Sabtu, 9 Februari 2013

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Mersing.my: Keunikan & Keindahan Air Surut <b>di Mersing</b>

Posted: 31 Dec 2012 07:36 AM PST

Kawasan pantai cetek berhampiran  bandar Mersing yang disempadani oleh Pulau Setindan dengan kawasan laut dalam merupakan fenomena yang unik. Ketika air surut  pengunjung mungkin boleh sahaja berjalan kaki menyeberangi ke pulau tersebut yg mungkin jaraknya 2-3 km ( PHD belum pernah melakukannya). Cuma satu nasihat jika tidak pasti keadaan air pasang silalah bawa brg berisi sedikit bekalan makanan, air dan life jaket. Manalah tahu anda mungkin terperangkap di pulau tersebut atau di tengah-tengah laut apabila air pasang

Permukaan air laut bertukar menjadi 'cermin'.. 

Fenomena air surut yang indah di Mersing..Perairan cetek yang surut menjadikan permukaan air seperti cermin membayangi pulau-pulau berhampiran Mersing.
MERSING LAGUNA..
Inilah perairan cetek yang dicadangkan untuk membina pulau-pulau tiruan untuk pembangunan resort yang luasnya lebih kurang 3000 hektar tetapi dibatalkan baru-baru ini.

Pulau Setindan..Sempadan terakhir perairan cetek. Apa yang dilihat dalam foto ini sepatutnya menjadi Mersing Laguna
 Di sebelah kiri ialah menganjur pantai-pantai dan teluk sehingga ke Teluk Buih. Teluk Buih bersebelahan dengan Pantai Air Papan yang popular. Kawasan ini sepatutmya menjadi sempadan sebelah kiri Mersing Laguna.
Kini sudah terdapat jalan yang dinaik-taraf dan menjadi laluan pantai utama dari Mersing ke Air Papan. Terdapat banyak chalet dan gerai-gerai seperti Roti Arab
Di sepanjang pantai Mersing dari selatan ke utara terdapat banyak kemudahan permainan kanak-kanak. 
Sebuah tabika Kemas berhadapan dengan pantai ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads