Khamis, 21 Februari 2013

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


Rakaman video bukti Umno halang Nik Nazmi ceramah <b>di</b> Sri <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2013 11:31 AM PST

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/01/Nik-Nazmi-i-300x225.jpg 

(Keadilan Daily) - Sebagaimana ramai maklum, pada 15 Januari yang lalu, saya bersama Tan Poh Lai, Ketua Cabang KEADILAN Johor Bahru dan rombongan yang lain telah berhadapan keganasan UMNO ketika cuba mengadakan ceramah di Flat Sri Stulang, Johor Bahru.

Hari ini kami tampil dengan tiga rakaman video insiden tersebut. 

Kami pada mulanya tiba sekitar jam 8.30 malam dan berjalan ke flat apabila dihalang kumpulan berpakaian baju Umno BN. Mereka enggan membenarkan kami masuk ke dalam sekalipun kami sudah bersiap-siap untuk program kami terlebih dahulu. Mereka turut mengeluarkan makian dan kata-kata kesat terhadap kami.

Selepas berbincang dengan pihak polis, maka kami berundur sementara untuk menyejukkan keadaan. Kemudian kami cuba masuk dengan kenderaan kami ke perkarangan flat menerusi pintu satu lagi. Kini kami dihalang anak-anak muda berbaju Umno yang kemudian memanggil kumpulan pertama. Kami cuba masuk dengan berjalan kaki tetapi terus dihalang dan saya turut ditendang (rujuk video a).

Kami kemudian keluar daripada tempat kejadian, sekalipun cuba dihalang beberapa orang Umno-BN (rujuk video b) dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Majidee Johor Bahru.

Kemudian dengan ditemani teman-teman daripada KEADILAN Pasir Gudang dan Gelang Patah serta PAS bersama-sama pihak polis masuk semula ke tapak ceramah untuk mengambil peralatan ceramah.

Saya telahpun dihubungi pegawai penyiasat kes ini. Saya berharap pimpinan tertinggi Umno, Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak , Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dapat menyatakan dengan jelas pendirian mereka menolak keganasan politik.

Rakaman video

Video a http://www.youtube.com/watch?v=xMDJWzB5uKg (Di pintu masuk kedua Flat Sri Stulang di mana kenderaan kami dihalang dan ditendang, dan kemudian rombongan kami dihalang dan saya ditendang lelaki di dalam baju BN berwarna biru)

Video b http://www.youtube.com/watch?v=1pUZ4d-l5tk (Kami terus dihalang beberapa individu ketika kami cuba meninggalkan kawasan tersebut)

Video c http://www.youtube.com/watch?v=lOIKzG7eNV8 (Kami mengambil peralatan ceramah dengan diiringi pihak polis selepas membuat laporan polis)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads