Khamis, 21 Mac 2013

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


nepal merusuh <b>di</b> tengah-tengah bandar <b>muar</b>... dap - The Flying Kick

Posted: 17 Mar 2013 05:51 AM PDT

Kalau bab demonstrasi, merusuh dan tunjuk perasaan atau mudah perasan, selalunya Pakatan Rakyat adalah juaranya. Dan setiap kali ada tunjuk perasaan, maka dikatakan, rakyat Malaysia menyukai tunjuk perasaan dan demonstrasi. Kalau polis menghalang dan mengambil langkah-langkah pencegahan termasuklah menangkap dan mengurung, para pemimpin dan pecacai Pakatan adalah golongan yang paling kuat melompat dan paling kuat melalak tentang KEBEBASAN BERSUARA.

Hari ini, polis berjaya menghalang 5,000 warga Nepal daripada merusuh dan berdemonstrasi di tengah-tengah bandar Muar untuk menuntut gaji minimum. Beberapa orang daripada mereka yang dipercayai dalang, telah ditahan untuk disoal siasat, manakala 106 yang lain pula, telah digari dan disumbat ke dalam lokap.

Para pemimpin Pakatan Rakyat tak teringin nak menolong Nepal-Nepal tu semua ke? Irene Fernandez yang dikatakan tidak lagi berminat menjadi warga negara Malaysia dan akan menyerahkan kerakyatannya dengan senang hati kalau diminta berbuat begitu, takkan berdiam diri sahaja?

Irene Fernandez merupakan Pengerusi TENAGANITA yang cukup prihatin dengan nasib pekerja imigran berbanding tenaga kerja tempatan. Hubungannya dengan Anwar Ibrahim sangat rapat, memandangkan Anwar Ibrahim merupakan saluran untuk TENAGANITA mendapat pembiayaan dan dana Zionis bagi tujuan menggerakkan aktiviti mereka.

Tak prihatin ke dengan Nepal-Nepal berkenaan yang datang ke negara ini asalnya untuk bekerja tetapi apabila sudah merasai sedikit nikmat, mereka mulai terlupa dan beranggapan mereka bebas berbuat apa-apa sahaja sepertimana yang banyak dilakukan oleh warga Indonesia, Myanmar dan sebagainya?

Dalam hal ini, sekali lagi Jabtan Imigresen menjadi perhatian.

Bukankah ANTARA syarat yang perlu dipatuhi oleh tenaga kerja asing di Malaysia ialah mereka tidak boleh terlibat dengan sebarang rusuhan, tunjuk perasaan, demonstrasi, mogok dan terlibat dalam aktiviti kepartian. Kalau syarat-syarat tersebut dilanggar, mereka boleh dihalau keluar dari negara ini.

Adakah Imigresen tak cukup kakitangan untuk menjalankan tugas menghalau tenaga kerja asing dari Nepal itu? Atau barangkali Imigresen juga terpaksa mengharapkan satu rusuhan besar-besaran yang membunuh anggota-anggota keselamatan dan warga Malaysia oleh warga asing itu, baru Ketua Pengarah Imigresen akan membuat kenyatan retorik kononnya, penguatkuasaan akan diperketatkan?

Imigresen ohhhh Imigresen!

Dah memang elok, Jabatan Imigresen ditukarkan menjadi JABATAN COP-MENGECOP PASSPORT!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads