01 di johor bahru - Google Blog Search |
0 20000 serbu kaunter BR1M <b>di Johor Bahru</b> - Anak-Anak Negeri <b>...</b> Posted: 07 Feb 2013 01:47 PM PST JOHOR BAHRU 7 Feb. - Kaunter penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi Parlimen Johor Bahru di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini, kecoh seketika apabila diserbu oleh kira-kira 20,000 orang yang menjadi penerima fasa pertama bantuan berkenaan. Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, kekecohan bermula pukul 10 pagi apabila 6,000 penerima enggan mengikut arahan beratur oleh pihak urus setia, sebaliknya terus menyerbu 10 kaunter yang disediakan di dalam stadium itu. Bagaimanapun, kekecohan sejam itu terkawal apabila pasukan keselamatan, termasuk anggota polis bantuan dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) berjaya mengawal keadaan. "Pada fasa pertama ini, sebanyak 19,248 penerima dari Parlimen Johor Bahru menerima bantuan RM500 seorang dengan peruntukan hampir RM10 juta, membabitkan pemberian kepada warga emas, mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 dan orang kurang upaya (OKU). "Pemberian ini dilakukan secara berperingkat-peringkat dan kepada yang masih belum menerima, kita akan serahkan selepas sambutan Tahun Baharu Cina," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Seorang penerima, Noraswani Omar, 28, bersyukur kerana bantuan tersebut mampu meringankan beban keluarganya untuk membeli barangan keperluan harian. "Suami saya, Ariffin Abdullah, 32, hanya bekerja sebagai kelindan lori dengan gaji RM1,200. Dengan pendapatan sebanyak itu dan menyara tiga anak, kami memang sering mengalami kesempitan hidup dan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dan sentiasa membantu rakyat," katanya. Kegembiraan itu turut dikongsi Wong Wan Hong, 68, dari Taman Pelangi yang menganggap bantuan tersebut sebagai angpau Tahun Baharu Cina yang menjelang beberapa hari lagi. "Wang ini saya guna untuk belanja sambut Tahun Baharu Cina ini. Harap kerajaan terus bantu kita orang yang susah," katanya.
Seorang pemandu lori, M. Manokharan, 53, yang bergaji RM2,000 sebulan menyifatkan bantuan RM500 yang diberi kerajaan sebagai bulan jatuh ke riba. "Wang itu saya akan guna untuk beli barangan keperluan dapur dan hari ini kami akan beli lauk sedap daripada biasa. Secara jujur saya katakan kerajaan Barisan Nasional (BN) cukup prihatin terhadap orang seperti kami yang berpendapatan rendah," katanya. Bantuan yang cukup bermakna ini turut dinikmati dua OKU iaitu Ramli Abu Talib, 60, dan Syukur Haron, 65, yang menyifatkan kerajaan BN tidak ada tolok bandingnya dengan kerajaan-kerajaan lain di dunia. Ramli yang bekerja sebagai tukang urut tradisional dan mempunyai dua anak berkata, ini merupakan kali kedua dia menerima bantuan tersebut selepas diberikan pada tahun lalu. "Saya akan sokong BN kerana kerajaan ini cukup bagus dan prihatin dengan nasib rakyat terutama orang macam saya, tak ada guna kita sokong pembangkang, habuk pun tak ada," katanya. Syukur yang tinggal di Perumahan Rakyat Iskandar berkata, wang itu akan digunakan untuk membayar sewa rumah RM124 sebulan yang tertunggak hampir tiga bulan. "Apa pun saya bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memahami keperluan orang susah seperti kami," katanya. Sumber: Utusan IKLAN TEKS: Ingin menyertai produk Etiqa Takaful serendah RM70? Sekitar Kuala Pilah. Telefon 0123280345 untuk temujanji. Jangan pandang remeh pada sesuatu yang anda rasa tidak perlu sekarang. Suatu hari nanti pasti anda terasa menyesal. Yang anda rasa tidak perlu ini sebenarnya yang akan memberikan sesuatu yang terbaik kala kesempitan. |
You are subscribed to email updates from di johor bahru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan