Selasa, 12 Februari 2013

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


Akuarius Fantasia ღ ‿ ღ: Raya Haji <b>di Labis</b>

Posted: 26 Oct 2012 11:18 AM PDT


Mata yang tadinya terpejam kini terbuka luas. Aku pandang keadaan di kelilingku. Tidak dapat tidak, sebuah keluhan berat terbit di bibir. Nyata kini pada pandangan mataku, kami belum keluar dari negara itu. Kaki, tangan serta kepala. Boleh dikatakan hampir seluruh bahagian anggota badanku kekejangan akibat duduk terlalu lama dalam kereta. Sungguh aku dah rasa nak nangis dah ni. Letih menunggu. Rindu pada si dia yang aku tinggalkan dalam bilikku di Singapura. Rindu yang menggunung sejak sehari yang lepas kurasakan begitu menyiksa seuruh jiwa dan raga... Chet!

"Adik, tepuk belakang badan ayah." Kedengaran suara ayah memecah kesunyian malam itu. Aku kalih jam tangan G-shock hot pink yang ayah hadiahkan buatku. Jam tangan itu melingkari pergelagan tanganku hampir setiap masa aku di luar. Jam tangan itu begitu berharga sekali buat diriku. Melebihi harga yang ditetapkan kedai G-Factory buat pelanggannya. Hadiah yang aku terima daripada ayah sempena meraikan kecemerlangan keputusanku tidak ternilai buat diriku. Walaupun hadiah itu lambat aku terima, aku tetap berterima kasih pada ayah. Aku tahu ayah tidak sekaya mana. Ia mengambil waktu untuk ayah mengumpul wang dan membelikan jam tangan itu buatku. Walau tidak aku zahirkan rasa terima kasihku itu, bagiku dengan menjaga jam itu sebaiknya adalah tanda betapa aku amat menghargai jam pemberian ayah.

Melihatkan mata ayah yang sudah separuh kuyu itu, adik sekadar menurut arahannya. Bahu ayah ditepuk adik dengan kuat. Aku pula tidak habis-habis menguap menahan kantuk. Serasa kelopak mataku begitu berat untuk aku buka. Aku tahan kehendak hati untuk tidur dan membiarkan ayah dan adik seorang diri di dalam kereta meredah kesunyian malam untuk ke Felda Chempelak, Labis.

Cik Zah di sebelahku sudah nyenyak tidur. Buat tahi mata lagi bagus. Desis hatiku. Tapi... kesian pulak kalau biarkan ayah dan adik berjaga seorang diri sepanjang perjalanan.

Kedengaran ayah mengeluh.

Mataku merenung ke arah jalan raya di hadapanku. Tak semena-mena hatiku berdetik. Kenapa tak ada satu kereta pun di depan kereta ayah nih?! Kita bukan nak buat movie Zombie Kampung Pisang ya. I definitely did not sign up for this!

"Seramnya..." tanpa aku sedari tiba-tiba aku mengeluarkan komen yang tak sepatutnya aku nyatakan. Oopsie.

"Kenapa? Apa yang seram?" nyata ayah yang sedang memandu sengaja bertanya. Pasti bagi menghilangkan rasa ngantuknya sendiri.

"Ya la. Dah depan ayah tak ada satu kereta pun. Tak seram ke?" Tak semena-mena aku teringat detik-detik dimana aku dan keluarga pulang ke kampung pada lewat malam. Aku paaaaaling tak suka perkara itu. Sebab aku akui, aku ni spesies manusia yang takut gelap. Memanglah aku membesar di kampung, tapi waktu malam aku selalu berkepit bawah ketiak nenek. Sumpah! Sampaikan bila nenek nak pergi ke tandas pun sanggup aku ikut sebab tak mahu ditinggalkan sendirian. Comel tak diriku kala itu? Comel kan...

"Ayah drive ikut speed limit dekat Singapore la." terang ayah padaku.

Patutlah pun... Sememangnya ayah tak biasa nak bawak kereta laju-laju. Kalau di Singapura, speed limitnya adalah 90km/j tapi kalau di lebuh raya ini, 110km/j.

"Kut la ada hantu tumpang melintas jalan ke... Hisy! Haru aje!" Alamak. Rasa macam nak potong lidah sendiri la pulak kala ini... Dah terluah perkara yang tak sepatutnya aku ucap pada malam ini. Aiseyman...

"Mulut tu jangan cabul ya!" ayah dah bagi amaran. Memuncung mulutku bila ditegur ayah. Aku memang paling paaaaaantang kalau kena marah! Nak meraaaaajuk aje kerjaku. Hikhik!

"Ingat ni scary movie ke?" tambah ayah lagi. Nak melawak la pulak bapak aku ni...

Aku membesarkan hidungku dengan komen ayah itu. Ayah sememangnya seorang yang serius tapi dalam masa yang sama aku tahu ayah adalah seorang yang outgoing sebenarnya. Waktu kecil dahulu, ayah tak pernah pukul kita adik beradik. Tak kena pukul pun kita dah takut dengan ketegasan yang dipancarkan ayah pada ketika itu. Kalau kena pukul macam mana agaknya aku dan adik sekarang ni ya? Hmmm...

"Lama lagi ke yah?" aku menyoal buat acap kalinya.

"19 kilometer lagi nak sampai Bukit Kepong."

Bukit... Kepong? Tak boleh jadi ni. Aku nak soal jugak. "Bukit Kepong tu rumah Tok Dah ke yah?" aku menyoal naif.

Tiba-tiba gelak ketawa adik dan ayah bersatu memecah kesunyian malam itu. Aku yang tidak tahu apa-apa sekadar terkebil-kebil cuma. Aku salah cakap ke? Awat dua beranak ni dok ketawa bagai nak pecah perut nih?!

"Asal?!" Dah geram ni... Terasa diri dipermainkan pula.

"Bukit Kepong rumah Tok Dah!!!" Adik ucap dalam ketawa yang semakin menjadi-jadi. Tangannya pula aku lihat sedang memegang perut. Menahan senak barangkali. Kuajjak betul budak seekor ni la.

"Abeh?! Dah tu kenapa ayah kata Bukit Kepong pulak?" aku masih nak berbalas kata. Tak puas hati oi...

"Bukit Kepong tu kan drama lakonan Jin Samsudin..." ayah dah mula terangkan sebab kenapa mereka berdua ketawa bagai nak rak. "Ada kisah di sebalik Bukit Kepong ni..."

Kurang ajinomoto betul orang lelaki dalam rumah aku ni la. Mentang-mentang ibu tak ada, sesedap rasa aje nak buli anak dara yang comei ni tau.

"Itu la... Sejarah omputih kau tahu. Sejarah orang melayu kau tak tahu!" giat ayah lagi.

Cis!

Aku malas nak layan kerenah dua beranak tu lagi. Tadi ayah kata perjalanan kita ada lagi 19 kilometer... 19 kilometer... 19 kilometer...

"19 kilometer is equivalent to berapa meter ah Mat?" aku menyoal adik. Sementelah dia baru aje habis peperiksaan O-Levels Matematiknya. Aku pula... faham-faham la ya... Tengah-tengah malam ni otakku seakan enggan berfungsi dengan betul. Dah mula la aku menyoal yang tidak-tidak.

"1 kilometer tu kan 1000 meter..." adik menjawab malas soalanku itu.

Aku sekadar mencebik cuma. Tahu bahawa adik malas nak layan diriku kala itu. Sedang aku dan adik berbalah kecil, ayah tiba-tiba menguatkan suara di corong radio. Aku pula mendapat akal. Bahu adik yang duduk bersebelahan tempat pemandu aku cuit halus. Mencicit mulut adik diganggu olehku.

"Bukak CD ah..." saranku dengan suara yang tiba-tiba kedengaran segar.

Adik pandangku di tempat duduk belakang. Dalam kesamaran cahaya dari tiang lampu di tepi jalan raya itu aku perasan adik menjungkit sebelah kening. Nak practice jadik prodigi Ziana Zain ke dik oi?

"You're not doing 'that', are you?" Mata adik membulat.

Aku bagi dia senyuman yang sikit punya cun melecun. Pendek kata senyuman tu, kalau Britney Spears tengok pun dia boleh tabik hormat punya la kat aku!

Adik menjungkit bahu cuma. Dia menimbangkan baik buruk akan perkara yang bakal dilakukannya itu. Fikir punya fikir... Lagi bagus daripada tertidur, kan? Adik akhirnya membuka tempat meletak CD yang ada di depan tempatnya kini. Sebuah CD diambilnya dan dimasukkan ke dalam player. Tangannya kulihat menekan-nekan beberapa butang di player tersebut sebelum lagu Tanggal 31 nyanyian allahyarham Sudirman mula berkumandang di corong radio. Dan aku pula, apa lagi...?

"Tanggal 31~~~!!! Bulan lapan, lima puluh tujuh!!! MERDEKA MERDEKA!!!!!" Aku nyanyi sekuat hati sebab aku kan, semangat Malaysia! Huahuahua!

Semangat Malaysia aje... Tapi jiwa tetap pada negara terchenta, negara Si-nga-pu-ra! *insert nada gedik here* Okey dah jangan buat perangai macam-paham kat sini. Harapanku, dengan karaoke aku yang tak seberapa itu, dapatlah kami meredah malam yang pekat itu dengan selamat. Tak ada seorang pun yang tidur dalam kereta ayah. And most importantly, mata inche drebar segar! Suasana dalam kereta mula riuh dengan suaraku. Pada awalnya hanya aku yang dok syiok sendiri nyanyi seorang diri dalam kereta. Tapi lama kelamaan, adik dan ayah turut join sekaki menggamatkan lagi suasana kami ketika itu. Rugi pula rasanya ibu tidak bersama dengan kami ketika itu. Ibu mengikut kereta di belakang iaitu kereta Abang Wan. Abang Wan... Hmmm... Nasib la kena panggil orang yang berpangkat pakcik dengan panggilan 'Abang'. Ni semua ibu punya kerja la ni. Dulu aku tak kenal pun siapa Abang Wan tu. Bila dah kenal, tahulah aku bahawa dia berpangkat pakcik pada diriku. Tapi dah ibu yang kenalkan Abang Wan tu dengan panggilan 'Abang', jadi sampai sekarang ni pun masih kekal panggilan 'Abang' dekat pakcik seorang tu. Hikhik! Jangan marah ha... Sesungguhnya aku hanya menyatakan kebenaran yang benar lagi sahih.

"Assalamualaikum!" Salam diberi. Namun tiada tanda-tanda bahawa orang rumah akan membuka pintu. Keadaan di dalam kelihatan gelap gelita.

Aku yang ketika itu baru menapak keluar dari kereta mula menggeliat kecil bagi menghilangkan rasa lenguh di badan. Penatnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Namun dalam hati, aku tersenyum bangga. Dapat juga kita temankan ayah meredah malam untuk tiba ke destinasi. Achievement tu oi... Walau tak seberapa tapi aku tetap menganggapnya sebagai suatu pencapaian buat diriku. Huahuahua!

"Telefon Azie la, Zah." ibu menyuruh makcikku menelefon anak kepada tuan rumah itu. Dalam lima tahun gitu, ada la dalam sekali dua aku ke sini... Aku tak berapa kenal dengan keluarga ibu yang duduk jauh dari Johor. Labis tu dikira dalam kawasan Johor jugak ke? Entahlah. Pendek kata, kalau tempat tu beribu kilometer (okey tengah exaggerate nih) baru kita susah nak visit. Tapi kalau yang dekat dengan kawasan kastam JB tu masih dikira okey la. Singapore, JB and some say Batam! PCKPCK~

Kedengaran selak pintu dibuka dari dalam. Namun bukan pada pintu di hadapan ibu dan makcikku kini akan tetapi pada pintu yang lagi satu. Best kan duduk rumah kampung ni? Boleh bina berapa banyak pintu rumah yang kita nak. Hikhik! Lepas tu boleh senang-senang aje nak besarkan rumah ikut suka suki jiwa jiwi hati kita. Asal ada duit nak besarkan rumah, ha besarkanlah berapa tapak yang awak nak... Dah tanah tu tanah sendiri. Tak ada orang nak halang...

Rumah Tok Dah ni memang besar. Lebih besar dari rumah kampung arwah nenek. Tak semena-mena aku teringat takbir yang berkumandang dalam corong radio tadi. Saat mendengar laungan takbir itu, rasa sayu menggigit tangkai hatiku. Wajah arwah semerta menyapa pandangan mata. Bak pita rakaman video, memori terdahulu saat beraya bersama arwah sewaktu aku kecil bermain di minda. Menggamit sanubari. Sebak di dada memang tak terkata. Namun aku tetap aku. Tidak mungkin aku menzahirkan rasa di hadapan orang ramai. Biarlah ianya menjadi rahsia aku dan DIA.

Cik Azie yang buka pintu. Macam tau-tau aje yang Cik Zah nak telefon dia. Padahal Cik Zah belum sempat pun nak call Cik Azie.

"Kak Id, kita tunggu awak dari tadi tau... Ingat tak jadi datang tadi..." ucap Cik Azie pada ibu.

"Ni Kak Yaya nak keluar pukul 10 malam. Drebar dia habis kerja lambat la..." terang ibu akan mengapa kami lewat tiba. Apa nak dikata? Masing-masing punya kerja dan tanggungjawab yang perlu kita selesaikan. Aku juga bersekolah pada hari tersebut. Pada malamnya baru dok kelam kabut nak pack baju ke dalam beg. Asal main boleh sumbat aje la waktu tu. Dah malas nak fikir nak bawak baju apa. Tak kuasa nak ambil kisah pun. Bagiku, yang penting bukan pemakaian kita, tapi kehadiran kita di sisi keluarga. Bukankah itu lebih bermakna dari penampilan? Terlebih lagi di Hari Raya ini. Our presence itself is a present. Aiseybedah... Dah mula la aku nak jadi tukang karut ni... Terasa diri dalam slot dikir la pulak... Sorry salah channel!

Kami melangkah ke dalam. Langkah kaki menuju ke arah dapur secara automatik. Ada yang mencari tandas. Ada yang mencari makan. Tak kurang juga yang mencari tempat untuk merehatkan badan. Buruk benar perangai orang Singapura ni kan? Buat macam rumah tu rumah sendiri pula. Tak ada rasa malu langsung! Hahah! Tapi itulah istimewanya keluarga kami. Yang jauh, yang dekat, semuanya tetap keluarga... Dan dalam keluarga, tak ada istilah malu-malu-anjing mahupun malu-malu-kucing!

Suasana dapur yang sedikit gamat itu membuatkan Tok Dah yang tidur di bilik berdekatan terjaga. Orang tua itu tersenyum melihat wajah kami. Aku yang berdiri di tepi meja makan dah tak terkata apa. Yang ada dalam minda waktu itu hanyalah... bayang wajah arwah nenek. Baru kini aku perasan iras wajah Tok Dah yang begitu hampir dengan arwah nenek. Baru kini... Sebak bertandang lagi dalam diri namun aku pandai merahsiakan perasaanku itu. Aku tutup perasaan sedihku dengan senyuman di wajah. Tok Dah, walaupun masih kelihatan mengantuk dan tidak cukup rehat, tetap melayan kami sebagai tetamunya dengan senang hati.

Aku bersalaman dan mencium tangan Tok Dah. Eratnya genggaman tangan tua itu meredakan resah di hati. Aku senang diperlakukan begitu. Inikah yang mereka katakan kelebihan bersalaman tangan? Entahlah... Yang pasti, Tok Dah tidak melepaskan genggaman tanganku serta merta selepas itu. Dan perlakuannya itu secara tak langsung menghangatkan jiwaku kala itu yang teramat merindui wajah orang yang telah tiada... Hatiku jadi lapang.

"Kita tunggu dari petang tadi lagi. Tapi taaaak sampai-sampai jugak. Tu yang semuanya dok tidur kat luar tu..." ujar Tok Dah berlelucon dalam kata-katanya.

Sebuah senyuman tersungging di bibir mendengar kata-katanya. Aku senang... Terasa damai di ketika itu berada bersama keluarga. Baru kini aku rasakan hangatnya perasaan berkumpul bersama keluarga. Selama ini kami di Singapura sibuk dengan urusan masing-masing hinggakan terkadang itu, kita lupa akan tanggungjawab kita pada keluarga.

"Maaflah Mak Dah. Id boleh terlupa nak khabarkan pada Azie..." ujar ibu. Begitulah ibu, sejak akhir-akhir ni memang kerap lupa sesuatu perkara. Dah tua ke mak aku tu? Kiranya aku dah nak kena cari calon suami la kan... Hikhik ulat bulu dah naik dauuun~~~

Aku kalih jam kalis air itu di tangan. Jam dua lima puluh tiga. Hampir jam tiga pagi la kita tiba di Labis ni. Tiba-tiba datang adikku dari ruang tamu ke dapur. Aku lihat penampilannya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dengan wajah tak beriak.

"Aik? Dah tukar baju dah mamat?" soal Cik Yaya.

Adik hanya tersengih cuma. Kami sekeluarga ni memang gemar tayang sengih gamaknya. Spesies yang tak banyak cakap dan tayang sengih gigi putih bersih Darlie aje. Melainan ibu la. Ibu memang becok bercerita itu ini. Yalah dah tempat yang kita lawat ni pun, tempat keluarga belah ibu... Pastinya ibu yang lebih rapat dengan Tok Dah dan keluarganya. Ayah pula hanya sesekali aje aku lihat manyampuk perbualan mereka.

"Cik Yaya dengan Nur dah siap dengan baju tidur kita dah."

Tidak perlu memikir lama, aku faham maksud yang ingin Cik Yaya sampaikan.

"Apa yang kita pakai sekarang ni la baju tidur kita. Tak payah leceh-leceh nak salin lagi dah." tambah Cik Yaya lagi.

Satu kepala jugak kita ni kan? Kebetulan pula aku juga main sarung aje kardigan pada baju t yang aku pakai. Nak tidur nanti bukak aje la kardigan itu. Aku dah bayangkan diriku membuka kardigan ala-ala gaya Ninja dalam drama. Menerawang jauh betul otak aku ni la! Tapi serius! Dah imagine bukak tudung dan kardigan ala-ala ninja tapi slow motion gitu la... Hikhik!

Aku memerhati keadaan dapur itu. Mataku terpandang akan tilam kecil di hadapan TV yang terletak berdekatan dengan ruang dapur. Aku melangkah mendekati tempat itu dan dalam beberapa saat sahaja aku dah landing kat tilam kecil itu. Nak test aje tilam tu empuk ke tak... Boleh la tahan, kan... Tiba-tiba rasa ngantuk datang balik. Langkah kaki kuatur menuju ke ruang tamu dimana bayang adikku menghilang. Setibanya aku di dalam, aku lihat adik dah terbongkang berbaring di bawah kipas dengan beralaskan tilam nipis. Ewah! Awal-awal dia dah cari port sendiri rupanya... Nak aje aku ketuk kepala budak tu. Tak reti-reti nak cuci kaki dulu agaknya sebelum tidur. Tadi dia ke dapur pun untuk minum air aje. Adik... adik... Aku pula, memang sempat untuk cuci kaki apabila ke tandas untuk buang air kecil tadi.

"Oi. Bangunlah!" Kaki adik yang besar itu aku goyang-goyangkan. Melihatkan tiada respon darinya, aku meliarkan mata pada kawasan sekitarku. Aku lihat ada satu lidi di atas lantai berdekatan tempat pembaringan adik. Aku capai lidi itu lalu dengan menggunakan bahagian kepala yang tidak kotor, aku mulakan rancangan jahatku. Kepala lidi itu aku dekatkan ke leher adik. Adik yang kegelian mula rasa tidak enak. Dapat kulihat pada perubahan wajahnya yang sudah berkerut itu. Dia menepis dengan tangan 'benda' yang merayap di lehernya. Apabila 'benda' itu enggan pergi, semerta mata adik terbuka luas.

"Kak! Apa ni kacau orang nak tidur?!" nyata dari nada suaranya dia marah kerana lenanya terganggu. "Orang ingat binatang apa la tadi, tau?!"

"Itu baru binatang yang comel ni..." aku menuding jari ke arah diriku sendiri. Siapa lagi binatang yang comel tu kalau bukan... AKU?

"Buatnya benda lain yang merayap macam mana? Benda lain yang ikut kau balik macam mana?" aku dah mula test bakat nak jadi lecturer nih!

"Pergi cuci kaki dulu sebelum tidurlah!"

Adik mengikut arahanku tanpa banyak bantahan. Dah malas nak kena lecture la tu...

Tidak berapa lama kemudian bayang adik kembali menyapa pandangan mataku.

"Kak. Nak tidur dalam kelambu jugak..." adik tiba-tiba bersuara dengan rengekan yang sengaja dibuat-buat. Apekehal mamat ni? Tapi sekejap sahaja aku dah faham apa yang dimaksudkannya. Pastinya adik ternampak beberapa pasang kelambu yang ada dalam rumah itu. Keluarga Tok Dah semuanya tidur di luar beramai-ramai. Anak-anak, mak bapak dan ipar duai semuanya tidur di ruang tamu. Ruang tamu rumah Tok memang luas. Mereka tidak tidur di dalam bilik.

"Akak ingat tak dulu kalau kat kampung nenek, kita pun selalu tidur dalam kelambu yang dipasang nenek, kan?" Ya Allah... Jangan ingatkan benda yang aku dah lupa, boleh tak?! Ya, memang kelambu zaman kami dahulu perlu diikat pada paku di dinding berdekatan tempat tidur kami. Bukan macam kelambu zaman sekarang ni yang berbentuk seperti sebuah khemah. Arwahlah yang akan pasangkan kelambu buat kami. Walau keadaannya pada ketika itu tidak mengizinkan, dia turuti jua permintaan cucu-cucunya. Nenek hanya boleh mengesot. Kakinya tak kuat untuk membolehkannya berjalan seperti biasa. Jadi kerja-kerja harian semuanya dia lakukan dengan mengesot di atas lantai dengan bantuan tangan cuma. Jadi bayangkanlah nenek berdiri dan pasangkan kelambu buat kami yang pada ketika itu masih kecil... Hebat kan, arwah nenek kami? Datang perangai ngada-ngada kami tu, mulalah merengek dengan nenek nak tidur guna kelambu. Padahal boleh aje kalau tak pasang kelambu. Sebabnya ubat nyamuk kan sudah dipasang dan juga nenek telah spray sekeliling tempat tidur kami dengan spray bagi menghalau nyamuk.

"Ingat..." Aku bersuara mendatar. Malas nak layan lagi dah. Aku pun membuka tudung dan kardigan yang tersarung di tubuh. Tak jadi nak buat ala-ala ninja yang aku fikirkan tadi dah. Spoil ze mood la bro! Kedua helai kain itu aku letak di atas sofa berdekatan tempat kami tidur. Nampaknya keluarga di sini semuanya tidur beramai-ramai di ruang tamu. Ada seperkara yang aku musykilkan tapi tak apalah... Biar terpendam aje. Aku pun berbaring lalu mata kupejam rapat-rapat. Tidak mengambil masa yang lama untukku berada di alam mimpi memandangkan diriku memang teramat letih kala itu.

"Bangun!"

Suara garau ayah pada pagi itu menyentak diriku yang sedang tidur. Aku pandang keadaan sekelilingku. Buat seketika aku terlupa di mana aku berada kini. Aku tenung wajah ayah di sisi.

"Kita kat mana ni?" soalku dengan suara serak-serak basah. Silap hari bulan Taufik Batisah pun boleh tergoda dengan suara aku ni tau! Shmexy~ woohoo! Okey, tipu. Macam radio rosak tahap tak boleh nak repair lagi ada la kan...

"Kat Tanjung Rambutan!" ujar ayah beserta dengan senyuman nakal di bibir.

Chet! Pagi-pagi dah mula dengan loyar buruk dia tu!

Aku genyeh mata kerana pandanganku masih kabur sebaik sahaja bangun dari tidur. Semerta aku sarung tudung di kepala dan kardigan ke tubuhku yang mengerekot kesejukan. Sejuk di waktu pagi kat Malaysia ni memang kalah Snow City la weh. Tapi kalau pukul dua belas tengah hari tu, bahangnya nauzubillah! Mandi 10 kali la jawabnya bagi mereka yang tak tahan panas!

Langkah kaki aku atur ke arah dapur. Elok tak perangai anak dara zaman sekarang ni? Tak kemas tempat tidur dah pergi terjah dapur dulu. Aku lihat hampir semua mereka tengah tunggu giliran nak masuk tandas. Alaaaa... Pagi-pagi lagi dah nak kena beratur untuk ke tandas? Ni yang cek lomah ni... Tak semena-mena aku teringat akan senario dalam cerita P.Ramlee dimana mereka perlu beratur dahulu untuk ke tandas. Comel!

Tok Dah menyarankan agar aku mandi di bilik airnya sahaja. Pucuk dicita ulam mendatang. Aku datang ke dapur ni sebenarnya nak cari makan, tapi kalau dapat mandi awal lagi best! Tak perlu nak beratur segala! Tapi... kenapa aku seakan dapat rasa aura membunuh kat dapur tu ya? Aku tenung wajah adik. Nyata adik bagi muka tak puas hati padaku. Aku tayang muka sposen lepas tu jelir lidah kat dia yang masih menunggu giliran.

Aku tahu maksud pandangan yang adik beri padaku. Dia nak kata, tak tahu malu eh nak accept offer Tok Dah untuk mandi di bilik air Tok? Tapi... aku apa kisah?! Tiba-tiba perasan yang diri sendiri tu spesial sebab Tok bagi offer untuk mandi di bilik airnya. Hehe...

Aku kembali ke dalam untuk mengambil baju dan tuala mandi di dalam beg. Kelihatan beberapa anak kecil yang baru bangun menangis mencari ibu mereka. Lantak la. Bukan anak aku pun... Perangai sungguh aku ni kan?

Bila aku melangkah masuk bilik air, perkara utama yang aku lakukan ialah test tahap kesejukan air di pili. Jari manisku aku celup ke dalam bekas air. SE. JUK. WEH. Dah sampai tahap nak meraung la jugak sebab bila dah kaup air ke dalam bekas, asyik gagal aje untuk jirus air ke badan. Tapi pesan ibu masih aku ingat, jangan berlama dalam tandas sebab tandas kan, rumah syaitan. Menggigil tubuhku saat air sejuk mengena kulitku. Tu la dia... Orang bandar ni kan manja tahap overdose. Manjakan diri dengan air panas selalu...

Sebaik sahaja keluar dari tandas, aku lihat keadaan di bilik Tok. Banyak yang dah berubah. Kali terakhir aku ingat aku tidur dalam bilik ni ialah bila umurku 9-10 tahun? Entahlah. Dalam jangkauan umur itu jugak kalau tak silap aku. Waktu tu arwah nenek ada bersama kami di rumah Tok Dah.

Aku tidak betah berlama di dalam bilik itu. Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik Tok, kedengaran satu suara menyapa diriku.

"Sya tak makan? Marilah sini makan sekali dengan kita..." pelawa Cik Azie.

Hmmm... "Bolehlah." Aku lihat pada wajah-wajah yang duduk di meja itu satu persatu. Nyata sekali aku tak ingat nama mereka semua. Aku senang mix up nama anak-anak Tok Dah. Mereka pangkat makcik pada diriku... Anak-anak mereka pula kira sama pangkat denganku gitu la. Tapi kebanyakan mereka semuanya masih kecil...

Hidangan di meja itu bagai santapan untuk diraja! Banyak benar lauk yang terhidang. Pastinya ada yang diberi oleh jiran mereka. Tidak dapat tidak, aku rasakan layanan mereka pada kami ibarat melayan putera puteri diraja sahaja. Definitely a different level dari layanan orang Singapura pada tetamu mereka. Tak tahu la apa yang bezanya. Susah nak dikata. Kena experience sendiri, barulah awak akan faham.

Malah perasaan ini sudah aku rasa sebaik sahaja aku bangun dari tidur. Sapaan mereka. Tutur bicara mereka... Dapat dilihat keikhlasan yang terpancar di wajah masing-masing. Seolah mereka begitu teruja dengan kedatangan kami. Jadi tak adanya istilah 'layan dalam keterpaksaan' bagi mereka. Sejurus bangun dari tidur, terasa diri ini berada dalam suasana istana sahaja walaupun aku tidur dengan hanya beralaskan tilam nipis dan beberapa buah bantal cuma. (Yalah dah bangun tidur pun tak reti nak kemas tilam...) Terasa diri ini tak ubah seperti seorang puteri dengan layanan mereka. Kami dilayan elok. Lebih daripada apa yang aku jangkakan. Aku jangka, bila kita berada di sini, pandai-pandai la aku bawa diri sendiri sebagaimana yang telah ibu ajar sejak kecil bila bertandang di rumah orang. Jangan cerewet. Pandai-pandai bawa diri. Jangan menyusahkan orang. Jangan bebankan tuan rumah. Ringankan tulang dan bantu mana yang patut. Tapi rasanya satu pun aku tak ikut pesan ibu tuh! Hikhik!

Maaf la ya... Anak ibu yang seorang ni memang cerewet tahap maha jadinya bila mereka beri bermacam-macam pilihan lauk buatku, semuanya aku tolak. Aku cuma makan satay sahaja pagi itu. Satay ayam dia memang POWER la. Dari malam semalam lagi aku dah jatuh chenta dengan satay ayam dia. Kalau tak fikirkan waktu tu dah malam dan tak baik makan banyak sangat pada waktu malam, dah lama dah aku bedal satu tong satay kat rumah Tok tu... Biar kasi licin sampai tak perlu nak cuci.

"Kenapa tak makan dengan kuahnya sekali, Sya?" tegur Cik Azie.

Aku tayang sengih. "Sya memang tak makan pedas." balasku malu-malu anjing.

"Cik Azie rasa kuahnya tak ada la pedas mana... Pedas ke?" dia menyoalku.

Entah. Tak tahu. Tak mahu tahu. Malas nak ambil tahu pun. Bagiku setiap lauk yang bewarna merah itu pedas. PE. DAS! Mati hidup semula pun aku takkan cicah satay dengan kuah tu la.

Usai bersarapan, aku masuk ke dalam. Baju kotor tidak lupa aku masukkan ke dalam plastik dan sumbat semula ke dalam beg.

"Tak ikut pergi korban ke?" tanya Cik Yaya.

Korban? Aku tenung muka Cik Yaya yang dah pakai baju rayanya. Baju kurung hijau cair itu kena dengan kulit Cik Yaya yang cerah. Aku lihat pula penampilan diriku. Hik. Aku cuma mengenakan seluar hitam serta baju lengan panjang. Malas nak feeling-feeling raya. Ni kes main sumbat baju yang biasa aku kenakan di sekolah. Kan aku kata, waktu aku kemas beg tu, aku baru balik sekolah. Jadinya malas nak fikir baju kurung mana nak kena bawak semua. LECEH! Tapi seperti yang aku katakan sebelum ini, our presence itself is a present!

"Semua ikut pergi sekali ke?" kali ini aku turut menala pandang ke arah Nur di sebelah Cik Yaya. Nur kelihatannya hanya mengangguk cuma.

"Bolehlah." jawabku. Lagi bagus dari duduk rumah, kan?

Panas! Pergh... Macam nak terbakar rasanya kulit ni tau!

Aku, adik dan Cik Zah pergi ke tempat ibadah korban dilakukan dengan menaiki kereta ayah. Yang lain pula sepautnya ikut kereta Cik Dol akan tetapi entah macam mana, Cik Dol main asal boleh sondol pergi aje. Hikhik. Kes takut kena tinggalkan la tu agaknya... Tapi apa nak buat, bukan Tok Wan dan ayah sengaja nak tinggalkan mereka tapi sebab mereka perlu kejarkan masa. Kalau berlengah-lengah, nanti terlepas pula solat jumaatnya. Akibatnya, terpaksalah Cik Dol tadah telinga dengan bebelan Cik Yaya. Abang Wan pula terpaksa bawak keretanya untuk ke tempat itu. Terpaksa mereka bertanya sama penduduk kampung di mana tempatnya ibadah korban itu dijalankan...

Aku yang tiba-tiba teruja nak tengok bagaimana lembu disembelih agak terkilan bila mendapat tahu bahawa lembu kami dah selamat disembelihkan oleh orang lain. Tapi tak apa. Sebab masih belum terlepas peluang untuk tengok lembu orang lain kena sembelih. Di situ ada beberapa ekor lembu lagi yang belum disembelih. Adik sempat rekod lagi dalam bentuk rakaman video di telefon bimbitnya bila lembu itu disembelih. Tak ada la yang luar alam mana pun dengan cara penyembelihannya itu. Sama jugak dengan apa yang kami lakukan di Singapura. Masih aku ingat bagaimana kambing disembelih di sekolah lamaku dahulu. Seperti aku katakan tadi, tak ada yang luar alamnya dengan penyembelihan ini. Tetap penyembelihan ikut cara islam juga...

Dah penat tengok lembu kena sembelih, aku mula mencari kelibat ahli keluargaku yang lain. Dalam pada aku hendak ke tempat dimana mereka yang lain sedang berkumpul itu, aku tidak perasan akan seekor lembu yang diikat pada pokok kelapa sawit berdekatan tempatku kini. Bila lembu itu mengeluarkan suara yang kuat, hampir terduduk aku dibuatnya. Terkejut tahu tak?!

Aku kalih pandang di sekitarku. Beberapa orang yang menyaksikan aksiku itu dilihat tersenyum dan tidak kurang juga yang tertawa. Cis. Lucu sangat ke tengok orang terkejut ha? Namun aku akui... kira comellah jugak aksi terkejut aku tu... Boleh dapat tempat dalam Guinness World Records, kut. Busuk-busuk pun pastinya berjaya tercalon dalam best 5 kategori bahagian wanita tercomel di dunia. Mula dah dengan perangai 'masuk bakul angkat sendiri' aku tu... *insert mulut muncung kat sini*

Balik rumah dan perkara pertama yang ibu lakukan ialah... mandi! Badan yang berlengas itu perlu disegarkan dengan air sejuk. Tapi aku... malas la pulak. Penat aje. Bila sampai rumah, terus aku baring bawah kipas. Anginnya macam tak rasa jadi aku pun keluar dan duduk di bawah kipas angin di beranda rumah Tok Dah. Serius, rumah Tok memang best la! Dah la besar... kat luar berangin pulak tu. Tapi angin yang terasa itu kadang terasa hangat menyapa kulit. Dah masuk waktu tengah hari la katakan... Mestilah suasananya panas!

Kulit tangan ibu aku lihat tadi sampai ada bintik-bintik merah sebabkan tak tahan dengan terik cuaca kala itu. Dah puas sejukkan diri di luar, aku masuk ke dalam untuk lihat apa yang sedang adik lakukan.

Aik? Bagusnya dia... Adik sedang belajar! Melihatkan dirinya yang sedang belajar itu, semerta aku teringat pada assignment aku sendiri yang belum habis. Ni yang malas ni... Tapi aku buat juga sebab aku akan rasa bersalah sekiranya tidak melakukan apa-apa kerja sekolah dalam pada cuti itu.

Nota yang sudah aku keluarkan dari dalam beg aku tenung bagai nak tembus kertas itu. Aku mengeluh berat. Kertas tutorial Micro & Nanotechnology itu aku pandang.

Soalan pertama dan kedua sudah aku jawab.

Soalan ketiga, 'Do you see the need to miniaturize devices and systems?'.

Uhm... Nak jawab 'No' aje boleh tak? Pwease....... *kelip-kelip mata tahap lampu laplip*

Soalan keempat, 'Find at least TWO different types of MEMS or MEMS-related products on the web.'

MEMS? Yang aku tahu cuma ada dua mem aje. Mem besar dan mem kecik. Dalam keluarga aku, mem besar tu ibulah dan mem kecik tu... AKU! Kwang kwang kwang...

Tahu yang aku takkan dapat jawab soalan itu, aku beralih pada kertas tutorial Mechanics of Materials pula. Ha yang ini aku tak alergi sangat. Aku buat soalan essay aje. Yang involves calculation semua aku biarkan dahulu. Save the best for the last beb! Hikhik!

Lepas selesai semuanya, aku simpan nota kuliahku semula ke dalam fail. Saat aku toleh ke arah kananku, elok aje aku lihat adik dah berbaring gaya kuak lentang atas lantai beralaskan karpet itu. Buku Geografinya pula dah terbaring di atas perut. Dengar-dengar dengan berbuat begitu, kita dapat salurkan informasi melalui perut, kan dik? (-.-')

Lengan adik aku goyangkan beberapa kali. Tidak mengambil masa yang lama untuk adik bangun. Matanya kelihatan sedikit merah. Mungkin benar adik kepenatan tapi...

"Bangunlah. Dah nak masuk waktu zohor ni. Kan kena solat jumaat!"

Adik bangun lalu duduk. Agak lama dia dalam posisi begitu. Ni nak jadi patung Budha pulak dah ke adik aku ni? Mentang-mentang aku kata 'bangun', dia bangun aje. Jalannya tak.

Malas mahu layan budak seorang tu, aku ke dapur untuk lihat apa yang dilakukan ibu pada waktu itu. Ibu aku lihat sedang berborak bersama dengan makcik-makcik yang lain. Aku pula malas nak masuk campur bila orang tua tengah berbual. Sedang aku ingin berpatah balik ke dalam, ibu memanggilku.

"Sya, Cik Yaya mana?" soal ibu.

Ligat otakku berfikir. Rasanya tadi aku ada nampak Cik Yaya duduk di beranda waktu aku menuju ke dapur.

"Masih kat beranda lagi agaknya... Nak Sya panggilkan Cik Yaya ke?"

"Tak apa la. Nanti ibu pergi sana. Ni ayah dah bangun ke belum ni? Solat jumaat, kan?"

"Dah..." Ayah yang tadinya tidur berdengkur turut terbangun bila aku mengejutkan adik tadi. Sedap betul dua beranak tu buat tahi mata...

"Id masuk dalam dulu la Mak Dah." Ibu meminta diri dari Tok kemudiannya melangkah ke ruang tamu. Aku pula, hanya membuntuti ibu dari arah belakang. Tak tahu nak buat apa dah. Nak tolong dengan kerja dapur, maaflah. Memang tak pass punya! Silap hari bulan boleh terbakar ruang dapur itu dengan adanya aku di situ... Kerja menjahanamkan tu aku pakar la. Kerja nak mengemas dapur tu, minta simpang malaikat empat puluh empat!

Di beranda aku lihat Cik Yaya, Cik Faezah dan Nur yang sedang menggendong seorang bayi dalam pelukannya. Mereka sekadar menikmati angin di luar diselang selikan dengan perbualan kosong. Tapi aku dapat rasakan dengan ketibaan ibu ni, bakal gamat sikitlah suasana beranda itu. Ibu kalau dah berbual... eiii... Sepatah kata aku dan Liyana tu, ibarat makcik di pasar!

Aku hanya membiarkan ibu, Cik Yaya dan Cik Faezah berbual-bual di antara mereka. Aku hanya melayan bayi yang ada dalam dakapan Nur itu. Bayi itu... Sumpah mintak kena gigit pahanya! Bahkan bukan paha sahaja. Ikutkan hati nak aje aku gigit-gigit segenap tubuh kecil si montel itu. Tembam kemain!

Sedang aku melayan kerenah si kecil itu, telingaku menangkap bunyi yang tidak asing di telingaku. Bunyi yang membuat aku rasa seronok setiap kali ianya menyapa kuping telingaku terlebih lagi di waktu aku kecil dahulu. Pantang dengar bunyi ini, pasti aku berlari keluar rumah dengan lekas sebab tak mahu terlepas peluang. Peluang apa? Peluang untuk menahan pakcik yang menjual aiskrim dengan menunggang motosikal! Tapi nampaknya dengan adanya Cik Faezah, tak dapatlah aku test suara. Sebabnya, Cik Faezah sudah terlebih dahulu menjerit nyaring memanggil penjual aiskrim itu. Kali ini bukan pakcik yang menjual aiskrim. Tapi makcik. Memang jarang aku lihat wanita yang menjual aiskrim bergerak. Hek. Aiskrim bergerak eh? Bantai jela... Sedangkan orang yang jual tilam dengan membawa lori tu pun aku panggil tilam bergerak...

"Aiskrim calung, satu berapa ya kak?" tanya Cik Faezah pada makcik itu.

"Seringgit aje."

"Seringgit?!" Cik Yaya terjerit kecil.

Aku yang duduk hampir dengan Cik Yaya sedikit terkejut mendengar suaranya yang agak kuat.

"Mana nak dapat aiskrim seringgit kat Singapore?" soal Cik Yaya dalam nada tak percaya.

Isy makcik seorang ni la... Jakun tahap petala langit ketujuh betul!

"Ah kalau macam tu, bagi saya lagi satulah." Mata Cik Yaya aku tengok dah bercahaya.

Aku pandang Cik Yaya tak berkelip. Dalam genggaman tangannya dah ada satu asikrim batang, nak tambah aiskrim calung lagi? Tamaun betul! Tapi...

"Saya pun nak jugak la!" Mana boleh aku halang diri sendiri yang sememangnya hantu aiskrim ni daripada godaan yang mendatang? Moga-moga dosaku memakan dua aiskrim sekaligus dapat dimaafkan... Cantik tak perangai anak dara seorang ni? Tapi bukannya aku makan guna dua-dua tanganlah! Cuma jilat aje bahagian yang dah cair tu di tangan kiri. Makan, tetap guna tangan kanan. Tapi tak tipu la wei... Dapat pegang dua aiskrim dalam tangan akan mendatangkan rasa seronok dalam jiwa mereka si penggila aiskrim ni... Hikhik! Terasa macam aku dah kembali ke zaman kanak-kanak pula.

Bila nak beli aiskrim ni, tak boleh beli satu dua untuk diri sendiri aje. Mesti nak ingat kat orang belakang... Akhirnya jumlah keseluruhan aiskrim yang kami beli ialah RM21. Kira lumayan la tu kan untuk satu rumah besar tu.

Sayang sekali bila makcik aiskrim itu dah jalan, sampai pula sebuah kereta yang tidak kami kenali. Bila diperhatikan lama-lama, baru aku perasan yang kereta itu kereta Tok Uda. Tak dapatlah Tok Uda merasa aiskrim. Entah kenapa aku rasa bersalah sebab makan dua aiskrim. Tapi takkanlah aku nak kasi aiskrim yang dah aku jilat tu pada tetamu yang baru tiba itu, kan?

"Ni ha... Pak Uda kalau teringin nak merasa aiskrim, kenalah mintak dua orang yang makan dua aiskrim..." Cik Faezah dah sengih-sengih pandang aku dan Cik Yaya. Aku yang pada ketika itu masih berada di sisi Cik Yaya sekadar menyembunyikan senyum.

Tiba-tiba Cik Yaya membalas kata, "Kita tak makan dua aiskrim. Mana ada kita makan dua aiskrim, eh Sya?" Cik Yaya dah mintak aku untuk support statement dia.

Terangguk-angguk diriku bak burung belatuk, mengiakan kata-kata Cik Yaya.

"Eh? Kita pun tak kata awak yang makan dua aiskrim tu!" sengaja Cik Faezah mengenakan kami balik.

Cis!

"Alah... Cik Faezah tak ada bukti yang kukuh pun nak tuduh kita makan dua aiskrim!" ejekku dalam nada gurauan.

"Eh kan Cik Izah dah kata... Cik Izah tak cakap pun kau orang berdua yang makan aiskrim tu. Kau orang nak terasa ni, kenapa?" perli Cik Faezah lagi.

Terburai ketawa semua yang melihat kelat wajahku tika itu. Namun tidak dapat tidak, suatu perasaan halus mula bertandang dalam diri. Menyelubungi hati dengan suatu rasa yang begitu sukar kumengertikan. Rasa sebagaimana kami sekeluarga berkumpul di kampung arwah nenek untuk beraya aidilfitri bersama. Syahdu sekali... Syukur alhamdulillah keranan tuhan menganugerahkan peluang ini buat kami sekali lagi. Kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI.

"Dekat-dekat sini ada pasaraya Giant tapi tak ada la besar mana..." ujar Cik Faezah.

"Pergi sekejap yuk bang." ajak ibu sambil merenung ke arah ayah yang ketika itu sudah pulang dari menunaikan solat jumaat.

"Ala... Malaslah Id." Tangan ayah dah urut tengkuk mendengar permintaan ibu tu.

"Yuk la yah..." aku mulakan taktik memujukku.

Pujuk punya pujuk...

"Nanti-nantilah..." akhirnya ayah mengalah jua. Macam mana ayah nak menang kalau dah angkatan wanita dah lawan seorang lelaki?

Buah rambutan yang Napie dah ambil dari pokoknya tadi aku capai. Sedapnya... Tapi kalau dapat makan durian lagi best nih!

Sesudah penat bersembang, ayah dan ibu berbincang pula tentang perancangan kami buat hari ini. Mereka kemudiannya memutuskan untuk ke pasaraya Giant kemudiannya terus pulang ke Singapura.

Sedang kami menyiapkan barang-barang yang perlu kami bawa pulang, Tok Dah berpesan pada ibu agar menyampaikan makanan buat umi sekeluarga. Umi adalah makcikku yang menetap di Tiram. Dah Tok Dah yang suruh, tak sampai hati pula ibu nak hampakan harapan orang tua itu. Sedangkan kami pada waktu itu memang tidak terfikir nak singgah ke rumah umi pun...

Bonet kereta dah penuh. Datang ke sini masih ada setengah lagi tempat kosong di bonet kereta. Tapi nampaknya kepulangan kami ke Singapura nanti bukan dengan tangan kosong. Daging korban sahaja ada lima yang kami bawa pulang. Satu untuk umi di Tiram manakala lagi empat pula terpaksalah kami seludup masuk ke Singapura. Hikhik!

"Ibu... Deodorant yang Sya pakai tak ada la..." Aku merengek bak anak kecil pada ibu. Dah datang dah sindrom ngada-ngada aku tu...

"Apa yang tak adanya?" soal Cik Faezah lalu dicapainya pergelangan tanganku. Amboi cik! Saya bukan penjenayah sampai nak pegang tangan saya kuat-kuat macam tu oiii... Dia grab ketat-ketat punya.

"Deodorant yang Sya pakai tak ada dijual di sini..." Sengaja aku tayang muka mintak simpati kat Cik Faezah. Kan aku dah kata, sindrom ngada-ngada aku dah datang! Dalam pada itu sempat aku cuba untuk meloloskan diri dari genggaman tangan Cik Faezah.

"Kalau gitu nanti kita cari kat farmasi ya." lembut sekali tutur bicara Cik Faezah ketika itu. Seakan cuba nak memujuk anak kecil sahaja lagaknya. Nampaknya Cik Faezah dah terkena denganku. Memang kalau bab berdrama ni kasi la kat aku. Allahyarham tan sri p ramlee pun boleh kalah tau dengan bakat lakonan yang ada dalam diriku. Silap-silap kalau dia masih bernafas di muka bumi ini, akulah orang pertama yang dia bakal sign contract dengan untuk berlakon dalam filem arahannya itu. Huahuahua!

Bila dah dilayan kehendakku itu, aku mulalah buat lagak comel. Kakiku meluncur di atas lantai Giant itu seakan lantai itu skating ring. Hai gembira rasa hati~ Bila kehendak dituruti~ Seperti~ dunia~ ana yang punya~

Aku sedar layanan yang diberi mereka sememangnya melebihi layanan yang sepatutnya diberi oleh tuan rumah pada tetamu. Dalam diam perasaan kagum terbit dalam diri melihatkan kesungguhan mereka melayan tetamu jauh.

Usai membeli barang keperluan kami di pasaraya Giant, kami dibawa Cik Faezah untuk makan. Kebanyakan kedai tutup pada Hari Raya Haji. Walaupun gerai makan itu tidak segah restoran lima bintang, aku dan keluarga tidak merungut sedikit pun kerana kami dah terbiasa makan di gerai sebegitu. Kami tak cerewet sangat.

"Id, meh la ambil gambar. Aku nak post kat FB nanti..." ujar Cik Yaya pada ibu.

"Tak mau la. Karang tak pasal-pasal nanti ada orang yang komen, 'Aik? Masih hidup lagi dia ni?' kat wall aku karang..." balas ibu berlelucon. Namun aku, sedikit pun tak rasa yang lawak ibu tu kelakar. Komen itu bagiku sungguh tak kelakar dan langsung tak membangkitkan rasa lucu dalam jiwa okey. ***

"Abang Man bila mula kerja?"

Kepala aku dah nak terteleng time tu jugak bila dengar suara orang yang berbicara dengan ayah kala itu membahasakan diri ayah dengan panggilan 'Abang'. Ohhh...


Aku akui yang Napie tu punya pangkat pakcik dengan diriku tapi masalahnya... Kami sama umur! Malah aku yang lihat dunia dulu, tau. Bayangkan kalau waktu kecil dahulu dia bahasakan ayah dengan panggilan 'Abang'. Awkward, kan? Comel tak senario yang aku datangkan tadi? Nak ketawa rasanya bila kepala ni bayangkan perkara yang luar alam... Apa-apa pun, tak kisahlah dia nak bahasakan ayah dengan panggilan apa sekalipun. Sebabnya dia dah kahwin dan beristeri. Jadi tak janggal rasanya kalau nak panggil ayah dengan panggilan 'Abang' tu. Tapi... aku nak panggil dia apa? Napie aje? Cik Napie, sebab dia pangkat pakcik padaku. Atau... adik Napie, sebab aku lahir dahulu? Hahahahah! Aku panggil Napie aje la...

Selesai menjamu selera, Cik Dol menawarkan diri untuk bayar makanan kami namun dihalang Cik Faezah. Entah bila masanya Cik Faezah pergi bayar duit makan tu pun aku tak tahulah. Kut dia ada pakai ilmu ninja kape... Sebab aku memang tak perasan bila masanya dia bayar makanan kami. Jadinya sebagai balasan, ayah beri duit minyak serta titipkan wang sedikit buat Tok Dah pada Cik Faezah.

Dalam perjalanan ke Tiram ayah memberi komen. Ibu kasi Tok Dah duit, Tok Dah pula kasi aku dgn adik RM20 seorang. Dia kasi dia, dia kasi dia. And the circle continues. Kata ayah, bila mau game dah... Seperkara yang membuat aku bangga jadi orang melayu. Kita tak berkira. Kalau ada rezeki lebih, kita memberi. Tapi kalau orang yang hulur tangan dan beri kita duit, apa salahnya kalau menerima, kan? Ya allah ajaran sesat sungguh aku ni. Of course, janganlah tunjuk terang-terangan yang kita suka menerima duit. Karang tak pasal-pasal dilabel mata duitan pulak. Buat haru aje.

"19km... Dekat signboard letak lagi 19km tapi tak sampai-sampai pun..." Ayah dah merungut sebab perjalanannya nampak tak sudah-sudah. Kat signboard letak 19km tapi dia punya 19km tu rasa macam beribu batu jauhnya. Seperti biasa adik akan mengurut dan menepuk-nepuk belakang badan ayah yang sedang memandu bagi menghilangkan rasa ngantuk ayah. Kalau kami tak singgah makan tadi, mungkin kami sudah boleh sampai ke Tiram awal sekaligus pulang cepat ke Singapura. Namun pelawaan mereka susah untuk kami tolak. Lagi pula bukan selalu kami datang bertandang ke rumah mereka. Ayah yang tertidur buat sesaat cuma membuatkan ibu risau namun adik sentiasa ada di sisi ayah bagi menemani beliau memandu.

Tiba di rumah umi, kami masuk hanya sekejap cuma. Tidak berlama kerana malam sudah semakin larut. Daging korban dan beberapa lauk pemberian Tok Dah kami sampaikan. Kami kemudiannya meminta diri dan berjanji untuk datang pada lain minggu. Dan tepat seperti jangkaan kami, jem di kastam JB membuatkan kami tiba di Singapura pada jam 2 pagi. Aku yang asyik terjaga di dalam kereta dah sampai tahap nak nangis meraung-raung sebab rindukan bantal busyukku yang aku tinggalkan di Singapura... Hikhik~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Wo edit from wo de own experience lorh... Tau, ada baaaaaaaaaaanyak sangat loophole dalam cerita ni. Tapi lantak la. Tak proofread. Tak baca balik. Bukannya nak dibukukan pun. Sesungguhnya I'm beginning to use Singlish more often now. =___=" Oh well, watevs. Dah nama pun Singaporean... Tak sah kalau tak guna Singlish. SINGLISH RAWKS MAN!

***Zai wo de loveletters... Sebab akan adanya controversy, suo yi... cong jin tian kai shi, wo bu hui post di sini bagi mengelakkan drama. Koreklah asal awak bahagia ya... Yin wei by the end of the day, you live ur life and I live mine. Kita pun tak ada apa-apa relationship whatsoever. Sedangkan orang yang bertahun berkenalan dan sampai ke jinjang pelamin boleh bercerai, lidah boleh tergigit, inikan pula kita yang saling tak mengenali antara satu sama lain. Okey, feeling-feeling dalam filem P.Ramlee sekejap tadi huahuahua~

P/s : Dalam sesebuah cerita itu, boleh aje kita paparkan JUST the sunny side of the story. But remember, when you laugh, others cry. When you're full, others starve. Tak mungkin ada dalam dunia ni, seorang yang haphaphappyyyy memanjang unless he's got something wrong with his brain la kan. Orang itu... akan senantiaaaaasa happy living in tanjung rambutan!

Bila orang yang tak suka attention terpaksa buat promosi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads