Sabtu, 23 Mac 2013

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di labis</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2013 08:07 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di labis</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Feb 2013 07:37 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di labis</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jan 2013 07:47 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tee Yong yakin menang <b>di Labis</b> : The Selangor Times

Posted: 04 Sep 2012 09:19 PM PDT

Oleh LAU PHEK YEN

shirleylau_1418@hotmail.com

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berpeluang cerah mengekalkan kemenangan sekiranya saya diberi 'lampu hijau' oleh pucuk pimpinan untuk bertanding sekali lagi di Labis pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) , kata Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong.

"Sudah lama saya berkhidmat disana(Labis). Tiada siapa yang melobi saya untuk bertanding di kawasan tersebu tetapi keakraban yang saya bina bersama rakyat disanayang menjadikan saya dekat di hati mereka.

Datuk Chua Tee Yong

"Jika diberi peluang,saya akan sahut cabaran tersebut dan lakukan yang terbaik untuk BN dan rakyat, " katanya ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT).

Pun begitu, Tee Yong berkata, beliau tidak mengutamakan peluangnya untuk dicalonkan di situ, sebaliknya menumpukan kepada kemenangan BN dengan menyokong sesiapa sahaja calon yang diletakkan.

"Sekiranya saya tidak bertanding disana(Labis), saya dan ahli-ahli MCA lain akan sentiasa memberi sokongan kepada calon BN yang bertanding di Labis. MCA sentiasa  bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kita tidak perlu bersikap seperti pembangkang yang tidak akan memberi apa-apa perkhidmatan sekiranya tewas," ujarnya.

Ditanya mengenai persediaan yang telah dibuat menjelang PRU-13,  Tee Yong yang juga merupakan ahli parlimen Labis itu berkata, beliau dan MCA telah membuat persediaan awal meskipun belum mengetahui tarikh sebenar PRU akan diadakan.

"Pilihan raya umum adalah seperti ujian yang kita duduki.Kalau lebih masa diberi kepada kita, kita dapat buat dengan lebih baik. Saya percaya bahawa BN mampu mengharungi cabaran PRU-13 kelak dengan kerjasama para pemimpin dan sokongan rakyat," jelasnya - TMT

Category: Bahasa Malaysia

UMNO@Johor: Parlimen <b>Labis</b> Hadapi Laluan Sukar

Posted: 17 Feb 2013 08:40 AM PST

Parlimen Labis terkenal sebagai kerusi kubu kuat MCA. Tun Ling Liong Sik sejak dilantik sebagai Presiden MCA pada 1986 terus menjadikan Labis sebagai parlimen untuk diwakili oleh beliau selama 4 penggal sehingga tahun 2003.

Pada 2004 Dr Chua Soi Lek menggantikan Tun Liong Sik untuk kerusi Parlimen Labis ekoran keputusan beliau untuk bersara di arena politik.

Namun begitu ekoran skandal seks yang dihadapi beliau, Soi Lek memilih untuk tidak mempertahankan Parlimen Labis pada PRU12 dan anak beliau iaitu Datuk Chua Tee Yong bertanding di kerusi Labis pada 2008.

Chua Tee Yong telah dilihat sebagai pemimpin masa depan MCA dan memiliki peluang yang cerah untuk terus melonjak berdasarkan umur beliau yang masih muda serta latar belakang pendidikan yang kukuh.

Namun begitu, berbanding kemenangan bergaya Soi Lek pada 2004 dengan majoriti 10729 undi, Tee Yong hanya berjaya memenangi kerusi Labis dengan majoriti hanya 4094 undi pada PRU tahun 2008.

Parlimen Labis memiliki komposisi pengundi cina sebanyak 47%, Melayu 36%, India 15% dan selebihnya Orang Asli.

Parlimen Labis memiliki dua Dun iaitu Dun Tenang dan Dun Bekok.

Dun Tenang memiliki komposisi pengundi Melayu seramai 49% dan bukan Melayu seramai 51%.

Pada PRK 2011, Dun Tenang telah berjaya dimenangi wakil Umno mengalahkan calon PAS dengan peningkatan majoriti kepada 3707 undi berbanding majoriti 2492 undi pada PRU 2008. Pada PRU13, BN dijangka tidak akan menghadapi masalah dalam mempertahankan kerusi ini.

Sementara itu di Dun Bekok, komposisi pengundi pula ialah pengundi Cina sebanyak 55%, Melayu 27% dan India sebanyak 18%.

Kerusi yang kini diwakili oleh MCA ini dijangka akan menghadapi tentangan hebat daripada DAP. Untuk mempertahankan kerusi ini, MCA memerlukan sokongan kukuh daripada kaum Melayu dan India selain perlu mempertahankan sebahagian besar undi kaum Cina.

Menurut sumber dalaman Pakatan, memandangkan Dun Tenang diwakili PAS, Bekok diwakili DAP, maka kerusi Parlimen Labis akan diwakili PKR.

Calon berpotensi yang hampir pasti mewakili PKR di Parlimen Labis ialah Chua Jui Meng (gambar) - Pengerusi PKR Johor yang juga bekas orang kuat MCA di peringkat kebangsaan. Semasa bersama BN, Jui Meng merupakan Menteri Kesihatan selama 14 tahun sejak 1990 sebelum posisi itu digantikan dengan Chua Soi Lek pada tahun 2004.

Maka itu Tee Yong perlu melipat gandakan usaha terutama menarik sokongan besar kaum Melayu dan India untuk terus menyokong beliau disamping terus mencuba untuk meningkatkan peratus sokongan daripada kaum Cina.

Mengikut maklumat, hampir 80% daripada kaum Cina di Labis telah menyatakan sokongan kepada pihak pembangkang.

Oleh itu Tee Yong perlu terus turun padang dan menyelesaikan isu-isu tempatan supaya Parlimen Labis yang sekian lama telah menjadi kerusi selamat MCA tidak akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU13 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads