01 di kahang - Google Blog Search |
JALAN PULANG: PANAS! Kit Siang Hampir Pasti <b>Di Gelang Patah</b>? Posted: 16 Mar 2013 10:11 PM PDT Khabar angin yang mengatakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang (kiri) akan bertanding di Johor bakal terjawab apabila parti itu akan membuat pengumuman penting di sambutan ulang tahun parti itu ke-47 esok. Pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau (dua dari kiri) berkata, pihaknya mendapat maklum balas positif daripada Kit Siang berhubung tawaran itu. "Memang banyak khabar angin, tetapi saya tidak boleh sahkan di mana beliau (Kit Siang) akan bertanding. Tunggu sahaja pengumuman penting darinya. "Kita sememangnya optimis dan Johor adalah negeri pilihan utama DAP pada Pilihanraya Umum ke-13 ini," katanya semalam. Menurut Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong, akan ada pengumuman penting di program yang akan diadakan di Sutera Mall, Skudai, Johor. Kit Siang mengesahkan kemungkinan 'pulang' ke Johor, sekali gus meninggalkan Parlimen Ipoh Timur, Perak yang ditandinginya sejak 2004. Beliau yang berada di negeri ini bagi lawatan tiga hari, akan menimbangkan penyertaannya bertanding di Johor, selepas mendapat maklum balas daripada masyarakat dan kepimpinan DAP Perak. "Sepanjang tiga hari ini, saya akan mendapatkan maklum balas serta respons daripada pengundi bagi tawaran Dr Boo Cheng Hau itu. Bagaimanapun, Kit Siang enggan mengulas adakah akan bertanding di kerusi panas Parlimen Gelang Patah. "Kita tunggu sama ada akan ada kenyataan mengenai status saya hari Isnin depan atau sebaliknya," katanya. Beliau juga meluahkan keyakinan Pakatan Rakyat mampu menang di 15 kerusi parlimen yang disasarkan di Johor, sekali gus misi ke Putrajaya tercapai. Parlimen Gelang Patah ditandingi KEADILAN pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu di mana calonnya, Zaleha Mustafa kalah di tangan calon BN, Tan Ah Eng dengan majoriti 8,851 undi. Dipercayai DAP akan memberi kerusi parlimen Kulai kepada KEADILAN sebagai ganti. Jika Kit Siang bertanding di Kulai, maka pertukaran kerusi di atas tidak wujud. Ini selaras dengan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mahukan beberapa pemimpin tertingginya termasuk Kit Siang agar bertanding di Johor bagi menggempur kubu kuat BN terutamanya MCA yang semakin lemas dengan sokongan menurun di kalangan pengundi Cina. |
Kit Siang Bertanding <b>Di Gelang Patah</b> | MyNewsHub Posted: 18 Mar 2013 08:36 AM PDT JOHOR BAHARU — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Beliau membuat pengumuman tersebut dalam ucapannya pada Perhimpunan Pakatan "Jika Lim Kit Siang mahu menjadikan Gelang Patah sebagai "base" untuk kita Sebelum itu Anwar mengakui terdapat perselisihan faham di antara DAP dan Namun masalah itu dapat diselesaikan melalui rundingan di antara kedua belah Anwar turut mengingatkan semua ahli Pakatan Rakyat agar mengelakkan Lim dalam ucapannya selepas itu mengakui bahawa bertanding di Gelang Patah "Selamat atau tidak, berjaya atau tidak, tapi kalau anda sudah bersedia, Beliau menyasarkan untuk membawa kemenangan 18 kerusi parlimen di selatan Lim turut menegaskan bahawa kalau Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya, Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from di gelang patah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan