Jumaat, 15 Mac 2013

01 di lok heng - Google Blog Search

01 di lok heng - Google Blog Search


Belum Apa Apa Pembangkang Dah Tersungkur <b>Di Gelang Patah</b>..!

Posted: 14 Feb 2013 08:23 AM PST

Belum pun apa apa, nampaknya DAPig dan Piggayy..rrr dah mula lebam melebam sesama sendiri! kalau dah namanya pakatan haram maka tentu lah pakat yang dibuat akan menjerut dan menguntungkan satu pihak jer.. kalau berlarutan melatam maka akan jadi haram jadah la kedua dua nya...tak gitu?

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat terus bertelagah tentang parti mana yang lebih layak meletakkan calon di kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

PKR Johor yang bertanding di kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 dan 2004, berkeras mahukan calonnya terus bertanding di kerusi Parlimen itu, tetapi pendirian mereka dibantah oleh DAP.

DAP mahukan di bawah sistem giliran, parti itu diberikan peluang untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah pada PRU-13, selepas giliran itu diberikan pada PKR pada dua edisi pilihan raya umum sebelum ini.

Menurut Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, keputusan akhir tentang parti mana yang berhak bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah akan ditentukan pucuk pimpinan pakatan pembangkang.

Ditanya tentang kenyataan pemimpin tertinggi DAP bahawa anggota Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong akan diletakkan sebagai calon Parlimen Gelang Patah pada PRU-13, Dr Boo yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai enggan mengulas mengenainya. Bagaimanapun komennya menerusi laman Twitter baru-baru ini mengatakan Liewsebagai anggota pembuat dasar yang muda dan bertenaga perlu diberikan peluang untuk bertanding di Gelang Patah.

Pencalonan Liew sebagai calon DAP di Gelang Patah diumumkan Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai baru-baru ini.

Dr Boo berkata kerusi Parlimen Gelang Patah itu secara tradisinya adalah milik DAP, tetapi dilepaskan kepada Parti Rakyat Malaysia sebelum ia bergabung dengan PKR di bawah sistem penggiliran.

"Kita hanya melepaskan kerusi (Gelang Patah) itu pada 1995 kerana menghormati bekas Ketua Parti Rakyat Malaysia Johor dan bekas ketua PKR Johor (allahyarham) Abdul Razak Ahmad," katanya kepada Bernama Khamis.

Ini semua menyebabkan Din Pudu hilang selera seks memalam jumaat nih..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Suara Ketam: Kerusi <b>Gelang Patah</b>: Anwar digesa jangan membisu

Posted: 24 Feb 2013 01:07 AM PST

"Sebab dia lebih rapat dengan Karpal dan dia mempunyai kedudukan tertinggi jika menang PRU13. Dia Anwar tidak boleh mendiamkan diri tengok anak buah dia menghadapi masalah," katanya dalam satu sidang media khas tadi di sini.

Dr Boo mendakwa Chua sebelum ini mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walaupun pembahagian kerusi masih dalam perundingan.

Beliau kemudian menggesa Anwar untuk campur tangan bagi menyelesaikan kemelut perebutan kerusi di negeri Johor.

Malah Dr Boo turut menyatakan hilang keyakinan dengan kepimpinan PKR negeri yang dipimpin Chua.

Dr Boo dipercayai tidak berpuas hati dengan Ketua PKR Johor itu selepas secara terbuka menyatakan langkah DAP berhasrat mahu meletak Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong bertanding di Gelang Patah sebagai tidak matang.

Ekoran kritikan secara terbuka itu, Pengerusi DAP Karpal Singh memandang serius ke atas tuduhan tersebut dan mengatakan DAP akan melancarkan satu siasatan bagi mengesahkan tuduhan tersebut dan mencari mereka yang bertanggungjawab keatas serangan tersebut.

Bagaimanapun Mahful menggesa agar Karpal tidak mencampuri urusan kedua-dua pemimpin tersebut dan bimbang akan memburukkan lagi keadaan.

"Chua Jui Meng mengatakan dia boleh menang sementara Pengerusi DAP mengatakan dia lebih kuat, jadi dia (Karpal) tak nak mengalah, masing-masing tak nak kalah.

"Jadi jangan masuk campur (Karpal dan Lim Guan Eng), jadi DAP jangan masuk campur kecuali dia minta pandangan," katanya.

Dalam perkembangan sama Timbalan Pengerusi Biro Pilihan Raya DAP Tan Kok Wai hari ini memberitahu bahawa Dr Boo tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin bersabit kenyataan terbuka menyerang kepimpinan PKR baru-baru ini.

Tan menegaskan tindakan yang diambil Dr Boo hanya menyuarakan perasaannya, tiada kena mengena dengan disiplin.

"Tidak perlu... Ia hanya luahan perasaan bukannya melibatkan disiplin," kata Tan kepada pemberita.

Dipetik di sini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads