ads

Isnin, 25 Februari 2013

01 di segamat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di segamat - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PRU13 : BN mungkin gugurkan Subramaniam <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 04:48 PM PST

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Perpecahan dalam jentera tempatan boleh memaksa Barisan Nasional (BN) untuk menggugurkan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam dari mempertahankan kerusi parlimen Segamat, kata sumber dalam gabungan tersebut.
The Malaysian Insider difahamkan, isu ini adalah diantara agenda penting yang dibincangkan dalam perjumpaan tertutup diantara Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Johor pada Selasa, diadakan untuk membincangkan persiapan Pilihan Raya 2013 – perlu diadakan selewat-lewatnya pada Jun.
Dalam mesyuarat tersebut, lima kerusi parlimen, termasuk Segamat, dikenalpasti sebagai kerusi yang berpotensi untuk beralih disebabkan peratusan besar pengundi Cina di kawasan tersebut.
Semenjak 2008, majoriti masyarakat Cina dilihat sebagai penyokong kuat pembangkang.
"Jentera di Segamat tidak mahukan Subramaniam. Jumlah pengundi India kecil jadi jentera tempatan mempersoalkan mengapa meletakkan beliau disitu," kata sumber yang menghadiri mesyuarat BN di Johor Bahru pada Selasa.
Pada Pilihan Raya 2008, pengundi Cina menjumlahkan hampir separuh daripada pengundi Segamat dengan Melayu 41 peratus dan India 11 peratus.
Subramaniam, menteri Kabinet, telah mengalahkan Pang Hok Liong dari DAP dengan majoriti 2,991, sebahagian besarnya kerana sokongan Melayu, dimana sebahagian besar daripada undi Cina, seperti di seluruh negara, beralih secara siknifikan kepada pembangkang.
"Jika Pakatan Rakyat (PR) meletakkan calon Cina dari DAP atau PKR kali ini, sudah tentu kita akan kalah Segamat," kata sumber tersebut.

Spekulasi timbul PR yakin mereka boleh menawan Segamat akibat daripada sentimen anti kerajaan yang kuat dikalangan pengundi Cina jika mereka meletakkan Datuk Chua Jui Meng dari PKR ataupun veteran DAP Lim Kit Siang – kini merupakan ahli parlimen Ipoh Timur.
Akhbar The Star, walau bagaimanapun, melaporkan pada Ahad Subramaniam yakin mempertahankan Segamat berdasarkan rekod sokongan masyarakat Cina kawasannya – akan terus bersamanya.
"Saya tahu pengundi saya, terutamanya Cina. Saya telah selesaikan
isu-isu yang melibatkan komuniti itu dan mereka tidak mempunyai sebab untuk tidak menyokong Barisan," kata Menteri Sumber Manusia itu.
Subramaniam memberitahu akhbar tabloid berbahasa Inggeris itu pada Selasa Najib telah bersetuju untuk memperuntukkan jumlah kerusi yang sama kepada MIC seperti pada 2008. Beliau juga berkata dua calon dalam pilihan raya lalu akan diganti tetapi enggan untuk mendedahkan nama mereka.
Satu lagi sumber yang hadir pada mesyuarat itu berkata Najib hanya menimbulkan kebimbangan tentang lima "kerusi panas" tetapi tidak membincangkan mengenai pencalonan Subramaniam.
Empat "kerusi panas" yang lain adalah Kulai, Gelang Patah, Bakri dan Kluang.
Difahamkan pemimpin BN Johor menganggarkan sokongan masyarakat Cina pada ketika ini berada pada 30 peratus, lebih 10 peratus daripada anggaran "pesimis" awal, dan menyasarkan untuk meningkatkannya kepada 40 peratus apabila BN negeri memasuki pusingan akhir kempen pilihan raya.
"Dengan 40 peratus sokongan, kita juga boleh menang kerusi yang kita kalah seperti Bakri dan beberapa kerusi negeri yang kita kalah kepada DAP," kata sumber BN.
Pemimpin PR berkata mereka akan menggegarkan kubu BN di Johor dengan bantuan sokongan Cina tetapi mengakui kepayahan untuk menawan negeri kerana kesukaran dalam mendapatkan undi Melayu.
Walaupun menyapu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan dalam Pilihan Raya 2008, pakatan longgar PAS, PKR dan DAP memenangi hanya satu daripada 26 kerusi parlimen dan enam daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor (DUN).
Melayu membentuk 60 peratus daripada tiga juta penduduk Johor, yang terletaknya 74 penempatan Felda dalam 21 DUN.
Undi Melayu Felda seringkali dilihat sebagai kekuatan BN dalam pertempuran pilihan raya, dan juga menjadi kunci utama gabungan tersebut dapat mempertahankan diri dari Tsunami politik 2008, terutamanya di Johor.
PR Johor percaya, 35 peratus sokongan dikalangan pengundi Melayu Johor mencukupi untuk menjatuhkan BN di Johor dalam pilihan raya akan datang, dengan syarat PR bekerja habis-habisan memastikan bukan Melayu Johor menolak BN.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved