Siapa yang akan menang dan kalah pada PRU13?
Berdasarkan angin La Nina yang bertiup kencang, keadaan berikut akan berlaku pada PRU 13:
Najib akan menang di Pekan. Tetapi kemenangan itu amat tipis, dan nyaris kalah. Segala usaha akan digembeling untuk menangkan Najib sehingga ada kawasan di Pahang akan terabai.
Cadangan Yong: Pakatan Rakyat perlu exploit situasi ini dengan baik. Pahang boleh ditawan!
Muhyiddin tiada masalah menang di Pagoh. Ramai orang Johor masih setia pada UMNO dan mahu PM dari Johor. Telah 2 kali tertipu kerana ketua demer kantoi. Dato' Onn Jaafar keluar UMNO. Hussein Onn dijatuhkan oleh Mahathir. Jadi kali ini demer akan pastikan Muhyiddin menang untuk jadi PM.
Cadangan Yong: Salahuddin Ayob tak usah le nak harakiri di sini.
Hero poyo Bagan Datuh ini akan menang di Bagan Datoh. Dia menang bukan kerana dia best sangat. Tapi orang Jawa Bagan Datoh sayang pada Zahid. Juga, calon PR Bagan Datoh tidak cukup menyerlah.
Raja ini akan kalah jika bertanding di Lembah Pantai. Anak muda menyampah dengan Menteri ini. Tiada apa-apa kelebihan dimilikinya. Pemindah pemilih tidak akan membantu kerana bukan semua akan turun mengundi.
Cadangan Yong: Kekalkan Nurul Izzah di Lembah Pantai.
Pembakar jambatan ini akan kalah di Jelebu. Anak muda menyampah kat Rais Yatim dan bininya.
Cadangan Yong: Hishamuddin Rais patut bertanding di sini.
Khairy dijangka akan mempertahankan kerusi Rembau, walaupun Chedet tak suka. Tapi dia akan kalah. Penyokongnya tinggal orang tua je. Semakin kuat dia menyalak menyerang PR, semakin menyampah anak muda kepadanya.
Cadangan Yong: Khairy elok keluar je dari UMNO sebelum kena tendang.
TGHA akan menang di Marang. UMNO tak bersungguh-sungguh di sini kerana mengharap beliau adalah UMNO-friendly. UMNO ingat, kalau BN kalahpun, Haji Hadi diharap boleh dipujuk untuk bentuk UG. Jadi, Haji Hadi perlu diberi kemenangan.
Cadangan Yong: Haji Hadi tak payah harakiri nak menentang Najib di Pekan.
Tak payah sebut lagi. TGNA akan menang di mana-manapun beliau bertanding. UMNO akan berusaha keras untuk menentang beliau dan menyusahkan jenteranya, walaupun demer tahu akan kalah.
Cadangan Yong: Bersedialah untuk menentang serangan UMNO yang mungkin termasuk bersifat peribadi kepada TGNA.
DSAI akan menang tidak kira di mana dia bertanding. Kerana itu demer cuba buat DSAI sebuk dengan kes mahkamah, termasuk Khairy yang flip-flop. Mereka akan terus menyerang DSAI dengan isu porno semata-mata kerana perasaan "spiteful" dan benci yang mendalam.
Cadangan Yong: DSAI perlu berhati-hati dengan orang yang rapat dengan dia kerana demer boleh jadi duri dalam daging.
Nurul akan terus mendapat undi dari anak muda. Tapi UMNO akan memberi tentangan yang hebat. Nurul diserang kerana dia anak DSAI.
Cadangan Yong: Teruskan usaha menangi hati anak muda melalui manifesto khas untuk anak muda.
Ulama ini akan menang sebab ramai orang PAS sayang dia. Penyokong UG tiada masalah. Yang tak sior UG akan tetap memilihnya kerana benci UMNO.
Cadangan Yong: Harun Taib toksah le sokong Nasharuddin Mat Isa lagi.
Mamat ini akan kalah tak kira di mana dia bertanding. Jadi..adalah lebih bijak jika PAS tak calonkan dia. Rugi saja 1 kerusi. UMNO takkan bagi peluang kepadanya untuk menang.
Cadangan Yong: Gugurkan saja dia sebelum dia ditendang oleh pemilih.
Ramalan pegawai Bank Islam yang kena gantung itu pulak boleh di baca
di sini. Ramalan Yong tiada kaitan dengannya.
Ramalan dan cadangan Yong berdasarkan sintesis terhadap senario sekarang. Bagaimana dengan yang lain? Bagaimana dengan nasib Hassan Ali dan katak-katak PKR? Tunggu sintesis Yong seterusnya.
JOM KITA REALISASIKAN KERAJAAN BERKEBAJIKAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan