hari ini….
dalam perjalanan balik dari majlis perkahwinan Jasmin Jamirun di Kuala Pilah, Negeri Sembilan…
aku singgah ke sebuah gerai buah di tepi jalan…terdapat buah yg agak pelik tergantung di situ…
apabila ditanya….katanya BUAH TAMPOI….
ooooo….rupanya ini buah tampoi….
memang aku pernah dengar sebelum ni yang tampoi ialah nama sejenis pokok….tapi tidak la pula aku tahu bahawa buahnya boleh dimakan…
menarik kan…?!…
apabila dibuka…begini rupa isinya…
sekali tengok….seakan-akan buah duku di bahagian kulitnya yg tebal…
setelah dirasa…seperti rasa buah rambai tapi manis….
ini lah kali pertama tengok dan rasa buah tampoi….
sedap juga….dan aku kongsikan di alam maya ini untuk pemberitahuan kepada yang lain….
kongsi ilmu itukan amalan mulia….
insyaAllah…moga bermanfaat…
Like this:
Be the first to like this.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan