Oleh LAU PHEK YEN
shirleylau_1418@hotmail.com
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berpeluang cerah mengekalkan kemenangan sekiranya saya diberi 'lampu hijau' oleh pucuk pimpinan untuk bertanding sekali lagi di Labis pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) , kata Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong.
"Sudah lama saya berkhidmat disana(Labis). Tiada siapa yang melobi saya untuk bertanding di kawasan tersebu tetapi keakraban yang saya bina bersama rakyat disanayang menjadikan saya dekat di hati mereka.
Datuk Chua Tee Yong
"Jika diberi peluang,saya akan sahut cabaran tersebut dan lakukan yang terbaik untuk BN dan rakyat, " katanya ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT).
Pun begitu, Tee Yong berkata, beliau tidak mengutamakan peluangnya untuk dicalonkan di situ, sebaliknya menumpukan kepada kemenangan BN dengan menyokong sesiapa sahaja calon yang diletakkan.
"Sekiranya saya tidak bertanding disana(Labis), saya dan ahli-ahli MCA lain akan sentiasa memberi sokongan kepada calon BN yang bertanding di Labis. MCA sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kita tidak perlu bersikap seperti pembangkang yang tidak akan memberi apa-apa perkhidmatan sekiranya tewas," ujarnya.
Ditanya mengenai persediaan yang telah dibuat menjelang PRU-13, Tee Yong yang juga merupakan ahli parlimen Labis itu berkata, beliau dan MCA telah membuat persediaan awal meskipun belum mengetahui tarikh sebenar PRU akan diadakan.
"Pilihan raya umum adalah seperti ujian yang kita duduki.Kalau lebih masa diberi kepada kita, kita dapat buat dengan lebih baik. Saya percaya bahawa BN mampu mengharungi cabaran PRU-13 kelak dengan kerjasama para pemimpin dan sokongan rakyat," jelasnya - TMT
Category: Bahasa Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan