01 di kahang - Google Blog Search |
Perbalahan DAP-PKR Johor tentang calon kerusi <b>Gelang Patah</b> <b>...</b> Posted: 08 Feb 2013 03:08 AM PST Oleh Izatun Hanim Shari (izatun@abnxcess.com) KUALA LUMPUR – Perbalahan antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat Johor kini hangat di Twitter tentang siapa calon yang lebih layak bertanding di Gelang Patah. Sementara DAP negeri itu mahu Anggota Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong dipilih sebagai calon di Gelang Patah, PKR tetap dengan pendiriannya mahu bekas pemimpin MCA, Datuk Chua Jui Meng untuk diletakkan sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Ketua DAP negeri Dr Boo Cheng Hau memuat naik kenyataan terang-terang mengkritik Chua berbunyi: "Even I as party senior leader can make way for @LiewChinTong , why can't @chuajuimeng do the same?" said @boochenghau on Gelang Patah." (Bahkan saya sebagai pemimpin kanan parti memberi laluan untuk @LiewChinTong, kenapa @chuajuimeng tidak melakukan perkara yang sama?) Katanya lagi : "young enrgtic policy maker gvng up Bkt Bendera shud b givn a chnce to cntst in Gelang Patah in Johor." (Penggubal undang-undang muda dan bertenaga melepaskan Bukit Bendera patut diberi peluang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor.) Chua pula dalam akaun Twitternya menyatakan sokongan ditunjukkan oleh masyarakat tempat yang dilihat sebagai kejayaan kempen meraih undi beliau di Gelang Patah. Terdahulu, Boo, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai, berkata calon DAP paling sesuai diletakkan di kerusi itu berdasarkan bilangan undi diraih pada pilihan raya 2008. Katanya jumlah undi dimenangi DAP di kerusi DUN Skudai dan PAS di Nusajaya melepasi undi diterima PKR untuk Gelang Patah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan kebimbangan tentang kerusi kawasan parlimen yang disandang anggota Parlimen BN dari MCA, Tan Ah Eng dan mengarahkan Barisan Nasional untuk bertungkus lumus mempertahankannya. Dalam Twitternya, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berkata selepas lawatannya yang kedua di Johor untuk memberi perhatian kepada Gelang Patah, Pasir Gudang, Nusajaya dan Skudai. Gelang Patah mempunyai komposisi pengundi majoriti kaum Cina sebanyak 54%, diikuti kaum Melayu 33% dan kaum India 12%. Perbalahan tentang siapa lebih layak bertanding di Gelang Patah merupakan ujian litmus bagi perpaduan Pakatan Rakyat di Johor. Sebelum pemimpinnya boleh mengimpikan menawan negeri ini dengan satu pertiga majoriti pada pilihan raya akan datang mereka sudah tentu perlu menangani isu perebutan calon yang patut bertanding di kawasan parlimen ini. | ||
BLOG JOHOR: 01 <b>di gelang patah</b> - Google Blog Search Posted: 18 Feb 2013 09:35 PM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di gelang patah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan