Isnin, 18 Februari 2013

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


500 Orang Jemaah Umrah Terkandas <b>di</b> Airport <b>Senai</b> - Noehas.com

Posted: 14 Feb 2013 05:30 PM PST

Semalam 14 Februari 2013 hari Khamis ada berita penting tentang jemaah umrah terkandas di airport Senai tapi hari ni cari dalam akhbar harian online tak jumpa pula ceritanya. Mungkin Noehas belum tengok betul-betul lagi akhbar. Kesian juga ramai jemaah umrah yang tak jadi berlepas.

Noehas dapat laporan terus dari adik ipar yang juga salah seorang dari jemaah yang terkandas. Dia dah siap hantar gambar melalui whatsapp rasa sedih nak tinggalkan Malaysia dan gembira nak terbang ke Mekah. Noehas difahamkan oleh beliau, jemaah umrah tersebut menaiki kapal terbang NasAir yang sepatutnya berlepas dari airport Senai pada jam 6 petang.

Kapal terbang yang sepatutnya terbang ke Jedah tersebut dinaiki jemaah umrah dari pelbagai syarikat umrah, yang paling ramai ialah dari Tiram Travel iaitu seramai 450 orang jemaah. Boleh tahan ramai jemaah umrah Tiram Travel, dah macam jemaah haji. Alhamdulillah.

nasair

Jemaah yang gembira dah masuk dalam kapal terbang mula rasa hairan, dua jam berada dalam kapal terbang tapi kapal terbangnya masih tidak bergerak. Akhirnya mereka diminta keluar meninggalkan kapal terbang. Rupa-rupanya pintu kapal terbang tidak boleh ditutup kerana senget sikit. Dikatakan punca pintu tersebut rosak ialah terlanggar sesuatu semasa membuka ketika sampai.

Para jemaah umrah yang terkandas dihantar ke beberapa buah hotel di sekitar Johor Baharu, sudah pasti semuanya ditanggung oleh syarikat penerbangan NasAir. Layanan yang diberi oleh NasAir bagus juga hingga para jemaah tidak ada yang marah atau mengamuk. Lagipun arah tujuan ialah mencari keredoaan Allah di bumi Mekah dan Madinah.

Noehas terbayangkan jemaah yang tidak ada bawa baju simpanan dalam beg bimbit tangan sebab semuanya dah dimasukkan ke dalam bag kargo. Walaupun dapat hotel tapi nampakk gayanya kena pakai baju semalam lagilah atau pergi beli baju baru di kedai berhampiran. InsyaAllah sedikit sebanyak mujahadah dan ujian yang Allah beri ni dapat meningkatkan tahap kesabaran dan ketaqwaan kepada Allah.

Syarikat yang menguruskan umrah seperti Tiram Travel tidak boleh dipersalahkan dalam hal sebegini kera ia di luar bidang kuasa mereka. Syarikat penerbangan pun bukan sengaja nak menyusahkan para penumpangnya. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang kita tidak tahu.

InsyaAllah para jemaah umrah yang terkandas di Airport Senai semalam akan terbang ke Jedah pada hari ini jam 6 petang. Semoga mereka semua selamat pergi dan pulang, didoakan juga semoga ibadat umrah mereka diterima Allah SWT. Jangan lupa balik dari umrah nanti bawa HIDAYAH dan HADIAH untuk orang-orang di Malaysia.

, , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads