Sabtu, 30 Mac 2013

01 di kulai - Google Blog Search

01 di kulai - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di labis</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Mar 2013 07:36 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO@Johor: Parlimen <b>Labis</b> Hadapi Laluan Sukar

Posted: 17 Feb 2013 08:40 AM PST

Parlimen Labis terkenal sebagai kerusi kubu kuat MCA. Tun Ling Liong Sik sejak dilantik sebagai Presiden MCA pada 1986 terus menjadikan Labis sebagai parlimen untuk diwakili oleh beliau selama 4 penggal sehingga tahun 2003.

Pada 2004 Dr Chua Soi Lek menggantikan Tun Liong Sik untuk kerusi Parlimen Labis ekoran keputusan beliau untuk bersara di arena politik.

Namun begitu ekoran skandal seks yang dihadapi beliau, Soi Lek memilih untuk tidak mempertahankan Parlimen Labis pada PRU12 dan anak beliau iaitu Datuk Chua Tee Yong bertanding di kerusi Labis pada 2008.

Chua Tee Yong telah dilihat sebagai pemimpin masa depan MCA dan memiliki peluang yang cerah untuk terus melonjak berdasarkan umur beliau yang masih muda serta latar belakang pendidikan yang kukuh.

Namun begitu, berbanding kemenangan bergaya Soi Lek pada 2004 dengan majoriti 10729 undi, Tee Yong hanya berjaya memenangi kerusi Labis dengan majoriti hanya 4094 undi pada PRU tahun 2008.

Parlimen Labis memiliki komposisi pengundi cina sebanyak 47%, Melayu 36%, India 15% dan selebihnya Orang Asli.

Parlimen Labis memiliki dua Dun iaitu Dun Tenang dan Dun Bekok.

Dun Tenang memiliki komposisi pengundi Melayu seramai 49% dan bukan Melayu seramai 51%.

Pada PRK 2011, Dun Tenang telah berjaya dimenangi wakil Umno mengalahkan calon PAS dengan peningkatan majoriti kepada 3707 undi berbanding majoriti 2492 undi pada PRU 2008. Pada PRU13, BN dijangka tidak akan menghadapi masalah dalam mempertahankan kerusi ini.

Sementara itu di Dun Bekok, komposisi pengundi pula ialah pengundi Cina sebanyak 55%, Melayu 27% dan India sebanyak 18%.

Kerusi yang kini diwakili oleh MCA ini dijangka akan menghadapi tentangan hebat daripada DAP. Untuk mempertahankan kerusi ini, MCA memerlukan sokongan kukuh daripada kaum Melayu dan India selain perlu mempertahankan sebahagian besar undi kaum Cina.

Menurut sumber dalaman Pakatan, memandangkan Dun Tenang diwakili PAS, Bekok diwakili DAP, maka kerusi Parlimen Labis akan diwakili PKR.

Calon berpotensi yang hampir pasti mewakili PKR di Parlimen Labis ialah Chua Jui Meng (gambar) - Pengerusi PKR Johor yang juga bekas orang kuat MCA di peringkat kebangsaan. Semasa bersama BN, Jui Meng merupakan Menteri Kesihatan selama 14 tahun sejak 1990 sebelum posisi itu digantikan dengan Chua Soi Lek pada tahun 2004.

Maka itu Tee Yong perlu melipat gandakan usaha terutama menarik sokongan besar kaum Melayu dan India untuk terus menyokong beliau disamping terus mencuba untuk meningkatkan peratus sokongan daripada kaum Cina.

Mengikut maklumat, hampir 80% daripada kaum Cina di Labis telah menyatakan sokongan kepada pihak pembangkang.

Oleh itu Tee Yong perlu terus turun padang dan menyelesaikan isu-isu tempatan supaya Parlimen Labis yang sekian lama telah menjadi kerusi selamat MCA tidak akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU13 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads