Sabtu, 2 Februari 2013

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


Pembukaan Laluan Masuk Kedua Lebuh Raya <b>Senai</b> Johor Bahru

Posted: 11 Jan 2013 09:05 AM PST

Pada 1 Julai 2012 yang lalu pintu masuk ke Universiti Teknologi Malaysia kedua melalui Lebuh Raya Senai Johor Bahru telah di buka 24 jam kepada lalu lintas. Akses melalui laluan kedua terutamanya ini bagi kegunaan perhubungan kekawasan Akademik baru yang mengandungi Fakulti Biosains & Biokejuruteraan, Fakulti Tamaddun Islam, Bangunan tambah
an Perpustakaan Raja Zarith Sofia ,Fakulti Sains, Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia,Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah Stadium dan Kolam Renang.
Laluan ini juga boleh menghubungkan pusat Akademik sedia ada berhampiran Kompleks Sukan. Pintu utama laluan kedua di kawal oleh pihak Bahagian Keselamatan yang disediakan Balai Keselamatan di kiri kanan pintu masuk. Dengan pembukaan pintu masuk baru Lebuh Raya Senai Johor Bahru ini menjadikan 4 laluan masuk wujud iaitu pintu masuk Utama bersebelahan Pejabat Harta Bina, laluan Taman Sri Pulai, laluan berhampiran Padang Kawad dan Lebuh Raya Senai Johor Bahru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads