Isnin, 18 Februari 2013

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


2 BERANAK LEMAS MANDI <b>DI</b> TAMAN <b>ENDAU</b> ROMPIN | Merdeka <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 12:02 AM PST

MO,KUANTAN,17/11/2012 – Dua beranak yang dilaporkan hilang ketika mandi di kawasan Taman Negeri Endau Rompin semalam ditemui kira-kira dua meter daripada lokasi kejadian pagi Sabtu.

Mayat Mohd Hanafi Zainuddin, 15, ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat pada 8.53 pagi sementara mayat ibunya, Rosnani Nordin, 31, ditemui pasukan selam skuba pada 10.31 pagi Sabtu.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah, kata Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan.Dalam satu lagi kejadian di Nenasi, Pekan, mayat seorang daripada dua bersaudara yang hilang ketika mencari siput di Sungai Badong, Nenasi petang semalam turut ditemui.

Mayat Mohamad Syafiruddin Hussin, 14, dari Bandar Seri Bandi, Kemaman ditemui tenggelam kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas. Mangsa bersama saudaranya, Mazura Ali, 14, dari Kampung Badong, Merchong dilaporkan hilang ketika mencari siput di Sungai Pahang berdekatan Nenasi.

Anggota Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Pekan masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat Mazura. -BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads