01 di pasir gudang - Google Blog Search     |   
|    Semasa Terkini: Umno Bahagian <b>Pasir Gudang</b> Jangan Buat Perangai Posted: 24 Jan 2013 07:21 AM PST   AMARAN yang dikeluarkan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad  Maslan kepada beberapa cawangan Umno dalam Bahagian Pasir Gudang Johor supaya  tidak menutup bilik gerakan amat mengejutkan.        Khabarnya, terdapat beberapa pihak yang tidak berpuashati  dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang lambat menyelesaikan  permohonan tanah yang dibuat, sejak 13 tahun yang lalu.     Jadi, gertakan yang mereka buat ini kerana pilihan raya umum  ke 13 (PRU 13) sudah semakin hampir menunjukkan ahli-ahli Umno berjuang selama  ini hanya kerana mahu meminta tanah dan bukan kepentingan agama, bangsa dan  negara.       Yang akan terjejas dalam isu ini ialah Ketua Umno Bahagian  Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang juga Menteri Pengajian  Tinggi.       Apa yang berlaku, mengambarkan Mohamad Khaled tidak mampu  mengawal kehendak anak-anak buah hingga sanggup menggugut kepimpinan negeri.       Satu pihak lain pula memberi tahu, jika Menteri Besar  menyelesaikan masalah di Pasir Gudang ini, beberapa Umno bahagian lain, yang  mempunyai masalah yang sama akan turut menggugut Abdul Ghani supaya meluluskan  permohonan mereka juga.       Satu sumber dari Pakatan Rakyat memberitahu, jika Abdul  Ghani gagal menyelesaikan masalah ini, mereka akan memastikan kesemua kerusi  Parlimen dan DUN di kawasan Pasir Gudang kali ini akan menjadi milik mereka.       Satu pihak lain mendakwa, ada penulis blog yang diupah untuk  menyerang kepimpinan Abdul Ghani, termasuk isu pembangunan Wilayah Iskandar.       Ia sekaligus mengaitkan cerita AbdulGhani akan berundur dari  kerusi MB Johor dan tempatnya akan digantikan Mohamad Khaled.       Banyak pihak mendakwa, nama Mohamad Khaled semakin kerap  disebut sebagai bakal MB Johor selepas PRU 13 walaupun dalam yang sama, Abdul  Ghani dikatakan akan terus dilantik menjadi Menteri Besar sepenggal lagi.       Sementara itu, satu pihak lain kesal dengan kenyataan Ahmad  Maslan yang mengeluarkan kenyataan memberi amaran kepada Umno Pasir Gudang  melaui media kerana ia seolah-olah mengganggu pentadbiran Umno bahagian  tersebut.       "Bukankah elok jika Ahmad Maslan ke Pasir Gudang untuk  mengadakan pertemuan dengan mereka yang mendakwa menghadapi masalah dengan  Menteri Besar?" kata seorang penganalisis politik tempatan.     Cara yang dilakukan Ahmad ini seolah-olah memberi peluang  pembangkang mengambil kesempatan di atas pergolakan yang berlaku, katanya lagi.       Rata-rata berharap, Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri  Muhyiddin Mohd Yassin dapat campur tangan membantu masalah ini kerana Muhyiddin  selaku bekas MB Johor tentulah mempunyai pengalaman menyelesaikan masalah  seperti ini.       "Lebih baik selesaikan segera sebelum keadaan menjadi  semakin gawat, " kata seorang bekas ketua bahagian dari Johor yang ditemui.        |   
| You are subscribed to email updates from di pasir gudang - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan