01 di bekok - Google Blog Search |
Cinta Itu Misteri: Berkelah <b>di</b> Air Terjun Sungai Bantang, <b>Bekok</b>, Labis Posted: 29 Dec 2012 12:07 PM PST Haaa, pasti ramai yang tak tahu di Bekok ni ada air terjun yang sangat cantik, sejuk dan menenangkan. Kenapa??? Masih tak percaya? Yeaaa saya tahu mesti yang ada terlintas di kepala, "ada apa dekat kawasan komunis tue???" Meh lihat ni; Ini adalah pintu masuk ke Hutan Lipur Sungai Bantang yang di dalamnya terdapat air terjun, kawasan bermandi manda yang indah. Airnya sangat sejuk, kawasannya redup dilitupi pohon-pohon yang sudah berusia beratus tahun. Saya bersama rombongan rakan sekerja ke Air Terjun Sg. Bantang pada 25 Disember 2012 yang lalu. Percutian dalam negeri sahaja, tetapi diatur dengan sangat rapi agar semuanya lancar, selamat sampai, cukup makan, puas berseronok, dan segalanya baik. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini, kami membuat keputusan untuk bergerak seawal 7.00 pagi. Berkonvoi sebanyak 6 buah kereta semuanya dan kami akhirnya sampai ke Sg. Bantang pada jam 10.00 pagi. Orang lain sebok duk mandi-manda, kita duk makan kat sinun plak yerrrr ...hehehe.... Lebihkurang pukul 2.00 petang kami dah berangkut pulang. Tapi masing-masing sudah kelaparan kembali. Kami berhenti sembahyang Zohor di surau berdekatan dan kemudian meneruskan perjalanan. hajat di hati hendak berhenti di Hentian Sebelah di Lebuhraya, tapi memandangkan perjalanan ke Lebuhraya Utara-Selatan masih jauh lagi, jadi kami pakat-pakat berhenti di sebuah gerai makan. Kena minta izin dulu sebab........... kami nak tumpang duduk dan order air sahaja sebabnya kami nak makan bekalan yang kami bawa. Sayang kalau tak dihabiskan. nasib baik tokey Kedai Makan E-Bu sporting. p/s: Ada sesuatu yang berlaku sewaktu kami sedang makan tue.... Nantilah saya cerita. Dah pagi ni, nak tido dulu. ||lepas ni kitorang plan nak ke Cameron plak...uhukkkk|| |
You are subscribed to email updates from di bekok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan