Khamis, 21 Mac 2013

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


DRH Labur RM 60 Juta <b>Di Desaru</b> Coast

Posted: 04 Mar 2013 06:46 PM PST

alt

KUALA LUMPUR 5 Mac - Unit Khazanah Malaysia, Destination Resort and Hotels Sdn BHD (DRH) bakal melabur RM 60 juta dalam projek pembinaan fakulti hospitaliti, pelancongan dan seni kulinari di Desaru Coast, Johor.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutfnya Datuk Eddy Leong, unit DRH, Desaru Development Corp Sdn Bhd akan berganding dengan Taylor's University bagi menyediakan rangka kerja fakulti tersebut.

"Projek itu bertujuan memajukan dan mempersiapkan kumpulan bakat profesional hospitaliti di dalam negara.

"Dengan 3 500 peluang pekerjaan akan diwujudkan di Desaru Coast dalam tempoh lima tahun ini, adalah penting untuk kami menyediakan platform bagi membekalkan modal insan untuk ditempatkan di pelbagai komponen Desaru Coast," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman dengan Taylor's Universiti semalam.

Projek yang menelan belanja lebih kurang RM 5 bilion akan siap dibina menjelang 2015 dan Desaru Development Corp akan memajukan, membina dan mengurus Fasa 1 projek Desaru Coast.

Tambah Eddy, Taylor's University School of Hospitality, Tourism and Culinary Arts bakal siap pada akhir 2014 dan ia bakal mendedahkan pelajar dengan dunia pengendalian hotel dan hospitaliti menerusi latihan praktikal oleh pelatih terkemuka dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads