuk kami dapat sumbangan daripada mana-mana pihak yang dapat membantu secara berterusan iaitu melalui penjanaan projek ekonomi yang viable. Namun semua itu adalah perancangan belaka, kalau Allah izin berlakulah. Peyton Place menggambarkan kesempitan fikiran jika terperok di tempat yang sukar berubah. Ada unsur sedemikain saya lihat di Tangkak. Sewaktu KL112 berlangsung kain rentang di tangkak berbunyi 'KL112 menyusahkan Rakyat' tapi tiada siapa tertarik kerana penyediaan kain tersebut nampak tidak ada kesungguhan.Saya dapat membaca banyak maklumat tidak tercerna dengan baik jika tidak berlandaskan ilmu yang benar dan jelas. main dengar dan ikut saja merupakan fenomena bandar kecil Peyton place. Kata orang tak ada happening dan kehadiran SUFI mudah-mudahan merupakan 'happening'. Itu doa saya semoga Allah bantu usaha kecil ini dengan menampilkan sumber manusia dan dana yang baik untuk perubahan berlaku insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads