01 di desaru - Google Blog Search |
Tertunailah Hasrat <b>Di</b> Hati: Tanjung Balau <b>Desaru</b> Johor Posted: 25 Feb 2013 01:11 AM PST Selepas menghadiri majlis perkawinan abang biras, akak ajak suami gi jejalan ke Desaru Johor sebab akak tak pernah menjejakkan kaki ke sini lagi. Melalui jalan Kota Tinggi dan felda serta perkampungan dalam cuaca hujan akhirnya kami selamat sampai di Tanjung Balau..selepas puas round-round.. Ramai juga pengunjung yang tidak melepaskan peluang mandi manda di tepian pantai dalam suasana hujan yang sekejap renyai...sekejab lebat..mana yang basah tu terus mandi manda Antara aktiviti pantai..main ATV Cuaca yang berangin dan sejuk dah tentulah perut minta diisi...banyak peniaga makanan di sini...yang banyak makanan ringan..ada gak medan selera di sini Rasanya jika cuaca memuaskan mungkin peniaga layang-layang ni tersenyum lebar kerana ramai yang beli layang-layang yang beraneka rupa dan warna..terutamanya Imran Muzium ini mempamerkan khazanah peralatan menangkap ikan tradisional dan moden.Lokasinya berdekatan perkampungan nelayan Tanjung Balau amat sesuai dengan konsep keseluruhan kawasan ini yang bertemakan kehidupan nelayan. Muzium yang dibuka pada 1993 ini dibahagikan kepada beberapa galeri seperti kehidupan nelayan, model perahu nelayan, jenis peralatan menangkap ikan, peralatan nelayan orang-orang asli, peralatan nelayan moden, model kaedah menangkap ikan, diorama kehidupan nelayan dan galeri perahu. Bahan pameran diperoleh dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Muzium Dan Antikuiti, Arkib Negara, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta individu lain. Sayangnya pada masa kami sampai muzium ini tidak di buka. |
You are subscribed to email updates from di desaru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan