01 di muar - Google Blog Search |
Bongkar Skandal Scorpene <b>Di Muar</b> Malam Ini!! |17Dis | 9mlm | Parit <b>...</b> Posted: 16 Dec 2012 09:21 PM PST |
RM1 juta bina tujuh jeti nelayan <b>di Muar</b> ~ MUAR KINI Posted: 28 Dec 2012 05:15 AM PST MUAR 25 Dis. - Sejumlah RM1 juta diperuntukkan untuk membina tujuh jeti di sekitar daerah ini bagi memudahkan nelayan mendaratkan ikan di pangkalan sedia ada dalam usaha meningkatkan pendapatan golongan berkenaan. Antara jeti yang sudah disiapkan termasuk di Parit Jawa, Sarang Buaya, Sungai Balang dan Parit Amal manakala jeti di Sri Menanti sedang menanti proses tender dan jika tiada sebarang halangan akan disiapkan pada tahun depan. Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, setiap jeti berkenaan menerima peruntukan antara RM100,000 dan RM200,000 bergantung kepada keperluan jeti dan jumlah nelayan yang menggunakannya untuk mendaratkan bot serta tangkapan. "Peruntukan diterima itu adalah bagi menggantikan jeti kayu yang lama kepada jeti konkrit kerana lebih tahan lama dan dapat menampung peningkatan bilangan nelayan di kawasan terbabit. "Jeti Sri Menanti bernilai RM200,000 ini masih dalam proses mengeluarkan tender, apabila siap kelak mampu menampung keperluan lebih 100 nelayan di kawasan ini," katanya ketika melawat jeti terbabit selepas Program Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Parlimen Muar di Pangkalan Nelayan Kampung Sri Menanti, di sini, baru-baru ini. Razali berkata, jeti Sri Menanti yang sudah digunakan sejak dahulu pada asalnya dibina menggunakan kayu dan mengalami kerosakan disebabkan faktor cuaca menyebabkan nelayan di situ sukar untuk mendaratkan hasil tangkapan mereka. Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, menerusi peruntukan RM200,000 itu, sebelah daripada jeti itu akan digantikan dengan binaan konkrit selain peruntukan RM3 juta bagi kerja-kerja menambak dan membina benteng sejauh dua kilometer bermula di Pantai Sri Menanti hingga ke Sungai Pulai. "Pembinaan benteng ini amat mustahak kerana kawasan ini mengalami hakisan pantai dan boleh menjejaskan pendapatan nelayan yang mengalami kesukaran untuk ke laut," katanya. Menurut Razali, apabila semua projek jeti dan menambak benteng itu disiapkan kelak, ia dapat memberikan kemudahan kepada berpuluh-puluh bot serta lebih 900 nelayan di kawasan berkenaan yang bergantung kepada hasil tangkapan ikan sebagai punca rezeki. Utusan |
You are subscribed to email updates from di muar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan