Sabtu, 9 Mac 2013

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


[Berita] Kemalangan Maut <b>di</b> Jalan Kota Tinggi-<b>Kluang</b> - Paduka Pulai

Posted: 24 May 2012 10:56 AM PDT

3 Maut Kemalangan Termasuk Kanak-kanak 2 Tahun


JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut bersama ibu dan ibu saudaranya dalam kemalangan di KM70, Jalan Kota Tinggi-Kluang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Abdul Majid Mohd Ali berkata Sharmila Jumadi, 2, ibunya Marlisa Mansor, 25, serta ibu saudaranya, Maryana Mansor, 22, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya Sofea Balqis Jumadi, 4, cedera parah.
"Kemalangan berhampiran Ladang Tabung Haji itu berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi tadi apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu Marlisa dari arah bandar Kluang menuju arah Bandar Tenggara cuba memotong sebuah kereta Toyota Hilux di depannya.



"Dipercayai wanita berkenaan gagal memotong kenderaan terbabit lalu berlanggar dengan sebuah lori dari arah bertentangan sebelum berpusing dan kemudiannya dilanggar oleh Toyota Hilux yang tidak sempat mengelak," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Abdul Majid berkata pemandu lori yang berumur 29 tahun dan pemandu Toyota Hilux yang berumur 40 tahun itu, bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai kes berkenaan dan siasatan mengenainya dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat manakala Sofea Balqis dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk rawatan. - Bernama


----------------------------------------------------------------------
KLUANG: Tiga sekeluarga maut, manakala seorang parah, apabila kereta mereka naiki bertembung treler muatan sawit sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 70, Jalan Kota Tinggi-Kluang, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi berhampiran Ladang Tabung Haji itu, mangsa, Marlisa Mansor, 25, yang memandu Perodua Kancil, bersama anaknya, Sharmila Jumadi, 2, serta adiknya, Mariana, 22, mati di tempat kejadian.
Seorang lagi anak Marlisa, Sofea Balqis, 5, parah dan dihantar ke Hospital Kluang, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk rawatan lanjut. 
Pemandu lori muatan sawit berusia 44 tahun dan pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala treler terbabit terperosok ke bawah cerun berdekatan tempat kejadian. 
Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kluang untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Tongkat. 
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali, berkata siasatan awal mendapati Perodua Kancil yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah Kluang ke Kota Tinggi. 
"Ketika tiba di laluan terbabit, mangsa cuba memotong Toyota Hilux, tetapi bertembung dengan treler membawa muatan sawit daripada arah bertentangan. 
"Sejurus pertembungan itu, Toyota Hilux turut merempuh Perodua Kancil terbabit menyebabkannya kenderaan itu remuk teruk di bahagian kanan. 
"Kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu menyebabkan tiga sekeluarga meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi kanak-kanak berusia lima tahun dilaporkan dalam keadaan kritikal," katanya. 
Katanya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
Saudara mangsa, Sharifah Saad, 62, berkata kemalangan itu berlaku ketika empat beranak terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di FELDA Bukit Tongkat, selepas menghantar adik mangsa ke Terminal Bas Kluang, yang mahu pulang ke rumahnya di Johor Bahru. 
Beliau berkata, anak sulung Marlisa, Sofea Ameera, 7, tidak mengikut ibunya kerana belajar di Sekolah Kebangsaan Ulu Belitong. 
"Marlisa dan Mariana baru saja menamatkan syif kerja malam di sebuah kilang elektronik dekat Tenggara, sebelum mereka bersama-sama menghantar adik mereka, Norafidah ke stesen bas," katanya. 
Sementara itu, suami Marlisa, Jumadi Sim, 30-an, masih dalam keadaan terkejut enggan ditemu bual dan difahamkan beberapa kali pengsan ketika menunggu di Unit Kecemasan Hospital Kluang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads