Khamis, 28 Februari 2013

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


ULAMA PEWARIS NABI: DASYAT <b>DI BATU PAHAT</b>

Posted: 02 Dec 2012 05:58 PM PST






Parit Hj Salleh Ros berdekatan jalan besar dan berhadapan Universiti Tun Hussein On di samping cabaran siaran langsung bolasepak AFF serta ceramah UAI di Stadium Muhammad di Kelantan namun ribuan dan tidak silap jika teman anggarkan tidak kurang 10,000 orang yang majoriti dari sekitar Johor sendiri menghadiri Himpunan Raksasa rakyat di Batu Pahat 1 Disember 2012 lalu.
Ini di tambah lagi dengan kejadian pegun rakyat yang hadir dengan isi ceramah dan penerangan yang jelas dan berfakta sehinggakan ribuan itu tidak berganjak sehinggalah majlis tamat jam 12.00 lebih .
Jika dikira tidak selesa memang tidak selesa kerana suasana padang sedikit basah selepas hujan namun hadirin tidak peduli yang penting dapat hadir dan peroleh apa yang dicari iaitu maklumat, info dan tujuarah terkini.

Program malam ini bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang memperjuangkan hak rakyat.

Ianya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads