01 di desaru - Google Blog Search |
- DRH Labur RM 60 Juta <b>Di Desaru</b> Coast
- 2 Rakan Lemas Dibawa Ombak <b>Di Desaru</b> | MyNewsHub
- Adika Putera: TAHUN BARU <b>DI DESARU</b>
DRH Labur RM 60 Juta <b>Di Desaru</b> Coast Posted: 04 Mar 2013 06:46 PM PST
KUALA LUMPUR 5 Mac - Unit Khazanah Malaysia, Destination Resort and Hotels Sdn BHD (DRH) bakal melabur RM 60 juta dalam projek pembinaan fakulti hospitaliti, pelancongan dan seni kulinari di Desaru Coast, Johor. Menurut Ketua Pegawai Eksekutfnya Datuk Eddy Leong, unit DRH, Desaru Development Corp Sdn Bhd akan berganding dengan Taylor's University bagi menyediakan rangka kerja fakulti tersebut. "Projek itu bertujuan memajukan dan mempersiapkan kumpulan bakat profesional hospitaliti di dalam negara. "Dengan 3 500 peluang pekerjaan akan diwujudkan di Desaru Coast dalam tempoh lima tahun ini, adalah penting untuk kami menyediakan platform bagi membekalkan modal insan untuk ditempatkan di pelbagai komponen Desaru Coast," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman dengan Taylor's Universiti semalam. Projek yang menelan belanja lebih kurang RM 5 bilion akan siap dibina menjelang 2015 dan Desaru Development Corp akan memajukan, membina dan mengurus Fasa 1 projek Desaru Coast. Tambah Eddy, Taylor's University School of Hospitality, Tourism and Culinary Arts bakal siap pada akhir 2014 dan ia bakal mendedahkan pelajar dengan dunia pengendalian hotel dan hospitaliti menerusi latihan praktikal oleh pelatih terkemuka dunia. |
2 Rakan Lemas Dibawa Ombak <b>Di Desaru</b> | MyNewsHub Posted: 10 Mar 2013 10:54 PM PDT KOTA TINGGI — Kegembiraan empat sahabat berkelah dan mandi-manda di pantai awam Desaru di sini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas dalam satu kejadian semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Mohd. Nor Rasid berkata, kedua-dua mangsa dari Taman Kota Masai, Johor Bharu itu dilapor hilang selepas dibawa ombak ketika mandi pada pukul 11 pagi. Mayat kedua-dua remaja lelaki berkenaan iaitu Lee Vui Xhen, 19 dan Wong Yee Kin, 18 ditemui tidak jauh daripada lokasi kejadian kira-kira dua jam kemudian, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Katanya, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku apabila Lee tiba-tiba dihanyutkan ombak kuat dan Wong cuba membantu sebelum kedua-duanya hilang daripada pandangan. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedahn siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing, katanya.— BERNAMA Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
Adika Putera: TAHUN BARU <b>DI DESARU</b> Posted: 10 Jan 2013 04:32 AM PST 10 Januari 2013 - Salam 10 Januari. Apa khabar hencek blog? sehat ke? Dah 3 tahun dah kau kann. cepat betul masa berlalu. Dalam 3 tahun tu macam-macam dah jadi pada aku. Bukan proses evolusi Charles Darwin yang aku lalui tapi pengalaman hidup as a student dan juga seorang belia negara. Hamekk! terkeluaq ayat merapu. HAHA. Tahun nih tahun terakhir aku akan belajar kat poli nihh bersamaan dengan 2 sem je lagi. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Aminn~ Hari nih nak story pasal event MONSOON MAYHEM 2013 yang berlangsung kat Desaru, Johor pada 4-6 Januari yang lepas. Kepada sesiapa yang minat surfing, rugi tak datang tu ari. Aku tak minat. Err. Bukan tak minat..tapi tak reti! hahaha. So aku tak rugi apa2 lah. Aku datang pon sebab JOHO ada bukak Car Boot Sale kat situ. Hewheww~ Sampai2 je terus serbu Car Boot Sale. Nak2 sang perempuan. Tak menyempat nak amek gambar. ==" Dah sudah ber-sopping, baru pergi pantai. Aku tak berani nak mandi. Ombak besar macam kat Hawaii. Cikoii n Rsipp je semangat nak mandi. Tapi at the end Cikoii dengan Nina je mandi. Rsipp takut katanya. eh? hahaha. Belum sempat masuk laut, Cikoii buat kerja amal jap. Dia buat buat apa ntah kat dada otromen tuh. aku kurang pasti, mungkinn...HAHAHA! Tak senonoh! Nasib baiklah budak nih lek je. Tapi apa kan daya, sejurus lepas tu Otromen pasir dia hanyut dilanda ombak..whooshhhhhhhh~ Siannn. Haa baru nak muncul gamba aku kann! Sementara menunggu gadis-gadis mandi laut, aku dengan yang lain semua melencong pergi go-kart . RM35 untuk 15 minit. Mahal ke murah? Kalau pandai kautim, dapatlah murah. Jeng Jeng Jenggg~ Akhirnya Game memihak kepada aku. Saingan yang amat sengit dari Rsipp and Citot. Masing-masing muka tak puas hati. HAHAHA! Mizan dapat tempat keempat. No 2 dari belakang. (Hand Signal) HAHA! Aida finish last. Biasalah budak lom dapat lesen lagi. nyiahahaha. Malas nak hujah lagi dahhh. nahh gamba sepanjang kt desaru. Desaru je pon. HAHA! Till then. Annyeong! A D I K A P U T E R A ™ |
You are subscribed to email updates from di desaru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan