01 di desaru - Google Blog Search |
- 2 Rakan Lemas Dibawa Ombak <b>Di Desaru</b> | MyNewsHub
- Adika Putera: TAHUN BARU <b>DI DESARU</b>
- 2 lemas <b>di Desaru</b>...benarkah ada penunggu yang haus nyawa
2 Rakan Lemas Dibawa Ombak <b>Di Desaru</b> | MyNewsHub Posted: 10 Mar 2013 10:54 PM PDT KOTA TINGGI — Kegembiraan empat sahabat berkelah dan mandi-manda di pantai awam Desaru di sini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas dalam satu kejadian semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Mohd. Nor Rasid berkata, kedua-dua mangsa dari Taman Kota Masai, Johor Bharu itu dilapor hilang selepas dibawa ombak ketika mandi pada pukul 11 pagi. Mayat kedua-dua remaja lelaki berkenaan iaitu Lee Vui Xhen, 19 dan Wong Yee Kin, 18 ditemui tidak jauh daripada lokasi kejadian kira-kira dua jam kemudian, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Katanya, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku apabila Lee tiba-tiba dihanyutkan ombak kuat dan Wong cuba membantu sebelum kedua-duanya hilang daripada pandangan. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedahn siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing, katanya.— BERNAMA Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
Adika Putera: TAHUN BARU <b>DI DESARU</b> Posted: 10 Jan 2013 04:32 AM PST 10 Januari 2013 - Salam 10 Januari. Apa khabar hencek blog? sehat ke? Dah 3 tahun dah kau kann. cepat betul masa berlalu. Dalam 3 tahun tu macam-macam dah jadi pada aku. Bukan proses evolusi Charles Darwin yang aku lalui tapi pengalaman hidup as a student dan juga seorang belia negara. Hamekk! terkeluaq ayat merapu. HAHA. Tahun nih tahun terakhir aku akan belajar kat poli nihh bersamaan dengan 2 sem je lagi. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Aminn~ Hari nih nak story pasal event MONSOON MAYHEM 2013 yang berlangsung kat Desaru, Johor pada 4-6 Januari yang lepas. Kepada sesiapa yang minat surfing, rugi tak datang tu ari. Aku tak minat. Err. Bukan tak minat..tapi tak reti! hahaha. So aku tak rugi apa2 lah. Aku datang pon sebab JOHO ada bukak Car Boot Sale kat situ. Hewheww~ Sampai2 je terus serbu Car Boot Sale. Nak2 sang perempuan. Tak menyempat nak amek gambar. ==" Dah sudah ber-sopping, baru pergi pantai. Aku tak berani nak mandi. Ombak besar macam kat Hawaii. Cikoii n Rsipp je semangat nak mandi. Tapi at the end Cikoii dengan Nina je mandi. Rsipp takut katanya. eh? hahaha. Belum sempat masuk laut, Cikoii buat kerja amal jap. Dia buat buat apa ntah kat dada otromen tuh. aku kurang pasti, mungkinn...HAHAHA! Tak senonoh! Nasib baiklah budak nih lek je. Tapi apa kan daya, sejurus lepas tu Otromen pasir dia hanyut dilanda ombak..whooshhhhhhhh~ Siannn. Haa baru nak muncul gamba aku kann! Sementara menunggu gadis-gadis mandi laut, aku dengan yang lain semua melencong pergi go-kart . RM35 untuk 15 minit. Mahal ke murah? Kalau pandai kautim, dapatlah murah. Jeng Jeng Jenggg~ Akhirnya Game memihak kepada aku. Saingan yang amat sengit dari Rsipp and Citot. Masing-masing muka tak puas hati. HAHAHA! Mizan dapat tempat keempat. No 2 dari belakang. (Hand Signal) HAHA! Aida finish last. Biasalah budak lom dapat lesen lagi. nyiahahaha. Malas nak hujah lagi dahhh. nahh gamba sepanjang kt desaru. Desaru je pon. HAHA! Till then. Annyeong! A D I K A P U T E R A ™ |
2 lemas <b>di Desaru</b>...benarkah ada penunggu yang haus nyawa Posted: 10 Mar 2013 11:05 PM PDT salam dari : Kepale dan Kelape Akhbar Sinar Harian hari ini (11/3/2013) melaporkan kejadian 2 remaja lemas di pantai Desaru, Johor.. .Pantai Desaru merupakan pantai yang popular dikalangan pelancong asing terutama dari Singapura. Aku berasal dari kawasan berdekatan mengakui sukar mencari pantai seindah desaru (walaupun bagi penduduk tempatan desaru bukanlah pantai terbaik) dengan pasir memutih dan luas mata memandang. Dengan pantai yang landai, pantai desaru dan pantai-pantai sekitar menjadi tarikan pengunjung untuk mandi manda.. namun harus diingat..ombak dipantai-pantai ini juga agak kuat walaupun bukan di musim monson. Sebenarnya saban tahun kejadian seperti laporan Sinar Harian sering berlaku malah berulang-ulang. (Tanpa niat menyinggung keluarga mangsa)..kadangkala sikap pengunjung bla bla bla ...hmmmm...cuba tengok gambar bawah yang aku amik semasa mengunjungi pantai Tanjung Balau (berhampirran Desaru) baru-baru ini Larangan mandi dikawasan batu...beserta bendera merah menandakan pantai tak selamat untuk tujuan mandi manda.. Lihat.. Pengunjung masih mandi di kawasan batu (ingat: dihari biasa larangan mandi dikawasan batu berkuatkuasa..apatah lagi dihari bendera merah dinaikkan) pengunjung bersantai..bendera merah dimana-mana Apa-apapun sila berhati-hati ketika bermandi manda di pantai yang menghadap Laut Cina Selatan..lagi 2 minggu sekolah akan bercuti.. Usah biarkan keseronokkan bercuti menjadi tragedi hitam yang menghantui kita sepanjang hayat |
You are subscribed to email updates from di desaru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan