Khamis, 21 Mac 2013

01 di gelang patah - Google Blog Search

01 di gelang patah - Google Blog Search


JALAN PULANG: PANAS! Kit Siang Hampir Pasti <b>Di Gelang Patah</b>?

Posted: 16 Mar 2013 10:11 PM PDT


Khabar angin yang mengatakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang (kiri) akan bertanding di Johor bakal terjawab apabila parti itu akan membuat pengumuman penting di sambutan ulang tahun parti itu ke-47 esok.
Pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau (dua dari kiri) berkata, pihaknya mendapat maklum balas positif daripada Kit Siang berhubung tawaran itu.
"Memang banyak khabar angin, tetapi saya tidak boleh sahkan di mana beliau (Kit Siang) akan bertanding.  Tunggu sahaja pengumuman penting darinya.
"Kita sememangnya optimis dan Johor adalah negeri pilihan utama DAP pada Pilihanraya Umum ke-13 ini," katanya semalam.
Menurut Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong, akan ada pengumuman penting di program yang akan diadakan di Sutera Mall, Skudai, Johor.
Kit Siang mengesahkan kemungkinan 'pulang' ke Johor, sekali gus meninggalkan Parlimen Ipoh Timur, Perak yang ditandinginya sejak 2004.

Beliau yang berada di negeri ini bagi lawatan tiga hari, akan menimbangkan penyertaannya bertanding di Johor, selepas mendapat maklum balas daripada masyarakat dan kepimpinan DAP Perak.

"Sepanjang tiga hari ini, saya akan mendapatkan maklum balas serta respons daripada pengundi bagi tawaran Dr Boo Cheng Hau itu.

Bagaimanapun, Kit Siang enggan mengulas adakah akan bertanding di kerusi panas Parlimen Gelang Patah.

"Kita tunggu sama ada akan ada kenyataan mengenai status saya hari Isnin depan atau sebaliknya," katanya.

Beliau juga meluahkan keyakinan Pakatan Rakyat mampu menang di 15 kerusi parlimen yang disasarkan di Johor, sekali gus misi ke Putrajaya tercapai.

Parlimen Gelang Patah ditandingi KEADILAN pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu di mana calonnya, Zaleha Mustafa kalah di tangan calon BN, Tan Ah Eng dengan majoriti 8,851 undi.
Dipercayai DAP akan memberi kerusi parlimen Kulai kepada KEADILAN sebagai ganti.

Jika Kit Siang bertanding di Kulai, maka pertukaran kerusi di atas tidak wujud.

Ini selaras dengan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mahukan beberapa pemimpin tertingginya termasuk Kit Siang agar bertanding di Johor bagi menggempur kubu kuat BN terutamanya MCA yang semakin lemas dengan sokongan menurun di kalangan pengundi Cina.

AIDC » Anwar Umum Lim Kit Siang Bertanding <b>Di Gelang Patah</b>

Posted: 18 Mar 2013 09:58 AM PDT

AIDCNews – 19/03/13 – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan Bernama telah mengumumkan penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya ke-13.

Beliau membuat pengumuman tersebut dalam ucapannya pada Perhimpunan Pakatan Rakyat di Taman Sutera di Johor Bharu, Isnin.

"Jika Lim Kit Siang mahu menjadikan Gelang Patah sebagai "base" untuk kita memenangi pilihanraya dan menawan Putrajaya, saya bagi sokongan," katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, hasrat DAP mahu bertanding 15 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) membuktikan sikap dominasi parti itu ke atas PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

"Setiap pemimpin parti dalam pakatan pembangkang membuat kenyataan sendiri, tidak seperti Barisan Nasional (BN) hanya seorang sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu keputusan yang dibuat," katanya.

Mengenai hasrat Kit Siang yang ingin bertanding di Johor, Razali berkata DAP memberi tumpuan di Johor, Sarawak dan Sabah kerana BN menguasai lebih banyak kerusi di ketiga-tiga negeri itu.

Beliau berkata DAP tahu pakatan pembangkang perlu memenangi lebih kerusi Parlimen pada PRU-13 untuk memenuhi impiannya untuk menawan Putrajaya kerana itu memberi tumpuan pada negeri yang dikuasai BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads