Isnin, 18 Mac 2013

01 di lok heng - Google Blog Search

01 di lok heng - Google Blog Search


Kit Siang: DAP bertanding <b>di Gelang Patah</b>, Bentong | Free <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2013 08:21 AM PDT

Selepas pergeseran selama berbulan-bulan, PKR akhirnya bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding di kerusi Bentong, Pahang dan Gelang Patah di Johor.

Penasihat DAP Lim Kit Siang mengumumkan perkara itu dalam satu majlis di Batu Pahat petang ini.

"Kami mencapai persetujuan dalam satu pertemuan di antara saya, (ketua umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin tertinggi DAP dan PKR lain Isnin lalu," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan calon yang akan bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

"Jelas bahawa ini bukan satu persoalan mengenai mana-mana individu atau parti politik, tapi sama ada Pakatan Rakyat akan membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Kedua-dua parti berkenaan berebut untuk mendapatkan kerusi Gelang Patah sejak Februari lalu.

Dengan jumlah pengundi lebih 100,000 orang, ia merupakan kawasan parlimen yang paling besar.

Ia mengandungi dua kerusi DUN – Skudai yang diwakili Dr Boo Cheng Hau dari DAP dan kerusi Nusajaya oleh Datuk Abdul Aziz Sapian dari Umno.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=70937

Sri Mersing: Lim Kit Siang Bertanding <b>di Gelang Patah</b>

Posted: 18 Mar 2013 09:01 AM PDT


TERKINI... Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja selesai mengumumkan Lim Kit Siang sebagai calon kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU akan datang.. Lim dilihat sebagai penyelamat.. Ini kerana seperti kita semua sedia maklum kerusi Gelang Patah menjadi rebutan antara Dr Boo Cheng Hau selaku Pengerusi DAP merangkap ADUN Skudai dan Dato Chua Jui Meng yg juga merupakan Pengerusi PKR Johor..
Sebagai jalan selamat, Anwar mengumumkan Lim Kit Siang sebagai calon Gelang Patah.. Lihatlah apa implikasinya nanti.. Mengapa Anwar begitu terdesak hingga mengumumkan Lim Kit Siang sebagai calon Gelang Patah.. Anwar cuba menutup krisis dalaman antara PKR dan DAP Johor dengan cara membawa masuk Lim Kit Siang...
Lupakah Anwar dgn sejarah silam Lim Kit Siang??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads