Rabu, 20 Februari 2013

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Dr.Subramaniam akan menang besar <b>di Segamat</b> ABN News | BM

Posted: 18 Feb 2013 02:28 AM PST

Oleh Yuogawathy Veeranan (yuogawathy@abnxcess.com)

SELANGOR — Khabar angin yang disebarkan sebuah portal berita tempatan mengenai kemungkinan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam tidak mempertahankan kerusi Parlimennya di Segamat pada Pilihan Raya Umum ke-13 mendapat perhatian MIC kawasan itu.

Ketua Wanita MIC Bahagian Segamat, Indira AK Nair yang dihubungi ABN News berpendapat Dr. Subramaniam adalah calon "winnable" dan tiada tokoh lain yang setanding untuk bertanding di kawasan berkenaan.

"Beliau seorang yang mudah didampingi serta boleh berbicara mengenai segala masalah yang kami hadapi dan beliau tetap akan mencari jalan penyelesaiannya," kata Indira.

"Saya sangat berharap beliau perlu bertanding di Segamat dan kemenangan beliau adalah sesuatu yang pasti," tambahnya.

Ditanya sama ada sokongan yang sama akan diberikan jika calon MIC lain mengambil alih tempat Dr. Subramaniam, Indira menjawab, "Sudah tentu kami akan menyokong, namun belum pasti lagi calon baru itu dapat menjalankan tugasnya lebih hebat daripada Dr. Subramaniam."

Justeri baginya lebih baik Dr. Subramaniam dicalonkan sekali lagi bagi mempertahankan kerusi Parlimen itu.

Sementara itu, Setiausaha Aung MIC Datuk S. Murugesan yakin dengan kewibawaan Dr. Subramaniam dalam mengekalkan kerusi Parlimen Segamat.

"Beliau seorang yang selalu turun padang dan memantau segala perkara yang mengambil tempat di kawasan Parlimennya. Jadi saya boleh kata beliau akan menang besar kali ini, "katanya kepada ABN News.

Beliau yakin majoriti pengundi di Segamat yang mewakili komposisi kaum  40.99% Melayu,  47.68% Cina,  11.26% India dan 0.07%  daripada lain-lain kaum akan tetap mengundi Dr. Subramaniam kali ini.

"Saya percaya dan yakin Dr. Subramaniam akan menang dengan majoriti yang lebih besar  berbanding Pilihan Raya Umum  2008 kerana pengundi di sana kenal dan tahu apa yang mampu dilakukan beliau di sana. Jadi, peluang memang cerah, beliau akan menang," jelas Murugesan.

Pada 2008, Dr. Subramaniam menewaskan Pang Hok Liong daripada DAP dengan majoriti 2,991 undi serta mengekalkan kedudukannya  di Segamat buat kali kedua selepas memenangi kerusi Parlimen yang sama pada Pilihan Raya Umum ke 11 pada tahun 2004.

Semalam, Dr Subramaniam dalam reaksi balasnya menyifatkan laporan yang dibuat portal berita tempatan itu sebagai tidak berasas dan berniat jahat.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia menegaskan Dewan Tertinggi Barisan Nasional tidak pernah membincangkan perkara itu.

"Laporan itu tidak benar. Mungkin penulisnya memperolehi maklumat daripada sumber yang tidak boleh dipercayai," tegasnya sambil menggesa laman portal berkenaan memperbetulkan laporannya kerana ia boleh menjejaskan dirinya dan Barisan Nasional.

Subramaniam Akan Terus Kekal Bertanding <b>Di Segamat</b> : The <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 05:45 PM PST

SEGAMAT, 18 Feb :   Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyifatkan artikel Malaysian Insider yang menyebut beliau akan digugur daripada bertanding di kerusi Parlimen Segamat, sebagai laporan tidak berasas dan satu perbuatan nakal.

Menteri Sumber Manusia itu berkata perkara tersebut tidak pernah dibincang pada mana-mana perbincangan di peringkat tertinggi pimpinan Barisan Nasional (BN).

1 (2)Beliau berkata pada perbincangan sebelum ini, 85 peratus wakil rakyat MIC akan dikekalkan dan hanya sebilangan kecil perubahan dilakukan bagi memastikan kemenangan BN.

"Ia sesuatu yang tidak betul. Mungkin dia mengambil kenyataan daripada seseorang lalu terus menjadikannya sebagai bahan berita," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Kem Kesihatan anjuran Lembaga Promosi Kesihatan Negara di Dewan Serbaguna Pekan Batu Anam di sini Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media alternatif itu yang menyebut beliau akan digugur daripada dicalon semula mewakili BN bagi kerusi Parlimen Segamat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pada PRU 2008, Subramaniam, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Segamat, menewaskan calon DAP Pang Hok Liong dengan majoriti 2,991 undi.

Sehubungan itu, beliau meminta Malaysian Insider memperbetul laporan tersebut kerana ia boleh menimbulkan kesan tidak baik terhadap dirinya dan BN. – BERNAMA

Category: Bahasa Malaysia News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads