Selasa, 26 Februari 2013

01 di gelang patah - Google Blog Search

01 di gelang patah - Google Blog Search


Perbalahan DAP-PKR Johor tentang calon kerusi <b>Gelang Patah</b> <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2013 03:08 AM PST

Oleh Izatun Hanim Shari (izatun@abnxcess.com)

KUALA LUMPUR – Perbalahan antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat Johor kini hangat di Twitter tentang siapa calon yang lebih layak bertanding di Gelang Patah.

Sementara DAP negeri itu mahu Anggota Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong dipilih sebagai calon di Gelang Patah,  PKR tetap dengan pendiriannya mahu bekas pemimpin MCA, Datuk Chua Jui Meng untuk diletakkan sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua DAP negeri Dr Boo Cheng Hau memuat naik kenyataan terang-terang mengkritik Chua berbunyi: "Even I as party senior leader can make way for @LiewChinTong , why can't @chuajuimeng do the same?" said @boochenghau on Gelang Patah." (Bahkan saya sebagai pemimpin kanan parti memberi laluan untuk @LiewChinTong, kenapa @chuajuimeng tidak melakukan perkara yang sama?)

Katanya lagi : "young enrgtic policy maker gvng up Bkt Bendera shud b givn a chnce to cntst in Gelang Patah in Johor." (Penggubal undang-undang muda dan bertenaga melepaskan Bukit Bendera patut diberi peluang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor.)

Chua pula dalam akaun Twitternya menyatakan sokongan ditunjukkan oleh masyarakat tempat yang dilihat sebagai kejayaan kempen meraih undi beliau di Gelang Patah.

Terdahulu, Boo, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri  Skudai, berkata calon DAP paling sesuai diletakkan di kerusi itu berdasarkan bilangan undi diraih pada pilihan raya 2008.

Katanya jumlah undi dimenangi DAP di kerusi DUN Skudai dan PAS di Nusajaya melepasi undi diterima PKR untuk Gelang Patah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan kebimbangan tentang kerusi kawasan parlimen yang disandang anggota Parlimen BN dari MCA, Tan Ah Eng dan mengarahkan Barisan Nasional untuk bertungkus lumus mempertahankannya.

Dalam Twitternya, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berkata selepas lawatannya yang kedua di Johor untuk memberi perhatian kepada Gelang Patah, Pasir Gudang, Nusajaya dan Skudai.

Gelang Patah mempunyai komposisi pengundi  majoriti kaum Cina sebanyak 54%, diikuti kaum Melayu 33% dan kaum India 12%.

Perbalahan tentang siapa lebih layak bertanding di Gelang Patah merupakan ujian litmus bagi perpaduan Pakatan Rakyat di Johor.

Sebelum pemimpinnya boleh mengimpikan menawan negeri ini dengan satu pertiga majoriti pada pilihan raya akan datang mereka sudah tentu perlu menangani isu perebutan calon yang patut bertanding di kawasan parlimen ini.

BLOG JOHOR: 01 <b>di gelang patah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2013 09:35 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di gelang patah</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jan 2013 09:35 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Nusajaya Kini: Kerusi Panas <b>Gelang Patah</b> Milik Jui Meng?

Posted: 12 Sep 2012 07:50 PM PDT

GELANG PATAH – Pada pilihan raya (PRU) 13 nanti bakal menyaksikan pertarungan sengit antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) kerana keunikan komposisi pengundinya seakan berpihak kepada pembangkang.

Ura-ura perletakan calon untuk Parlimen tersebut, Dato' Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, disebut-sebut antara individu yang akan memberi saingan sengit kepada BN.

Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita tentang status calon, Jui Meng menjelaskan bahawa sesiapapun yang bertanding di situ daripada PR, maka segenap pihak harus memberikan sokongan untuk meraih kemenangan.

Apabila ditanya terhadap isu alokasi kerusi Gelang Patah, Dato' Chua Jui Meng berkata soalan ini juga ditanya oleh orang Gelang Patah apabila beliau berjelajah di sana. Beliau menjawab, "asalkan calon itu dari PR, bagi dia sokongan."

"Dato' Chua Jui Meng dianggap sebagai salah seorang calon PKR yang akan bersaing di Gelang Patah. 50% pengundi di kawasan Gelang Patah adalah Cina," lapor akhbar Sin Chew Daily yang dipetik dari Facebook Keadilan Johor.

Dalam perkembangan berkaitan, akhbar itu turut melaporkan, Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub berkata, PR sudah mempunyai satu "Smart Combination" sebagai jawapan bagi progress penyelarasan di antara mereka.

YB Salahuddin Ayob berkata, menurut penganalisis politik, tsunami politik akan terus bergolak pada PRU akan datang, Johor merupakan salah satu negeri yang mungkin dimenangi oleh PR di Malaysia barat.

"Bagi Malaysia timur, dipercayai angin pembangkang akan bermula dari Sabah dan merebak ke Sarawak. PR di Johor semakin bersatu-padu dan sudah mencapai konsensus," katanya lagi ketika ditanya mengenai status calon bagi kerusi panas Gelang Patah.

YBSalahuddin Ayub berkata sedemikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya PAS Negeri Johor, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi PKR Johor, Dato' Chua Jui Meng dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads