Kembara Mahkota Johor 2012 DYMM Tuanku Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al Haj tahun ini akan bermula di Kulaijaya. Ianya akan di 'flag off' oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak.
Selepas 'flag off' di Kulaijaya ini, Kembara Mahkota Johor 2012 (KMJ 2012) akan ke Penggerang bagi merasmikan projek RAPID. Kemudian rombongan baginda akan terus ke Felda Bukit Aping Barat dan Felda Residences di Tanjung Leman. Tuanku akan bermalam di Mersing.
Hari kedua, KMJ 2012 akan ke Felda Nitar 2, Kg Parit Hassan, Simpang Renggam, Majlis Ramah Mesra di Yong Peng, Taman Tasek Awam di Chaah sebelum bermalam di Segamat.
Hari ketiga memperlihatkan KMJ 2012 di Dataran Segamat, Kg. Teratai, Ledang, Kg Kesang Tasek, Parit Jawa, Muar, Kg. Parit Lapis Banggas sebelum berakhir di Batu Pahat.
Hari terakhir KMJ 2012 bermula di Dataran Penggaram, Kg Puteri Menangis, Pontian, Kompleks Kommuniti Kempas dan berakhir di Plaza Angsana.
Tahun ini, Kembara Mahkota Johor 2012 akan mengambil masa 4 hari. Ianya akan berakhir di Johor Bahru pada Rabu 16 Mei 2012.
Like this:
Be the first to like this post.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan