Rabu, 6 Mac 2013

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


4 hari 3 malam <b>di kota tinggi</b> & padang indonesia - persatuan <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2013 07:59 AM PST

Alhamdulillah, Lawatan 4Hari 3Malam ke Kota Tinggi & Padang Indonesia yang dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia Cawangan WPKL dengan kerjasama Kejora Travel & Agencies Sdn Bhd pada 2 - 5 Februari 2013. Pihak Persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang menyertai lawatan ini. Terima kasih juga kepada pihak Kejora Travel yang menguruskan dan memastikan lawatan ini teratur tanpa masalah.

Berikut coretan 4 hari 3 malam yang dilalui oleh rombongan lawatan ini.

HARI PERTAMA (2 Feb 2013)
- Bertolak dari LCCT ke Padang menaiki AirAsia lebih kurang pukul 7.25pagi. Peserta lawatan telah tiba di LCCT pukul 5 pagi. 
- Selamat tiba di Lapangan Terbang International Padang pukul 8.30 pagi (waktu Malaysia).
- Menaiki bas (Pemandu Pelancong: Edy)(Pembantu Pemandu Pelancong: Dedy)(Pemandu Bas: Andy)
- Minum pagi di Rumah makan Lamun Ombak 
- Singgah di Lata Lembah Anai 
- Singgah di Pusat Dokumentasi Dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Mendengar taklimat tentang kebudayaan Minangkabau. 
- Pakai pakaian pengantin Minangkabau (30ribu rupiah = RM10/sehelai)
- Makan Siang (Tengahari) di Rumah Makan Pak Datuk Cabang Dumai (Masakan Padang)
- Shopping (melontar) di Puteri Minang (Butik Pakaian)
 - Menginap di Bunda Hotel Kota Tinggi
- Melontar dan Jalan-Jalan di kawasan Jam Gadang dan Pasar Atas Kota Tinggi.
 - Makan Malam dan melontar di restoran padang. (Masakan Padang)
- Tengok persembahan tarian Minangkabau (Tiket bayaran: 50ribu rupiah = RM15/seorang)
- Makan pagi di Hotel (Disediakan oleh hotel)
- Melontar di Anis (Butik Pakaian)
- Menikmati keindahan Danau Maninjau di Warung Pondok Indah & Melontar (Peniaga di sini garang sikit sebab mereka menjual di bawah panas matahari).
- Makan Siang di Pondok Salero Keluarga (Masakan Padang)
- Melontar di Kampung Pandai Sikek (Pusat Songkek)
- Jam Gadang dan Pasar Atas (Sambil melontar)
- Makan malam di Restoran Sederhana (Masakan Padang)  
- Aktiviti sendiri (Mengurut Kaki / Badan) dengan bayaran 100rupiah = RM30/seorang.
- Menikmati keindahan Panorama Kota Tinggi
- Memasuki Lubang Japang (Tiket 5ribu rupiah termasuk dalam pakej) (Bayaran untuk Travel Guide di Lubang Japang sebanyak 20ribu/seorang)
- Melontar di Pasar Aur Kuning (Tempat melontar secara borong jadi harga lebih mahal dari Pasar Atas sekiranya beli dalam kuantiti kecil)
- Melontar Kerepek di Sanjai Ummi Aufa Hakim
- Melontar di Kiniku Enterprise (Industri Pasca Panen Pendesaan) - menikmati minuman kopi & pisang sira
- Berkunjung ke Istana Basa Pagaruyung
- Makan malam di Daima Cultural Garden Restaurant yang terletak di Padang (Makan masakan Panas)
- Menginap di Bunda Hotel Padang
HARI KEEMPAT (5 Feb 2013)
- Melontar di Kawasan Pasar Raya Barat Padang
- City Travel Kota Padang
- Bertolak balik ke Malaysia pukul 2.45petang (waktu indonesia) dari Airport International Padang ke LCCT.
- Tiba di LCCT pukul  4 petang. 

PERKARA-PERKARA MENARIK:
- Shopping di Pasar Atas lebih murah daripada shopping di Pasar Aur Kuning dan di Padang.
- Sepanjang perjalanan dari Airport Padang ke Kotatinggi dan ke tempat-tempat yang dilawati, anda dapati sukar untuk jumpa rumah kayu (kecuali rumah tradisional minangkabau) sebab hampir majoriti rumah dibuat dengan bata (a.k.a Banglo).
- Sepanjang perjalanan juga anda akan lihat banyak kedai di tepi-tepi jalan. (Budaya Berniaga). Dan kemana sahaja anda berhenti, pasti akan ada peniaga yang menjual kain-kain/cenderamata dan sebagainya.
- Sukar untuk berjumpa hutan sebab tanah yang ada digunakan untuk bercucuk tanam walaupun keluasan tanah yang kecil di depan rumah.
- Hampir setiap rumah ada kolam ikan

KESIMPULAN
Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia Cawangan WPKL mengambil pakej travel (4H 3M ke Kotatinggi/Padang Indonesia) yang ditawarkan oleh KEJORA TRAVEL & AGENCIES SDN BHD. Secara keseluruhannya kami amat berpuas hati dengan perkhidmatan terbaik yang diberikan sepanjang lawatan tersebut. InsyaAllah pihak Persatuan akan mengjurkan lawatan di lokasi yang lain pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads