Isnin, 18 Mac 2013

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Mangsa Banjir <b>Di Kota Tinggi</b> Seramai 201 Orang | MyNewsHub

Posted: 24 Jan 2013 01:37 AM PST


JOHOR BAHARU – Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi semakin berkurangan hari ini dengan hanya 201 orang masih berada di tiga pusat pemindahan petang ini, berbanding 268 orang, pagi tadi.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor Mejar Ronzi Mohd Khairan berkata sehingga 3 petang, kesemua mangsa terlibat adalah dari kawasan Sedili terdiri daripada 51 keluarga dari Kampung Gembut Dalam, Kampung Mawai Baru dan Kampung Perpat.

"Hanya tiga pusat pemindahan yang masih dibuka sehingga kini selepas satu pusat pemindahan yang melibatkan 67 mangsa dari 16 keluarga di Kampung Tuan Seh, ditutup pada pukul 2 petang tadi," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata daripada 201 mangsa itu, 112 orang ditempatkan di balai raya Kampung Gembut Dalam, 52 orang di Kampung Mawai Baru dan 37 orang di balai raya Kampung Perpat. – BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads